Di saat kaki melangkah pergi

Tuesday, May 17, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Di Saat Kaki Melangkah Pergi
Ihsan : Google (LINK)

Assalamualaikum dan selamat malam. Along mulakan entry Along pada kali ini dengan ucapan SELAMAT HARI GURU buat SEMUA yang sudi hadir dalam hidup Along disamping memberi Along tunjuk ajar untuk melalui liku-liku kehidupan yang Along tempuhi selama ini. Along ada tulis ucapan khas yang agak panjang lebar di MUKA BUKU Along. Korang boleh LIKE dan COMMENT di MUKA BUKU Along dengan menekan LINK yang berwarna merah ini. 

Korang tahu kan? Dalam hidup kita ni, kita diberi pilihan untuk membuat keputusan? Sama ada keputusan tu betul, atau pun salah, segalanya terletak atas tangan kita untuk menentukannya. Memanglah, segala-gala yang berlaku atas dunia ni, berlaku atas aturan Allah s.w.t. Tapi, Allah tetap beri kita peluang untuk memilih, apa yang terbaik untuk hidup kita ni. Kan? Sebagai contoh, seorang pelajar lepasan SPM, ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat DIPLOMA tetapi di halang oleh keluarga. Ibu bapanya mahukanya mengambil tingkatan 6 STPM/ STAM. Dalam situasi ini, ya, ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Jika tidak ikut permintaan ibu bapa, nanti dikata sebagai anak derhaka. Jika melepaskan apa yang diri sendiri ingini, nanti pasti sesal tak sudah. Kan? Dalam situasi begini, memang agar sukar untuk buat pilihan. Kerana itulah, Allah sediakan ruang untuk kita memohon petunjuk darinya dengan cara membuat solat istikharah berulang kali sehinggalah Allah beri petunjuk yang terbaik buat diri kita. Kan? 

Di Saat Kaki Melangkah Pergi


Tidak dinafikan, untuk membuat suatu-suatu keputusan itu amatlah susah, amatlah berat. Lagi-lagi keputusan yang melibatkan hati dan perasaan. Walaupun sudah jelas petunjuk Allah di hadapan mata, sebahagian hati kecil kita sebagai manusia tetap timbul rasa ragu-ragu untuk melaksanakannya andai petunjuk kepada pilihan tersebut bertentangan dengan apa yang kita harapkan. Dan di saat kaki melangkah pergi dek kerana keputusan yang terpaksa dibuat tanpa kerelaan hati dengan harapan ianya adalah keputusan yang terbaik buat diri dan semua, kesedihan menguasai keseluruhan diri. Tangisan mula mengalir menuruni pipi. 

Mesti dalam kotak fikiran korang, apa yang Along cuba sampaikan adalah berkaitan dengan dua insan yang jodohnya tidak kesampaian kan? Ya, realitinya lebih kurang begitu. Kerana, ianya bukan sekadar boleh berlaku dikalangan kekasih, boleh juga berlaku dikalangan mereka yang sedang hangat bertunang, mereka yang telah pun mendirikan rumah tangga, mereka yang sekadar bergelar kawan dan sahbat, dan juga sebagainya. Boleh juga berlaku dikalangan sesama ahli keluarga kita sendiri, Sebagai contoh, anak tiri lelaki dengan mak tiri beserta 2 adik beradik tiri perempuan, anak kandung kepada mak tiri. Selepas kematian ayah kepada si anak lelaki, suami kepada mak tiri kepada si anak lelaki, untuk si anak lelaki ni, tinggal bersama mak tiri serta 2 adik adik beradik tiri perempuannya, tidak digalakkan memandangkan ianya boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat setempat. Makanya, jika dinilai secara logik, anak lelaki ini perlu berpindah rumah. Tetapi, apakah itu perkara terbaik yang perlu dilakukannya? Along tinggalkan persoalan ini untuk korang semua memikirkan jawapannya.

Satu Along nak pesan. Yakinlah pada Allah, percayalah kepada Allah. Turutilah petunjuk yang telah pun Allah berikan kepada kita denga hati yang Redha. InsyaAllah, pasti ada hikmah disebalik pilihan yang kita buat tu nanti. Allah pasti sediakan sesuatu yang lebih baik buat kita di masa akan datang, mungkin bukan di dunia, mungkin kita dapat di akhirat sana. Siapa tahu kan? Ingat! Janji Allah itu pasti. Oraite?


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH,,,
ADIOS...
MAASSALAMAH...

0 orang telah tinggal komen: