KAKI TIDAK MEMIJAK TANAH

Saturday, July 23, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Terbang tinggi
Gambar Ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup pada hari ini, menghirup udara ciptaan Allah, melihat hamparan makhluk di muka bumi ciptaan Allah, mendengar perkataan-perkataan yang baik, menyebut juga perkataan-perkataan yang baik. merasa makanan-makanan yang lazat lagi halal, menikmati segala macam nikmat yang di anugerahkan Allah buat kita serta bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan olehnya buat kita.

NAMUN! Kita sering mendongak ke langit! Kaki pula sering tidak memijak TANAH! Korang faham kan maksud Along? Kita sering lupa dan alpa untuk bersyukur tatkala Allah permudahkan segala urusan yang kita lalui hari demi hari. Kita sering lupa, ketika kita jalani kehidupan yang SENANG LENANG. Namun, kita sering mencari sang pencipta ketika kita jalani kehidupan yang SUSAH-PAYAH. Kan?

Sebagai contoh mudah, di saat kita kaya-raya, sihat walafiat tubuh badan, berapa kali sehari kita ingat Allah? Berapa kali sehari kita ucap kata syukur kepada yang maha esa? Cuba bandingkan disaat kita miskin, sakit hampir keseluruhan tubuh badan, Berapa kali akan kita ingat Allah? Pohon agar Allah ubah segala kepayahan menjadi suatu kesenangan buat kita? Berapa kali kita berzikir serta pohon keampunan daripadanya? Jika kedua-dua situasi masih sama iaitu akal dan hati kita masih kurang dalam mengingati Allah serta lidah kita masih tidak berapa basah dalam mngucap kata syukur kepadanya atas segala nikmat yang telah dianugerahkan olehnya, maka rugilah kita, sangatlah rugi! Percayalah.

Korang tahu kan, sakit, dugaan, cubaan serta lain-lain kepayahan yang kita lalui dalam hidup merupakan suatu nikmat buat kita? Eh? Tak tahu? Mari Along kongsi cerita dekat korang semua. Nikmat Allah tu, boleh datang dalam pelbagai cara. Nikmat yang Allah beri adalah agar kita sentiasa menjadi hamba yang taat, sering mengngatinya serta mengucap kata syukur kepadanya tanpa lelah mahupun jemu. Apabila Allah turunkan kepayahan hidup kepada kita, apa kita akan bukan? Kita akan banyak mengingatinya bukan? Maka, bukankah itu suatu nikmat? Nikmat mengingati Allah. Kerana pada kebiasaannya, diwaktu KESENANGAN Allah anugerahkan kepada kita, nikmat mengingati Allah itu seakan tiada. Hilang dari akal serta hati kita.

Pernah dengar ISTILAH, Berpijaklah Di Bumi Yang Nyata? Mesti pernah kan sebab istilah ni terkenal seantero dunia. Hahaha, Herm, mungkin bukan dunia yang luas, tetapi dunia kecil kita yang bernama MALAYSIA. Istilah ni adalah untuk mengingatkan kita sebagai manusia, supaya tidak lupa siapa diri kita walau apa jua keadaan kita sekalipun. Dalam konteks entri ini, asal usul kita adalah manusia yang beragama Islam. Bila bicara soal MELAYU, tak semua melayu itu Islam. Kan? Tapi, bila bicara tentang Islam, semua orang boleh dikategorikan sebagai orang Islam. Semua orang di sini bermaksud apa jua BANGSA yang beragama Islam. Cina boleh, india boleh, kadazan dusun walhal melanau pun boleh. Asalkan mereka beragama Islam.

Maka sebagai orang Islam, kita janganlah lupa realiti sebenar tentang kehidupan kita. Jangan lupa! Kita ni HAMBA kepada Sang Pencipta. Walau apa jua keadaan sekalipun, kita tetap HAMBA kepada ALLAH Yang Maha Kuasa. Bersyukurlah setiap waktu atas segala nikmat (Senang mahupun susah) yang Allah kurniakan kepada kita. Mulalah pasakkan kaki ke tanah. Berhenti mendongak tinggi ke langit! Marilah kita bersama menjadi seorang HAMBA yang sebenar-benar hamba. Hamba yang benar-benar mengabdikan diri kepada Sang Pencipta.

Sepertimana yang kita sering ungkapkan di dalam solat kita :

Sesungguhnya solatku, ibdahku, hidupku dan matiku kerana Allah SWT
Gambar Ihsan : GOOGLE


Terima Kasih Kerana Sudi Baca...

Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...
n_n

0 orang telah tinggal komen: