Penyelamat Bateri Kereta Kong - BATERIKUDOTCOM

Monday, August 01, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

Penyelamat Bateri Kereta Kong - BATERIKUDOTCOM

Bismillah... 
Alkisah...

bateriku.com
Gambar Ihsan : BATERIKU.COM

Assalamualaikum dan selamat petang. Sebelum Along fokus pada tajuk perbincangan yang bakal Along ketengahkan hari ni, Along ada satu soalan buat korang semua. Siapa dekat sini ada kereta angkat tangan! Along belum ada kereta, tapi! tapi! tapi! InsyaAllah, tak lama lagi, Along bakal punyai kereta sendiri. Doakanlah agar Along dapat miliki kereta Along tu cepat-cepat ya? Herm, tapikan, kebanyakan dari korang yang diluar sana tu, mesti pernah hadapi masalah BATERI KERETA KONG kan? Persoalannya, bagaimana korang semua tangani masalah BATERI KERETA KONG ni ek? Yang bersuami atau beristeri, mesti korang akan minta tolong daripada pasangan masing-masing kan? Tapi, di saat terdesak, apa yang korang lakukan?

Baru-baru ni Along diperkenalkan dengan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bumiputera sepenuhnya yang mampu membantu kita semua di saat BATERI KERETA kita KONG. Korang pernah dengar tentang BATERIKU.COM? Pernah? Tak pernah? Tak apa, Along akan kongsikan berita baik ini buat korang semua. Seperti mana Along katakan tadi, BATERIKU.COM merupakan sebuah syarikat milikan bumiputera. Ok, selain itu apa lagi ek? Di bawah ini adalah beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat BATERIKU.COM ini :

1) CEK, HANTAR dan PASANG BATERI SECARA PERCUMA

TESTIMONI PELANGGAN BATERIKU.COM
Gambar ihsan : BATERIKU.COM

          Biasanyalah kan, bila bateri kereta korang kong, mesti korang akan telefon sesiapa sahaja yang menyediakan perkhidmatan penukaran bateri kereta yang kong kan? Takpun, korang panggil kawan korang, atau jiran korang untuk pinjam JUMPER supaya korang dapat hidupkan kereta korang semula sebelum di bawa ke bengkel berdekatan untuk cek masalah yang berlaku ke atas kenderaan anda tu, Kan? Apa kata korang ubah cara korang tu kepada cara yang termudah iaitu dengan menghubungi pihak BATERIKU.COM. Kenapa korang tanya Along? Kerana 1 perkataan iaitu PERCUMA! Cek bateri PERCUMA! Hantar bateri PERCUMA! Pasang bateri pun PERCUMA! 

2) HARGA BATERI LEBIH MURAH

HARGA BATERI LEBIH MURAH DARI PIHAK BATERIKU.COM
Gambar ihsan : Dari Blog wayneharraz.com

          Mana ada bateri kereta PERCUMA dalam dunia ni. Jangan pula sangka BATERI kereta pun PERCUMA ok? Adoi, Tapi! BATERIKU.COM menawarkan harga BATERI KERETA yang lebih murah berbanding harga di pasaran. Tak percaya? Ok, sebagai contoh yang telah diceritakan oleh kawan Along sendiri, Bateri kereta jenama CENTURY berharga sekitar RM200.00 - RM220.00. Namun, BATERIKU.COM menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan sekitar RM135.00 sahaja! Murah sangat-sangat! Berbaloi-baloi!


3) TIDAK PERLU BELI BATERI BAHARU JIKA BATERI LAMA MASIH ELOK

TESTIMONI PELANGGAN BATERIKU.COM
Gambar ihsan : BATERIKU.COM

          Ini suatu kebenaran yang nyata. Kebanyakan penjual bateri kereta di luar sana, kurang jujur dalam memeriksa  keadaan bateri kereta. Bukan Along nak kata SEMUA, tapi SEBAHAGIANnya sahaja. Namun, mengikut testimoni ramai, pihak BATERIKU.COM jujur dalam memeriksa bateri kereta. "NO HIDDEN CHARGE" adalah antara komen mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan dari syarikat bateri kenderaan ini.

4) PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT SECARA DEBIT/KREDIT

bateriku.com
Gambar ihsan : BATERIKU.COM

          Yang ni mesti ramai yang suka! Kan? Kan? Kan? Yalah, bukan semua orang ada duit "CASH" dalam tangan kan? Kan? Kan? Nak-nak, waktu tu, bateri kereta korang kong sewaktu korang dalam perjalanan nak ke BANK untuk keluarkan duit dek kerana korang kehabisan duit di tangan. Yang ada? Kad kredit dan juga kad debit korang. Hah! Bagai jatuh ditimpa tangga, kan? Mujur BATERIKU.COM ada menyediakan perkhidmatan bayaran secara DEBIT mahupun KREDIT. Mereka sentiasa bawa mesin kad untuk korang lunaskan bayaran tanpa menggunakan sebarang duit kertas.

Oklah, nak cerita panjang lebar, rasanya lebih elok korang hubungi pihak BATERIKU.COM sendiri. Bukan apa, cara penerangan mereka mungkin akan lebih mudah buat korang faham berbanding apa yang Along sampaikan kepada korang ni. Berikut adalah info berkaitan dengan syarikat BATERIKU.COM :

Telefon : 1-800-22-2324
Whatsapp : 012-245 8027
Fax : 03-78430106
Email : info@bateriku.com
Website URL : www.bateriku.com

Info tambahan buat korang semua, ketika ini, BATERIKU.COM bertapak di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Juga Pulau Pinang. Mengikut sumber, InsyaAllah, "By The End Of This Year" BATERIKU.COM akan beroperasi sepenuhnya di seluruh negera. Sebarkan berita gembira ini kepada rakan-rakan kita yang lain agar kita sama-sama menyokong syarikat bumiputera yang bernama BATERIKU.COM ini.


Terima Kasih Kerana Sudi Baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH..
n_n

0 orang telah tinggal komen: