BERTENANG DAN BERSABAR

Friday, July 22, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Sabar itu indah
Gambar ihsan : GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. Sudah agak lama Along tidak menulis sebarang perkongsian di laman diari, perkongsiam maya Along ni. Along sebenarnya ada WRITER BLOCK. Susah Along nk terangkan punca kepada WRITER BLOCK Along ni sebab Along sendiri tak ada jawapannya. Hurm...

Hari Along kembali, berkongsi cerita dengan korang semua. Cerita tentang sifat sabar, begitu juga sifat tenang. 2 sifat yang mudah untuk kita ungkap, tapi, sukar untuk kita laksana dengan jayanya. Percayalah, sebab Along sama sahaja seperti korang dan mereka. Selalu sangat hilang sabar dan hilang ketenangan bila ada ujian datang menerpa. Kadang-kadang tu, rasa macam nak maki hamun semua orang. Nak pukul, tampar, terajang, semua rasa lah! Biar hati rasa puas! Betul tak?

Along nak bagi contoh, diri Along sendiri. Apabila ada di antara kawan-kawan Along yang pinjam barang Along tanpa minta kebenaran, kemudian pulang baru cakap yang dia pinjam tanpa pengetahuan Along. Apa korang rasa perasaan Along ketika itu? Gembira sampai tahap nak belanja dia makan dekat burger king ke? Hah! Mesti tak kan? Mesti marah! Betul tak? Mesti tension! Kan? Namun, kalau Along ikutkan sangat perasaan marah, geram, dah lama da along mencarut, siap flying kick lagi semua orang. Namun, Along tahu, tak guna lawan api dengan api, biarlah api lawan dengan air.

Nak pupuk sifat sabar, tenang, sangat susah. Tapi boleh jadi senang kalau ada usaha yang jitu dan bersungguh-sungguh. Usaha tu pula, perlu disertakan dengan istiqamah. Tawkan istiqamah tu apa? Kejap, mungkin akan ada yang agak sensitif dengan perkataan ni, sebab mungkin merujuk pada satu-satu organisasi. Namun, jika korang teliti maksud perkataan ni, korang akan dapati, ianya membawa kepada suatu aktiviti yang kukuh dan jitu untuk menjadi suatu panduan buat hidup kita.

Bukan nak cakap Along dah berjaya kuasai 2 sifat ni, tak. Tapi, Alhamdulillah, sifat sabar dan tenang wujud dalam diri Along setelah beberapa insiden berlaku dalam hidup Along. Bukan nak berlagak, riak mahupun takbur, tak! Along cuma nak kata, sifat tenang dan sabar itu, kita perlu cari dan kuasai. Mungkin, ianya akan datang sendiri, dek kerana insiden-insiden yang mampu memberi kesedaran kepada diri kita, akhirnya sifat tenang dan sabar itu berjaya menjadi sebahagian daripada diri kita. Wallahualam.

Korang sendiri boleh nilai diri korang. Jangan asyik menilai orang lain sehinggakan kita lupa untuk menilai diri kita sendiri. Kita sendiri banyak kekurangan yang perlu kita baiki. Jika kita dah usaha, namun, takdir mengatakan sebaliknya, kenapa kita perlu slahkan takdir? Takdir tu datangnya dari mana? Dari sang pencipta bukan? Jika kita salahkan takdir, tak ke sama maksudnya kita salahkan sang pencipta? Korang sendiri ada jawapannya.

Kerana itu, belajarlah untuk bersabar dan bertenang. Jangan pernah menyerah dalam perjuangan untuk mempunyai 2 sifat tersebut dalam diri kita. Dan jangan mudah rasa sudah cukup dengan ilmu sedia ada. Percayalah, banyak lagi ilmu ukhrawi yang berkaitan dengan diri, yang masih bertebaran di muka bumi ini yang boleh kita terokai dan pelajari. Ingat! Si gelandangan juga boleh jadi guru buat kita. Begitu juga mereka yang digelar sampah masyarakat dan sebagainya. Ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari mereka. BERTENANG DAN BERSABARLAH!


Terima kasih sudi baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH..
n_n

2 comments:

  1. In sya Allah..minta dengan Allah..agar rasa bertenang dan bersabar itu sentiasa mahu menjadi sahabat kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan PD... Mudah-mudahan...

      Delete