KENAPA PERLU SUKA DALAM DIAM

Monday, May 23, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Gambar GOOGLE : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat petang! Hai korang! Apa khabar? Selamat kembali ke ruangan perkongsian maya Along yang serba putih ini. Bila sebut PUTIH, boleh membawa kepada istilah SUCI, MURNI, BERSIH, dan juga KOSONG/ PLAIN. KOSONG? PLAIN? Ya, Kosong daripada sebarang kekotoran. Plain daripada sebarang warna yang tidak sepatutnya dicantik dan dipalit ke atas sebuah kertas A$ putih kosong. Tapi! Blog Along tak lah sepenuhnya macam tu. Sebab, kalau 100% Putih, tak adalah korang nampak sebarang TULISAN di laman perkongsian maya Along ni. Kan? tak adalah korang nampak sebarang bentuk warna lain, yang digunapkai untuk mewarnai beberapa kawasan penting yang wujud dalam blog along ni, kan? Nanti, tak memasal korang bosan, kalau sekadar tulisan sahaja yang wujud di blog Along ni. Lepas korang bosan, korang tak singgah dah ke blog Along selepas ni. Herm.... Jangan buat macam tu ok? Teruskan sokong Along tahu?

Tanpa membuang masa, Along ingin bertanya dekat korang semua. Korang semua jenis yang macam mana? Jenis yang suka memendam rasa ke? Ok, sebelum tu, biar Along terus kepada point utama entry ini Along tulis. Ianya berkaitan dengan hati dan perasaan manusia. Berkaitan dengan CINTA antara si TERUNA dan DARA. Jadi, korang dah faham kan apa yang Along cuba sampaikan? Eley! Korang kan REMAJA PURBA yang ADVANCE, mesti korang faham punya. Jangan ingat Along ni mudah ditipu ok?

Persoalannya, KENAPA PERLU SUKA DALAM DIAM? Nampak macam persoalan Along tu tak LOGIK kan? NORMAL lah kan Si A , suka Si B dalam DIAM. Tak jujur dan tak beritahu apa yang selama ini terbuku dan terpendam di dalam hati. TAKUT Kena "REJECT" katanya. TAKUT kehilangan Si B sebagai kawan katanya. TAKUT Si B dah punyai PILIHAN HATI katanya. TAKUT pada KOMITMEN katanya. TAKUT melukakan HATI Si C katanya. Macam-macam ketakutan yang ada dalam diri mereka yang SUKA DALAM DIAM terhadap seseorang tu. Bila KANTOI? Tak nak pula ngaku. Pandai pula kata, semua kata-kata orang adalah TIPU BELAKA. Pandai pula HIPOKRIT terhadap diri sendiri! Apa semua tu? Hahaha.

Bagi yang berjiwa ISLAMIK, pasti akan mula berdoa dan berharap yang terbaik. "Andai dia jodohku, dekatkanlah. Andai dia bukan jodohku, jauhkanlah dirinya dari hati,pemikiran serta hidupku".  Ada juga yang berdoa seperti ini, "Semoga dia adalah jodohku, andai dia bukan jodohku, jodohkanlah kami juga kerana aku amat mencintai dia." Dan macam-macam lagi doa yang terbit dari bibir berkaitan dengan JODOH dan masa hadapan mereka. Tidak dinafikan, Along juga tidak terkecuali. Kenapa? Kerana Along sendiri nak yang terbaik untuk masa hadapan Along. Korang tak nak ke? Kalau nak, selalulah berdoa kepada sang PENCIPTA. Kerana Allah MAHA MENGETAHUI segala SESUATU. Faham?

Tapi! Kalau hati tu tak mampi bertahan! Korang PUASA lah. Kalau tak mampu juga? Korang kahwin cepat-cepat. Luah dengan segera dekat si dia. Cerita kepada IBU BAPA pasal si dia dan mula mengorak langkah untuk MASUK MEMINANG SI DIA. Katalah lepas SI DIA tak terima korang selepas korang LUAH apa yang korang rasa, korang JANGAN KECEWA! Korang patut bersyukur! Kenapa? Itulah takdir Allah buat korang. Takdir? Bersyukur? Begini, Mungkin, PILIHAN HATI korang yang terbaik di mata dan hati korang. Tapi, bila Allah tak izin, mesti  ada sebab! Mesti ada hikmah! Allah pasti sediakan sesuatu yang lebih baik buat korang. Percayalah pada Allah ok? Maksudnya, berIMANlah kepada Allah SEPENUH HATI! Korang mesti akan dapat rasa KEMANISAN IMAN punyalah andai korang, Along dan mereka berjaya berIMAN kepada Allah sepenuh hati!

Jadinya, suka dalam diam ni, ada PRO dan KONTRA nya. Setiap manusia takkan sama ketika melalui PROSES suka seseorang dalam hidup mereka.Ada orang, suka berterus terang. Ada orang, suka pendam ibarat ada sesuatu wujud sebagai penghalang. Tapi, satu nak pesan, percaya pada TAKDIR ALLAH. Nampak mudah, tapi, percaya lah bahawa ianya sangat SUSAH. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut KECEWA, jangan letak sebarang HARAPAN. Mudah bukan?


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH....

4 comments:

  1. kadang tu bukan kerana tak mampu untuk meluahkan tapi takut kalau meluahkan rasa itu, mungkin ada hati yang terluka dengan luahan hati ini, mungkin semua yang berlaku sebelum ini hanya sekadar layanan seorang sahabat kepada sahabatnya, segala kemungkinan itu membuatkan hati ini tak mampu untuk meluahkan rasa, jadi pendam adalah jalan yang terbaik bagi dayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayah macam ada pengalaman jer? Cer kongsi sini.. haha

      Delete
  2. Pada pendapat akak pendam kalau tak luah agak sakit...better luahkan...pihak sana nak terima ke tak itu belakang kira...tapi ada gak sebab2 tertentu kenapa better pendam..pada akak yang pendam ni lebih kepada tidak boleh terima sakitnya bila tak diterima..ada pro and contra la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? Setiap orang ada pendirian masing-masing.. tapi, Belom cuba belum tahu kan? Belajar dari kesakitan.. hehe

      Delete