Blogger Izzati Suhaide bercerita melalui hati

Thursday, April 14, 2016 Rahim Aim21 6 Comments

BLOGGER IZZATI SUHAIDE Bercerita Melalui Hati


Romantik, Komedi jua Fantasi...


Bismillah...
Alkisah..


Assalamualaikum! Tak jawab dosa! Jawab dapat pahala! Hah! Pilih-pilih ikut suka! Jangan tanya, jangan tak percaya! Kerana statistik yang dikeluarkan oleh Universiti OXFORD mengatakan, 80% Orang pasti akan khusyuk membaca tanpa usul periksa. Dan mula percaya tatkala statistik dikeluarkan walaupun segalanya DUSTA belaka! Hah! Macam mana tu? Dah terkena kan? Sebarkan kepada kawan-kawan yang lain ya? (Aku tahu, korang akan kata, Along ni merapu lebih)... Sob3.

Entry pada kali ni, Along bukan nak kata apa lah. Blogger ni blogger Famous tahu? Satu dunia kenal dia? Korang tak kenal? Rugi lah korang. Dia ni, siapa-siapa yang baru kenal dia, pasti dia akan belanja KFC (cerita tipu). Betul, Blogger ni seorang yang sangat-sangat-sangat-sangat baik hati tahu? Sebabkan dia ni kira pangkat kakak, Along akan bahasakan dia sebagai KAK JATI. Eh? Kenapa JATI? ZATI, JATI? Dekat-dekat kan bunyinya? Hehehe.

KAK JATI ni, dia pemilik blog : http://izatie91.blogspot.com/ Bagi sesiapa yang belum pernah BERKUNJUNG SINGGAH bolehlah lawati BLOG dia mulai sekarang sehinggalah ajal menjemput kita semua. Maknanya, lawatlah selalu ok? Kalau korang suka layan perkara berkaitan dengan ROMANTIK, dekat Blog akak ni lah korang boleh layan perkara-perkaar romantik hasil tulisan akak ni sendiri.

Nak kenal tak KAK JATI ni dengan lebih lanjut? Di sini ada beberapa butiran soalan serta jawapan yang boleh bantu korang kenal dia dengan lebih dekat. Tapi, jangan pula korang berharap untuk jadikan dia teman istimewa ke apa ke ok? Sebab dia Along PUNYA! Eh, bukan-bukan! Dia ni Along PUNYA kakak yang telah pun mempunyai KEKASIH HATI! Fuh, terpaksa EXPLAIN panjang lebar. Korang ni, bukannya betul sangat, suka sangat fikir lain. Haha.. 


QnA :




Q : Apakah impian terbesar dalam hidup zatie?
A : Ingin jadi wanita yang berbakti pd agama, bangsa, keluarga dan masyarakat.

Q : Impian sebagai blogger
A : Ingin blog sentiasa dikunjungi oleh ramai orang dan orang menyukai setiap penulisan saya sampaikan.

Q : Kak jati mula menulis kerana apa?
A : kerana suka2..nak jadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan la kononnya..

Q : Cita2 kak jati apa
A : Cita2 nk jadi pakar motivasi..

Q : Kenangan yg tk blh dilupakan sejak bergelar blogger.
A : Dapat berkenalan dengan rakan2 blogger. Walaupun kenal di dunia maya tapi rasa macam dah lama kenal sebab kita kenal melalui penulisan..

Q : Siapakah idola Zatie dlm dunia blogger,?
A : Nak kata idola bukan jgk tapi bangga dengan pencapaian.. Ben ashaari.. 

Q : Apakah matlamat hidup kak jati yg kak jati pegang selama ni?
A : Sentiasa pandang ke hadapan walau ape jua cubaan yang mengdatang dan yg penting jgn putus asa..

Q : 3 Warna kegemaran. Kenapa minat warna tersebut?
A : Pink, hijau dan ungu..minat pink sebab feminin gtuuu...hijau pulak kedamaian dan ungu pulak tak tahu lah knp.hahaha

Q : Brp lama berkecimpung dlm dunia blog?
A : 5 tahun bermula dr tahun 2010.heee

Q : Apa niche blog kak jati skrg dan entri bertemakan apa yg cuba diketengahkan skrg?
A : Niche blog sekarang adalah lifestyle..setiap entry yg ditulis bertemakan tentang diri sendiri, tips2 serta info2 tentang agama, cinta, wanita, dan lain2 lg..

Q : Siapa pendorong terbesar dlm hidup kak jati dan kenapa ?
A : Diri sendiri yg jd pendorong terbesar sbb segala yg dilakukan adalah bermula dgn diri sendiri..org sekeliling hanya menyokong tapi mereka tak boleh buat apa yg kita inginkan dlm hidup..

Q : Genre cerita/movie apa yang kak jati suka?
A : Romantik, komedi dan fantasi...hahaha


Sekian terima kasih.. ❤


Haha, terjawab sudah. Kenapa Subhead Along tertulis ROMANTIK, KOMEDIA jua FANTASI. Sebab GENRE movie atau cerita yang KAK JATI minat rupa-rupanya.. Hahaha, (Gelak Sorang-sorang).. Kalau korang rasa QnA di atas masih tidak cukup untuk mengenali blogger bernama IZATIE SUHAIDE ni, korang bolehlah tanya dia sendiri. Jangan takut, dia peramah dan bukannya makan orang pun. Ok? Itu sahaja untuk REVIEW BLOGGER PILIHAN untuk kali ini. Akan datang, BLOG siapa pula Along bakal REVIEW ya? Haha. Korang tinggalkanlah komen dekat bawah BLOGGER yang korang rasa Along patut review untuk masa akan datang Ok? Hehe, Kalau Along berkesempatan, nanti Along review diorang ok? 


Terima Kasih Sudi Baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n

For more info ( Klik sahaja mana-mana link, ok?)  :


Nama blog: Izzati Suhaide
                : IZ Hijabist
Fb personal: Izzati Suhaide


Pstt : Dengar-dengar Kak Jati ada berkecimpung dalam bisnes tudung/ hijab? Nak tahu? Klik sahaja Link IG yang tertulis www.instagram.com/iz_hijabist atau klik sini.

6 comments:

  1. Amboiii....romantik la sangatrr.. Patutnye along kna cakap tu yg i ni single lg...hahaha.. Tenkiu along..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi! Semangatnya KOMEN. haha... Mana boleh tipu STATUS HUBUNGAN kak jati.. haha.. Along kan jenis yang JUJUR. Tak suka tipu-tipu.. haha.. Welcome Kak..

      Delete
  2. Along terlebih gula eh hari ni..? lain macam hyperactive along punya entry ni... hehehhehee... :)

    apapun yang pentinh Izzati Suhaide memang romantik jiwang orangnya.. untuk siapa dpt jd suami... eheemmm...!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hyperactive? Maklumlah.. adrenaline terlebih lebih.. haha.. amboi typo... PENTINH, untuk atau untung? haha

      Delete
  3. Entri ala2 serampang dua mata ni. Review dan nak cucuk jarum ke hape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya.. ada orang memahami diri ini.. haha

      Delete