Tolong Jangan Berhenti Menulis

Monday, May 16, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Ihsan : Google (LINK)

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua yang acah-acah merindui diri ini tanpa pengetahuan diri ini yang semestinya diri ini tahu bawa diri ini sentiasa dirindui. Telah agak lama laman penulisan maya ini kering kontang tanpa sebarang artikel-artikel baharu untuk dijadikan sebagai bahan bacaan serta bahan motivasi tidak kira masa, tidak kira waktu. Kerinduan yang menebal bak dinding besi setebal hampir 10 kilometer untuk menulis, akhirnya tidak tertahan lagi sehingga membuatkan dinding besi ini, cair dalam tempoh tidak sampai satu saat untuk ari-jemari ini menaip artikel terbaru buat para pembaca semua (Ada ke yang baca? Hurm...).

BAHAHAHAHAHAHAHAHA. Poyo tak Along? Along ni, bukannya suka sangat tulis secara serius. Rasa poyo dan bajet-bajet INNOCENT je. Tapi, perkongsian yang Along kongsikan kebiasaannya sedikit sebanyak mampu untuk mengusik hati-hati serta jiwa-jiwa Along sendiri, korang dan mereka yang memerlukan motivasi secara santai dan bersahaja, dan dalam masa yang sama ada juga ketegasan dalam beberapa perkara. Betul tak? Ke Along sekadar PERASAN dan SYOK SENDIRI sahaja selama ini? Hahaha. Along yang tulis, suka hati lah kan apa yang Along nak tulis? Korang sebagai pembaca, Tugas korang tinggalkan KOMEN dan PESANAN di ruangan yang disediakan. Nak kritik boleh, Nak bagi FEEDBACK pun boleh.


TOLONG JANGAN BERHENTI MENULIS


Serious Talk! Tolong jangan berhenti menulis. Pesanan buat diri serta rakan-rakan blogger Along yang lain. Pesanan ini juga buat mereka yang ada minat menulis, tetapi rasa penulisan korang tak dihargai sehingga membuatkan korang putus asa dalam penulisan. Tolong dengar cakap Along ok? TOLONG JANGAN BERHENTI MENULIS! Along cukup risau korang berhenti menulis, sedangkan korang sendiri tidak tahu, masa hadapan yang korang bakal lalui sebagai penulis. Mungkin hari ini, tiada pembaca langsung! Tapi apakah sebulan mendatang perkara yang sama akan berlaku? Benar, akan ada yang kata, "Aku dah buat blog selama 3 tahun, tapi, pembaca blog aku macam tu juga. Macam ada tak ada sahaja." atau ada yang berkata, "Aku tulis, bukan ada yang baca pun!" atau, "Dah macam-macam aku lakukan untuk tarik minat orang baca blog aku, orang tetap tak nak baca. Hurm...". Dan macam-macam lagi kata hati korang yang Along pasti, boleh menjadi penyebab dan punca untuk korang berhenti menulis, 

Teruskan minat, Jangan biar ia tamat...


Please! Please and Please! Jangan TAMATkan MINAT menulis korang tu. Teruskan menulis dan jangan berhenti! Tapi! Dan seeloknya, tolonglah tulis dan kongsikan perkara yang mampu beri manfaat kepada orang lain. Tak susah pun. Sebab hidup kita ni kan dipenuhi dengan WARNA-WARNI keihdupan. Dan, setiap hari, kita jalani WARNA-WARNA yang berbeza untuk kita tempuhi dan hadapi. Makanya, dari situ, pelbagai cerita mampu kita taip dan tulis untuk dikongsikan kepada semua yang sudi baca. Macam mana kalau tiada yang sudi baca? Jangan risau, ALAM MAYA atau INTERNET ni, penggunanya kan ramai. Kalau korang tulis di MUKA BUKU, kawan-kawan MUKA BUKU korang takkan tak baca kot? Tak baca? Korang yakin ke? Entah-entah diorang adalah PEMBACA SENYAP. Siapa tahu kan?

Keduanya, tolong refleksi semula diri korang. PUNCA atau SEBAB kenapa korang menceburkan diri awal-awal dahulu dalam bidang PENULISAN ni. Apakah untuk BERKONGSI CERITA? atau CARI POPULARITI DAN PEMBACA SEMATA? Apakah korang buat kerana ORANG LAIN BUAT, atau kerana KORANG sendiri BERMINAT untuk mulakannya? Apakah korang ingin DOMINASI DUNIA PENULISAN, atau korang ingin MENAMBAH KENALAN? Along tahu, macam-macam sebab dan asbab yang mampu mendorong seseorang itu untuk menjadi penulis. Dan setiap orang ada aura yang berbeza dalam penulisan mereka. Ada yang langsung tak ada aura sehingga menyebabkan tiada siapa sudi baca apa yang mereka tulis. TETAPI! Apakah itu boleh dijadikan alasan untuk seseorang itu berhenti menulis? Seperti ilmu-ilmu lain, PENULISAN juga merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu kita pelajari. Kalau kita rasa penulisan kita kurang bagus, apa patut kita buat? Abai dan biarkan? berhenti dan tamatkan? TIDAK! Kita kena belajar! Belajar TEKNIK yang BETUL untuk tarik minat ORANG RAMAI membaca PENULISAN kita. Oraite? Faham?

Pesanan ni buat diri Along juga. Buat diri Along yang sentiasa MALAS dan MOOD KELAUT setiap kali menghadap BLOG untuk menulis artikel baharu. Bukan tak ada IDEA. IDEA tu ada, cuma ISI untuk IDEA tu tak ada. Otak seolah-olah TEPU dari menghasilkan IDEA yang SEGAR dan BARU. Along sendiri sedar, bukannya RAMAI yang nak baca pun apa yang Along BEBEL. Namun, Along pasti, tetap akan ada yang baca. Mungkin sekadar satu ke dua orang, namun, mereka tetap di kira sebagai pembaca... Kan? Korang pula, yang baca ni, mungkin merupakan orang ke-3 yang baca apa Along bebel pada hari ini. Siapa tahu kan? Alhamdulillah, jika hanya 3 orang pembaca Along, dan ketiga-tiga dapat manfaat dari apa yang Along cuba kongsikan, itu lebih baik daripada 1 juta pembaca Along, tapi langsung tiada yang dapat manfaat daripada perkongsian Along. Rugi-rugi...



Terima Kasih Sudi Baca (n_n)


Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH....

4 comments:

  1. malaslah along..jom lah kita berhenti menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala abg FR... malas tu ubatnya rajin... Jom makan ubat!

      Delete
  2. Jom teruskan menulis dan sebarkan manfaat buat orang lain :) Menulis pun boleh jadi ladang pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..betul tu Kak Nani... Ladang pahala menuju ke akhirat...

      Delete