PERASAAN ORANG RABUN

Wednesday, August 03, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

Bismillah...
Alkisah...

rahimaim.com
Sekadar Hiasan

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah, walaupun Along rabun, Allah masih beri Along peluang untuk melihat dunia dengan jelas menerusi kaca mata yang Along beli tidak lama dahulu. Kaca mata Along ni, sudah beberapa kali juga berganti. Kebanyakannya patah disebabkan kesilapan sendiri. Hurm, kebanyakan ke? Senang cerita semua sekali lah. kihkihkih. Maklumlah, yang terpijak lain, yang terhempap masa tidur lain, macam-macamlah. Sebab itu Along tidak beli kaca mata yang mahal-mahal. Bua rugi sahaja beli patah atau rosak. huhuhu.

Korang tahu tak? perasaan sebenar orang rabun? Seksa tahu? Nak-nak rabun yang agak kuat macam Along ni, tanpa kaca mata, orang yang berada di hadapan korang sejauh 5 meter belum tentu korang akan kenal dan cam rupa mereka. Suara pun kadang-kadang korang susah nak beza. Pulak tu, ditambah dengan rabun cahaya, bila malam menjelma, lagilah teruk rabun Along jadinya. Hurm...

Bayangkanlah, bangun sahaja pagi, Along perlu cari kaca mata terlebih dahulu untuk memudahkan Along melihat keadaan sekeliling. Di saat kaca mata patah dan tidak dapat digunakan? Seksa owr! Sehari tanpa kaca mata, hidup seperti tidak bermakna. Hidup seperti dalam dunia yang asing daripada orang lain. Bila jalan-jalan rasa seperti pemandangan disekeliling samar-samar, seolah-olah semuanya menghilang seakan tiada. Bila orang panggil, Along akan dengar tak dengar sahaja. Bila panggil dari kejauhan, Along terpaksa mara lebih hampir untuk mengetahui siapakah pemilik suara tersebut. Huhuhu. Seksa-seksa.

Along bukan nak salahkan takdir, tak! Along cuma nak cakap, korang yang tak rabun tu, jangalah minta agar korang jadi rabun. Sebab, orang rabun sendiri kalau boleh tak nak rabun-rabun ni. Kami nak juga bebas dari rabun ni. Sampai bila kami akan rabun? Wallahualam. Sampai bila korang tak rabun juga, Wallahualam. Tapi, selagi korang tak rabun, janganlha minta untuk jadi rabun ya? Tak salah pun, acah-acah pakai cermin mata tanpa POWER, ok sahaja. Cuma, jangan sesekali korang sengaja pakai cermin mata orang rabun untuk jadikan diri korang rabun. Jangan korang sengaja buat kerja dalam gelap, tengok TV dalam gelap, main SMARTPHONE dalam gelap semata-mata nak rabunkan mata korang. Korang jangan juga baca buku dekat-dekat, sengaja penatkan mata korang semata-mata nak jadi rabun. Jangan tau! Korang perlu sayang mata korang yang sihat tu.

Tapi! Kalau korang saja ACAH-ACAH pakai kaca mata yang tak ada POWER. Dan saja nak PAKAI CERMIN MATA untuk  nampak BERGAYA, ikut korang lah. Tapi, jangan sesekali niat untuk jadi rabun tau! Sebab rabun ni TAK BEST! Walaupun, kebanyakan orang beranggapan orang rabun ni nampak PANDAI sebab berKACA MATA. Hahahaha.


Terima Kasih Sudi Baca,


Salam Ukhuwah,
ADIOS...
MAASSALAMAH...
n_n

2 comments:

  1. kalau tak pakai spek, tengok pokok pun nampak macam orang kan. hehe

    ReplyDelete