MAAF DARI HATI

Tuesday, April 05, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

MAAF DARI HATI


Mengungkap kata-kata maaf itu payah, memaafkan seseorang itu lagilah payah...


Bismillah...
Alkisah..

Ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, hujan turun membasahi bumi dengan lebatnya.Eh? Tempat korang masih belum dituruni hujan ya? Untuk suatu jangka masa yang lama? Pohon lah kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan mengabulkan doa korang semua. Kekalkan bersabar, dan istiqamah dalam berdoa.

Along tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni, Along MALAS untuk menulis. Jujur, Along tak tahu. Mungkin sebab otak ni agak SERABUT dengan ASSIGNMENT yang berlambak, atau mungkin Along rasa TENSION dengan kehidupan yang Along sedang lalui. Entahlah. Kadang-kadang, jiwa terasa amat GUNDAH, kadang-kadang pula, jiwa terasa amat TENANG. Hurm, apa orang kata tu? Jiwa kacau. Mungkin itulah istilah yang selayaknya Along ungkapkan terhadap perasaan Along sendiri.

Along tak nafikan, dah banyak kali juga Along dalam keadaan sebigini. Ya lah, korang yang setia membaca blog Along, korang sendiri tahu pola pengeposan entry Along macam mana. Ada yangsatu hari tu, hampir 3-4 entry, ada yang seminggu tu langsung tak ada entry, ada yang sebulan bawah 10 sahaja entry Along. Along tahu, Along SELAYAKNYA diLABELkan sebagai PEMALAS. Kan? Kerana itulah Along ingin pohon maaf kepada korang semua. Sama ada pembaca baru mahupun pembaca setia. Pengunjung baharu mahupun pengunjung lama. MAAFKAN ALONG.

Mohon maaf memang tampak mudah kan? Sebenarnya susah. Amat susah. Untuk seseorang itu turunkan EGO sangatlah susah. Memang tidak dinafikan, ada sahaja dikalangan kita yang MUDAH MEMOHON MAAF, MUDAH juga mengulangi kesilapan. Kerana apa? Kerana ucapan maaf itu sekadar lahir di hujung bibir dan lidah sahaja. Bukannya lahir daripada hati. "Pandai-pandai kau je kan menilai orang long?" Along tak pandai pun menilai orang. Korang ada hati, maknanya korang pun boleh menilai sendiri. Kan?

"Kau ni long, cakap sahaja maaf dari hati! Tapi, nanti kau ulang lagi!" Ok, tiada manusia yang sempurna kan? "Eh, tahupun tiada manusia yang sempurna. Yang tadi kau nilai manusia lain tak apa?" Sabar, jangan marah-marah. Korang boleh nilai sendiri sebenarnya, apakah seseorang benar-benar ingin memohon maaf ataupun tidak. Korang sendiri boleh nilai, apakah seseorang itu, telah benar-benar sedar mahupun tidak akan kesilapan yang telah mereka lakukan. Korang sendiri boleh nilai. Kerana, belum tentu apa Along kata, korang akan percaya kan? Bukan Along nak fikir negatif terhadap korang, cuma Along nak ajak korang berfikir sahaja.

Nak memaafkan seseorang itu, lagilah payah kan? Sekecil mana pun orang tu guris dan sakiti hati kita. Belum tentu kemaafan dari hati mampu kita beri andai mereka mengungkap kata maaf yang juga lahir daripada hati. Mulut boleh lah kata "Aku maafkan kau", tapi hati? "Eh! kau ni dah kenapa long? Asyik nilai hati orang lain sahaja? Negatifnya pemikiran kau!". Bukan begitu. Korang janganlah asyik melenting sahaja dengan apa yang Along cuba sampaikan. Cuba buka minda dan buka hati. 

Belajarlah untuk melupakan serta memaafkan. Tidak susah andai kita semua ada kesungguhan untuk pelajarinya. Bagi si pelaku salah pula, belajarlah untuk jadi insan yang lebih baik. Di saat hati sudah mula bergetar serta terusik untuk berubah. Janglah lengahkan masa serta toleh ke belakang lagi. Terus melangkah ke hadapan untuk menongkah arus hidup korang menuju ke arah cahaya. Bersama-sama untuk kita berubah. Saling tidak putus berdoa, buat Along, korang dan mereka. Menjadi seorang abid yang sentiasa tenang dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurnikan oleh sang pencipta.


Wallahualam...

Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH....


n_n

0 orang telah tinggal komen: