BERLAKU ATAS ATURANNYA

Monday, August 29, 2016 RahimAim21 6 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Buih Takdir
Gambar Ihsan dari Encik GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat petang. Dah 29 ogos dah. Lagi 2 hari sahaja lagi  kita bakal menyambut hari merdeka yang Ke-59 tahun. Wow! Dah 59 tahun dah Negara kita ini bebas secara FIZIKAL daripada penjajahan, namun, kebanyakan masyarakat kita, masih lagi kekal dijajah secara MENTAL oleh mereka. Korang faham maksud Along kan? Budaya barat, Budaya yang diagung-agungkan oleh kebanyakan masyarakat kita. Kerana itulah, kebanyakan budaya melayu semakin mati ditelan zaman. Itupun jika korang faham maksud Along lah....

Setiap perkara itu, berlaku atas aturannya. Aturan Yang Maha Esa yang kita gelar TAKDIR ini, adalah sesuatu yang kita tidak dapat elakkan. Sesuatu yang tidak dapat kita putarkan waktu, sesuatu yang tidak dapat kita ubah, sama ada menggunakan mesin masa yang sekadar wujud dalam cerita FANTASI, ataupun meja belajar NOBITA yang hanya wujud dalam cerita animasi DORAEMON. Tidak! Kita memang tidak dapat mengubahnya.

Ya! Kita boleh cegah dan elak sebelum ianya terjadi. Namun, di saat ianya terjadi, kenapa sewenang-wenangnya kita salahkan takdir? Sedangkan takdir itu datangnya dari Allah Yang Maha Esa. Maka, setelah musibah menimpa diri, keluarlah pelbagai ketidak puas hatian daripada mulut kita. Jikalau berkalau menjadi pendamping diri dan hati mengenangkan nasib buruk yang menimpa diri. Kalaulah aku begitu, kalaulah aku begini. Namun, jarang sekali kita menadah tangan, memohon keampunan daripada Allah. Eh? Kenapa bila ditimpa musibah kita perlu meohon keampunan? Sebab mungkin inilah peluang kita untuk mendekatkan diri semula kepada Allah setelah segala keselesaan yang Allah beri, kita guna pakai tanpa ada sedikitpun rasa bersyukur yang terbit dari lidah dan hati kita. Pernah dengar ungkapan KUFUR NIKMAT? Allahu, minta dijauhkanlah daripada kita semua.

Betul, orang tak lalui apa yang kita lalui. Orang tak rasa apa yang kita rasa. Orang tak fahami apa yang kita lalui kerana kita sendiri tidak faham apa yang kita lalui. Tapi, Sebagai orang yang tak LALUI, tak RASAI dan tak FAHAMI, kita sepatutnya bantu mereka yang ditimpa musibah ni, mengingatkan mereka kembali akan hakikat sebenar kewujudan diri mereka di muka bumi ni. Kita tidak sepatutnya, menghempap-hempap mereka dengan TOHMAHAN, AMARAH, dan PERSOALAN yang TIDAK MASUK AKAL. "Kenapa boleh jadi begini? Kau mesti bawa motor tadi laju kan? Kau ni memang tak pandai jaga anaklah! Macam manalah kau boleh terjebak dengan perkara ni? Apa salah ibu?, kenapa anak ibu jadi macam ni?" dan pelbagai lagi soalan yang seolah-olah menyalahkan takdir yang berlaku,

Itu realiti masyarakat kita. Yang kena musibah? Allahu, dia menjadi KELIRU hanya kerana kata-kata manusia yang suka MENYALAHKAN TAKDIR. Meletakkan kesalahan kepada orang yang TERKENA MUSIBAH ke atas manusia seperti mereka. SABAR! Itu memang kata kunci keramat. Namun, tidak semudah yang disangka. Kita lupa, sifat sabar itu datangnya daripada Allah. Dan hanya Allah yang mampu kurniakan sifat sabar ke atas hamba-hambanya. Kita selalu berdoa dan berharap agar Allah hadirkan sifat sabar secepat mungkin. Namun, apabila sudah lama sangat berdoa, hari makan hari, bulan makan bulan, tahun makan tahun, tak juga sifat sabar itu kita berjaya miliki. Apakah kita perlu berhenti dari berdoa dan berharap? Tidak sedarkah kita, Allah sedang uji kita. Allah uji, sama ada kita mampu bersabar ataupun tidak dalam mengharap untuk memiliki sifat Sabar? Jika kita berjaya dalam ujiannya, tidak kah SABAR itu menjadi milik kita?

Percayalah, Takdir itu berlaku atas Aturannya. Tidak akan lambat mahupun cepat walaupun sesaat. Dan setiap takdir yang menerpa diri kita, yakin dan percayalah, pasti ada HIKMAH BESAR yang tersembunyi disebaliknya yang akan kita ketahui apabila tiba masanya suatu hari nanti mengikut juga takdir yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Yang berjaya itu tidak ramai, maka kita jadikan diri kita sebaik mungkin untuk jadi sebahagian daripada yang tidak ramai itu. :)


Terima Kashi Sudi Baca....


SALAM UKHUWAH...
Adios...
Massalamah...

n_n

6 comments:

  1. salam singgah dan follow sini yaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan follow..nanti Along snggah dan fllow smula blog akak

      Delete
  2. Replies
    1. haha... yg itu juga yg dibalasnya... ngee..

      Delete
  3. terima kasih sharing. Apa yang kita bleh usaha ialah berusaha.

    ReplyDelete