IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Friday, April 15, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


Bismillah..
Akisah...


Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ni, Along nak kongsikan satu INFO berkaitan dengan bisnes ONLINE yang dijalankan oleh kawan Along sendiri. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah KAK JATI. Siapa KAK JATI? Korang mesti belum baca ENTRY Along yang sebelum ini kan? Haha. Baca di SINI ok? Dekat SINI! Klik sahaja dekat SINI!

Ok, untuk memudahkan CORETAN Along pada kali ini, Along kongsikan maklumat yang telah dikongsikan buat Along untuk Along kongsikan kepada korang semua berkaitan dengan BISNES ONLINE KAK JATI ni.



Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist


Macam mana perasaan korang setelah baca info yang Along kongsikan ni? Mesti ada yang berminat untuk cuba beli dan pakai kan? Lagipun, mudah untuk korang juga. Tidak perlu bepusu-pusu untuk dapatkan tudung keluaran IZ Hijabist ni. Tidak perlu bercampur lelaki perempuan untuk korang berusaha dapatkan tudung yang korang ingini. ( UPS! Jangan kecam saya)...


Terima Kasih sudi baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n

4 comments:

  1. wah wah...menarik koleksi yg ada..nanti along boleh la beli untuk bakal wife..ehhh..haha..tenkiu yer along..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah! Aweks pun along xd... haha.. ni kan bakal wife? hahaha...

      Delete
  2. pcl suka tengok wanita berjubah.. sekadar suka, tp kalau family pcl memang disarankan memilih jubah utk pakaian hari raya nanti..terbaik di IZ hijabista pun boleh nanti pcl terjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pcl... Along pun suka juga.. hehe...

      Delete