KITA JUGA PERNAH BUAT PERKARA BODOH

Sunday, May 22, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

BISMILLAH...
ALKISAH...

Gambar GOOGLE : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat malam! Pertamanya, bagi yang belum solat isya`, solat isya` dahulu ok? Bukan apa, tak elok melewat-lewatkan solat ni. InsyaAllah, selepas korang solat, hati dan jiwa korang akan bertambah tenang. Lepas solat, barulah sambung baca coretan serta bebelan dari Along ni ok? Tak susah pun permintaan Along ni. Kan?

Sejak kebelakangan ni, Along tahu, ENTRY yang Along tulis dah macam CHIPSMORE dah, kejap ada, kejap tak ada. Dan Along sentiasa ulang kata perkara yang sama, dan korang pun dah muang dengar alasan yang sama. Kan? Apa-apapun, terima kasih kerana masih sudi baca apa jua coretan serta bebelan yang Along taip di laman perkongsian maya Along ni. Harapnya, apa jua bentuk penulisan yang Along kongsikan, tak banyak, walaupun sedikit, dapat memberi manfaat kepada korang semua.

Tidak dinafikan, dalam setiap ENTRY dan penulisan Along, pasti akan ada yang sekadar baca, pasti akan ada yang tiba-tiba insaf dan terbit serta lahirnya kesedaran diri setelah membaca apa yang Along kongsikan, pasti juga ada yang terasa hati dengan apa juga yang Along coretkan selama ini. Kerana hati manusia tak sama. Apa kata pepatah tu? Rambut sama hitam, hati lain-lain? Tak gitu? 

Semakin kita dewasa, semakin kita lupa, kita juga pernah jadi, BAYI, KANAK-KANAK juga REMAJA. Kita lupa, yang dahulunya, kita juga pernah buat perkara-perkara BODOH dalam hidup. Eh? Korang tak pernah ea? Maaf kan Along, mungkin Along sorang kot dalam dunia ni yang pernah buat perkara-perkara BODOH semasa kecil dahulu? Along ngaku, Along tak sempurna. Along ni, insan biasa, yang terlalu banyak dosa. Tapi, Along juga nak ngaku. Along insan biasa, yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari sinar cahaya, dan keluar daripada kegelapan.

Ingat lagi, dahulu, masa kecik2. Masa tu, umur sekitar darjah 3 darjah 4 gitu. Along masih ingat, peristiwa di mana, Along dengan abang sedara Along, sanggup yakinkan Adik Along dengan beberapa sepupu-sepupu yang lain untuk LABURKAN duit RAYA mereka untuk kami beli sejenis CONSOLE GAME yang berharga sekitar RM120. Masa tu, kami memang sanggup buat apa sahaja demi GAME. GAME yang belum tentu SERONOK untuk dimainkan. Asalkan namanya GAME, kami sanggup beli tahu? Ingat lagi, masa beli tu, kami kehujanan dan dan kebasahan. Meredahi hujan semata-mata untuk beli CONSOLE GAME yang TERBAIK ini. Di pendekkan cerita, BY THE END OF THE DAY, kami tak dapat pun main GAME yang kami beli tu. Kenapa? Kerana KANTOI dengan mak bapak kami semua. ZAMAN tu biasanya, memang DUIT RAYA, mak bapak akan SIMPANKAN dalam BANK. Tapi, sebelum sempat mak bapak minta duit kami, kami dah LEBURKAN dalam PELABURAN CONSOLE GAME. Hah! Amek kau! Mana tak mak bapak kami semua BERANG? Lepas KANTOI, GAME tu dirampas! Lepas tu, boleh pula depa main depan kami? Tak patut-tak patut. Di pendekkan cerita lagi, riwayat game tu tak lama. GAME tu hilang tanpa JEJAK! Wallahualam.

Cerita di atas sekadar satu contoh perkara BODOH yang Along lalui masa kecil-kecil dahulu. Banyak lagi perkara BODOH lain contohnya kami main bakar-bakar dekat belakang rumah pak sedara. Kami ramai-ramai ponteng puasa bersama. Kami main mercun dengan cara yang ekstream, dan sebagainya. Tak perlu Along cerita semuanya. Tapi, perkara BODOH itulah yang mengajar Along ERTI sebuah KEHIDUPAN sebagai seorang kanak-kanak. Kanak-kanak zaman sekarang. Apa mereka tahu? Segalanya sudah tersedia depan mata. Mereka tinggal ambil dan guna pakai sahaja. TAK MENCABAR LANGSUNG!!!

Apa Along cuba sampaikan adalah, korang ni, bila tengok satu-satu perkara BODOH yang kanak-kanak atau remaja zaman sekarang ni buat MELALUI VIDEO, dan korang KECAM mereka, CUBA korang refleksi semula diri korang. Bayangkanlah, kalau zaman korang dulu-dulu, adalah zaman serba canggih serta maju seperti zaman mereka yang sekarang ni. Lepastu, aksi BODOH korang yang dulu-dulu dirakan, dan disebar serta dimuat naik ke YOUTUBE ataupun sebagainya. Korang mesti akan dikecam juga kan>? Ya, Along tahu. Untuk elak dikecam, janganlah buat perkara BODOH dan tak BERMORAL. Tapi, korang juga perlu tahu, tak semua orang ada akal yang SEMPURNA sama seperti akal yang korang miliki sekarang ini. Korang kena ingat, akal korang pun pernah tak sempurna suatu ketika dahulu, sama seperti akal Along dan mereka. ok?

Benar, kita bukan penghukum. TAPI! Kita boleh nilai sesuatu dengan mata hati kita. Daripada kita hina dan keji perbuatan buruk orang lain. Lebih baik kita berdoa agar Allah berikan mereka hidayah. Kan? Dan, kita juga boleh sambung doa tu, andai memang si dia dikekalkan dalam keadaan begitu, semoga Allah beri balasan yang setimpal atas perbuatannya, mudah-mudahan, dia sedar dan insaf atas segala perbuata-perbuatan BODOHnya. Mudah kan?


Terima Kasih Sudi Baca...


Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH...
n_n

0 orang telah tinggal komen: