NIZAR FAEZ STUDIO MOMENTS TO BE REMEMBERED at #1stEFGathering

Wednesday, March 23, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

NIZAR FAEZ STUDIO MOMENTS TO BE REMEMBERED at #1stEFGathering

Cerita melalui gambar...


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Tanpa membuang masa, Along nak cerita sikit tentang Nizar Faez ni. Dia ni official photographer kami semua sewaktu #1stEFGathering kami tempoh hari. Seorang anak muda yang telah berkecimpung secara serius dalam arena fotografi semenjak tahun 2012 dan Alhamdulillah, telah pun berjaya menjadi seorang pakar fotografi dalam tempoh masa yang singkat. Dia ni seorang yang peramah, mudah bergaul dengan orang dan tidak sombong. Boleh dikatakan, agak mudah bekerjasama dengan dia sewaktu majlis #1stEFGathering yang lalu.

Korang mesti tertanya-tanya kan? Kenapa Along bercerita tentang dia? Jujur Along katakan, walaupun pertama kali mengenali dia, Along rasa selesa untuk jadi bahan fotografi dia. Eh? Haha. Jangan serius sangat. Korang tahu tak, gambar dia ambil ni memang cantik-cantik. Along bukan nak bodek, bukan juga nak bohong dekat korang semua.Korang mesti kurang percaya dengan kata-kata Along kan? Korang perasan tak Entry Along yang sebelum ni berkaitan dengan #1stEFGathering tu? Setiap gambar-gambar yang Along kongsikan, ada Along letak kredit buat dia. Nampak tak? Betapa Along menghargai gambar-gambar hasil tangkapan dia.

Ni contoh-contoh gambar yang diambil oleh dia :

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Dan banyak lagi foto-foto yang diambilnya sepanjang #1stEFGathering berlangsung. Nak tengok hasil kerjanya? Korang boleh klik lni : #1stEFGathering untuk tengok semua gambar-gambar yang diambilnya sepanjang program tersebut berlangsung. Kalau nak tengok hasil-hasil kerjanya yang lain pula, korang boleh berkunjung singgah ke laman web Nizar Faez Studio di http://www.nizarfaezstudio.com/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan oleh jurugambar muda ini. 

Selain Along, ada seorang lagi rakan blogger yang menulis tentang Nizar Faez Studio ni. Ayat ni Along petik dari blog Kak Ummul Azkee atau nama pena di blognya UA :


"Jadi pada sesiapa yang masih tercari-cari photographer untuk perkahwinan, pra perkahwinan, events atau potret diri bolehlah gunakan perkhidmatan Nizar Faez Studio. memang terbaik servis dia. Untuk tahun 2016 ini Nizar Faez studio ada menyediakan pakej perkahwinan menarik dengan had masa selama 8jam bersama outdoor photo session secara percuma! Menarik kan? Dan yang paling best kalau kita mahu photograher ketika percutian ke luar negara pun Nizar Faez ada sediakan. Seronok lah kita berjalan tanpa perlu risau tentang gambar kan. Gambar pun mesti cantik punya!"


Kata orang, tidak salah mencuba kan? Jika kami berpuas hati, kenapa tidak anda? Along amat menyarankan korang cuba perkhidmatan fotografi dia. Jangan risau, korang takkan menyesal punyalah.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...


n_n


p/s : Along guna dia, bukan beliau kerana kami lebih kurang sebaya :)

4 comments:

  1. Replies
    1. teratnya-tanya juga... setiap orang yang dia ambil gambar, dia suruh sebut benda yang sama ke? hehe...

      Delete
  2. tak puas tengok gambar-gambar yang diambilnye... semua cantek-cantek..

    ReplyDelete
  3. Photografer yg sporting.... Menceriakan kalau nak buat apa-apa majlis mmg rekemen Nizar faez

    ReplyDelete