Cafe Cerita Kambing punya cerita

Monday, April 18, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

CAFE CERITA KAMBING PUNYA CERITA


Kelazatan Biryani Kambing dan Kambing Bakar yang Tidak Terkata lazatnya...


Bismillah...
Alkisah...

Gambar dari IG : RahimAim | Along

Assalamualaikum dan selamat petang. Siapa di sini suka makan kambing? Kambing masak apa yang korang suka makan? Kambing bakar korang suka tak? Biryani kambing pula bagaimana? Pernah makan tak? Atau korang memang selalu makan makanan yang berunsurkan kambing ni? Tidak dinafikan, pasti ada diantara korang yang sama seperti Along. Jenis yang agak suka makan kambing, tapi tewas setelah memakannya. Maksud Along, pening kepala, hampir nak demam dan sebagainya. Tetapi, dek kerana diri sendiri suka untuk makan kambing, tetap gagahkan juga diri makan walaupun tahu perkara seperti itu pasti akan berlaku.

Ok, tolak tepi cerita Along tadi. Hari ni Along sekadar nak kongsikan tentang CAFE CERITA KAMBING. Tahu tak CAFE CERITA KAMBING ni apa sebenarnya? CAFE CERITA KAMBING ni sebuah CAFE yang terletak di Shah Alam. Setakat pengalaman Along sendiri merasai makana berunsurkan kambing yang dimasak oleh CAFE ini, Alhamdulillah. Sungguh sedap. Sungguh superb! Menjilat jari gitu. Walaupun masa tengah makan tu, rasa pening-pening da datang, Along tetap gagahi juga untuk makan dan tambah lagi kambingbakar memandangkan apa yang telah sedia ada Along ambil tidak Along rasa mencukupi. Sedaplah katakan! Lazat!

Nak cerita panjang pun, bukannya korang akan percaya kan kata-kata Along ni? Ya lah, siapalah Along untuk korang menaruh kepercayaan kan? Beginilah, korang boleh pergi sendiri ke CAFE CERITA KAMBING ni di :


Cafe Cerita Kambing 
Level 1, Anggerik Mall, 
Seksyen 14, Shah Alam

Atau anda boleh buka FB dan IG mereka di :

Instagram: Cafe Cerita Kambing


Terima Kasih Sudi Membaca...

Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n

4 comments:

  1. assalamualikum.
    singgah pagi
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..baru berkesempatan untuk ucap terima kasih kerana sudi singgah.. :).. InsyaAllah, nanti Along balas kunjungan bro JM secepatnya..

      Delete
  2. teringat-ingat lagi rasa Kambing Masala yang sedap tu.. dah la daging kambing lembut dan juicy... errmmm.. rindu..!

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Kak Ain... haha.. apa susah.. kak ain ajaklah pokcik pergi serbu CAFE CERITA KAMBING tu... hehe

      Delete