MENCARI JODOH YANG MASIH BERSEMBUNYI

Friday, June 03, 2016 Rahim Aim21 7 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Ihsan GOOGLE : ( LINK )

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua! Entry kali ni merupakan entry pertama untuk bulan JUN 2016. Dan merupakan Entry yang ditaip 3/4 hari sebelum menjelangnya ramadhan. Alhamdulillah, Ramadhan semakin menghampiri kita, Sya`ban pula semakin meninggalkan kita. Mudah-mudahan, nyawa kita semua masih dikandung badan, untuk kita semua melalui Ramadhan yang hanya berbaki 3/4 hari sahaja lagi. Tapi, entry ni bukan berkisar tentang Ramadhan ok? Entry kali ni, berkisar tentang JODOH. JODOH yang masih bersembunyi.

Along ni, bukanlah pakar bab JODOH, HATI mahupun PERASAAN. Along sekadar taip mengikut pandangan kaca mata Along sahaja. Selebihnya, kalau ada pertambahan info, kritikan jua saranan, korang boleh tinggalkan di ruang KOMEN dekat bawah sana tu. Faham? Berbalik kepada tajuk, "MENCARI JODOH YANG MASIH BERSEMBUNYI", Along tahu, dan Along faham Ada diantara kita, lebih suka menunggu JODOH itu datang dengan sendirinya. Tak pun, serahkan sepenuhnya kepada kedua IBU dan BAPA untuk carikan JODOH untuk diri sendiri. Tetapi, pasti ada juga yang suka MENCUBA. Yalah, sifat manusia kan suka MENCUBA. MENCUBA benda baru. MENCUBA benda-benda yang dilarang dan sebagainya. Kerana sikap INGIN TAHU yang TINGGI, kebanyakan dari kita suka sangat MENCUBA.

Kerana itu, jangan pelik andai ada di antara kawan-kawan kita yang suka sangat MENCUBA bila berkaitan dengan bab JODOH ni. Ada di antara kita, yang berdoa di MUKABUKU, TWEETER dan sebagainya agar dapat JODOH/IMAM/MAKMUM yang baik-baik. Kan? Ada sesetengahnya pula, siap tawar diri lagi untuk JADI calon IMAM/MAKMUM secara terbuka di MEDIA SOSIAL. Kan? Jangan kata tak ada. Along yakin ada. Along pun ada kawan-kawan juga. Ingat korang je ke yang ada kawan? Ada sesetengah lelaki, diLABEL "PLAYBOY". ada sesetengah perempuan diLABEL "PLAYGIRL" kerana bercinta dengan ramai orang dalam satu-satu masa. Kan? Ada juga diLABEL sebegitu kerana sikap mudah baik dan ramah dengan ramai perempuan, walhal, tiada hubungan istimewa yang terbina di antaranya dengan kawan-kawannya melainkan hubungan kawan semata. Kan?

Ada sesetengah dari kita pula. Mudah sangat jatuh cinta dan bercinta. Contoh, Abu bercinta dengan Minah. Kemudian, diorang gaduh dan putus. Tak lama lepas tu, Abu bercinta dengan Milah. Lepastu, putus dipertengahan jalan kerana keluarga Milah tak suka Abu. 2 bulan kemudian, Abu bercinta pula dengan Maisarah.Sayangnya, hubungan mereka tak kekal lama, Maisarah meninggal dilanggar kereta.  Lebih kurang sebulan kemudian, Abu berkenalan dengan Munirah dan tak sampai 2 minggu, Abu dan Milah pun bercinta. Namun,rupanya, Munirah selama ni mempermainkan hati dan perasaan Abu. Setelah abu dapat tahu, maka Abu pun putuskan Munirah.Rupanya dalam diam, selama ni, Melisa, rakan sekerja Abu, menaruh harapan dekat Abu. Melisa, ni merangkap pendengar setia Abu memandangkan mereka merupakan rakan karib semenjak di bangku sekolah lagi. dipendekkan cerita, akhirnya Abu dan Melisa pun bercinta, bernikah, beranak-pinak dan bahagia untuk selamanya.

Nampak tak kronologi hidup Abu? Bercinta dengan ramai perempuan? Tapi, bukan dalam satu-satu masa. Ada sesetngah orang, mungkin melabel Abu sebagai "PLAYBOY". Tapi, realitinya, Abu bukanlah lelaki sebegitu. Abu bukannya tidak setia pada satu-satu perempuan. Cumanya, Abu tidak mahu episod lama berulang dengan perempuan yang sama. Bukan bermakna Abu ingin lalui kesedihan dengan perempuan lain pula. Tidak! Abu punyai harapan! Harapan agar hubungan seterusnya kekal, namun? Tak kekal pun. Hahaha. Tapi, Abu tetap terus mencuba, betul tak? Abu tak khianati sesiapa, tetapi, Abu sering disakiti hati. Abu tak benci perempuan, tak juga serik untuk bercinta. Kerana apa? Kerana Abu terus-menerus mencari jodohnya yang masih bersembunyi disebalik banyangan waktu, yang entah bila akan datang melengkapkan sekeping daging bernama hati.

Namun! Abu bukanlah jenis yang kahwin dengan perempuan, dan bila rasa perempuan tu bukan jodoh yang sesuai, Abu pun ceraikan. Tidak! Abu bukan lelaki sebegitu tahu? Lepas kahwin dengan Melisa, Abu yakin 100% Melisa adalah jodoh Abu. Dan Abu tak pernah merungut walaupun sesaat. Kerana bagi Abu, Abu telah pun menjumpai jodohnya yang telah lama bersembunyi selama ini. Jodoh yang selama ini, ada di hadapan mata, tetapi, terhijab pandangan matanya dari melihat jodoh tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. 

Makanya, apakah salah, andai hidup kita ni, ibarat hidup Abu? Yang melalui banyak proses cinta yang tidak kesampaian? Yang banyak mencuba nasib dalam percintaan dengan orang yang berbeza? Mencari jodoh yang masih bersembunyi dengan sepenuh daya usaha? Ya, mungkin dalam kisah Abu, Melisa yang meluah rasa terhadap Abu. Ibaratnya, Melisa yang tawar diri jadi JODOH Abu, bukannya Abu yang cari jodoh yang masih bersembunyi tu. Tapi, mungkin, andai Abu tak lalui semua kekecewaan dalam percintaan, mungkin, Melisa tidak akan pernah meluah sebarang rasa dekat Abu. Siapa tahu kan? Walaupun tampak klise macam DRAMA MELAYU. Namun, kita kan orang MELAYU. Nak tak nak, DRAMA tetap merupakan sebahagian daripada cara hidup kita. Kan?

Macam Along lah, Along sendiri masih mencari. Jodoh Along yang masih bersembunyi. Along sendiri tak pasti. Siapa jodoh Along di masa hadapan. Kenapa? Kan orang selalu kata. Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Tak gitu? Tapi, Herm... Siapa jua JODOH Along di masa hadapan, harapnya Along dapat bahagiakan hidup dia, dia juga dapat bahagiakan hidup Along. Keluarga dia dapat terima Along seadanya, keluarga Along juga dapat terima dia seadanya. Sungguhpun separuh hati Along, masih mengharap pada si DIA, namun, separuh lagi hati mengatakan, kau bukan jodoh dia Rahim. Bukan!

Tapi, tak juga bermakna, Along sendang mencari jodoh yang masih bersembunyi. ok? Along tak mencari pun. Buat masa sekarang, Along letak tepi semua perasaan sendiri terlebih dahulu. Along nak fokus pada membahagiakan mak dan ayah Along. Nak fokus pada kerjaya. Nak fokus pada menunggu jodoh tu datang, bukan Along yang cari. Bahahaha. (Jauh di sudut hati, Along menangis dalam diam.).

Ironinya, mencari jodoh yang masih bersembunyi itu, terpulang kepada individu untuk melakukannya atau tidak. Asalkan, korang tak permainkan hati dan perasaan orang lain sudah la ya? Tak baik tahu? Nanti orang permainkan hati dan perasaan korang pula bagaimana? Hah! Jawablah! Apa jeling-jeling? Apa jelir-jelir lidah? Apa buat muncung itik? Apa buat muka kosong? Apa? Apa? 


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...


Jom layan : Zivilia - Aishiteru 2


7 comments:

  1. Kelak jodoh itu akan datang tepat pada masanya :) Doa dan sabar.

    ReplyDelete
  2. Realiti lebih pelik drp drama tau.

    Ni ada tip nk cari jodoh, sila rajinkan diri gi antar n jemput ank buah pergi n balik tadika. Cer ushar cikgu tadika pulak. Hehe..

    Hah! Cubalah! Apa jeling-jeling? Apa jelir-jelir lidah? Apa buat muncung itik? Apa buat muka kosong? Apa? Apa?

    Keh3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah3.. EK EH! bERGURAU PULAK DIA.. hahaha... Masalahnya, den anak sulung pun xkawin lagi, ni kan adik beradik den yang lain. So, tak ada anak buah.. hua2..

      Delete
  3. Amboiii long..panjang bebenorr ko membebel long sampaikan akk ko ni kena baca banyak2 dari ats sana nak hadam cerita..Tapi takpe.la long akk ko baca jer laaaa ...nnt kan tak baca ko kecik ati plak..Dah alang2 akk ko ni baca..akk ko nak komen sikit laaa kat sini..Sikit jer tak banyak..walau hakikatnya akk ko tahu daaa ni daa pjg berjela2 duk taip ni..Long ..walau betapa susah dan sukar sekalipon along mencari jodoh...dari Selatan timur ke barat dan barat daya nun di sana..ingatlah long ingat ingat ingat ingat..bila sampai masanya jodoh itu akan dtg sendiri pada kita..Allah dah tetapkan siapa jodoh kita..cuma lambay dgn cepat jer...Bersabarlah dlm mencari cinta sejati wahai adikku..

    ReplyDelete
  4. orang selalu kata kalau jodoh tak kemana..tapi kalau tak ada usaha memang tak ke mana la jawabnya.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tapi, kadang-kadang bukan taknak usaha... cuma dah tahu dah,,orang yang kita nak tu, mesti xnak kat kita.. haha

      Delete