PETANI DI LADANG AMALAN

Monday, August 08, 2016 RahimAim21 0 Comments

Bismillah...
Alkisah...

PETANI SAWAH PADI
Gambar Ihsan : Google

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ke? Ek eh? Tanya Along pulak! Hahaha. Semestinya malam. Sebab apa? Sebab Siang lawannya malam. Itu pun takkan Along nak kena terangkan kut? Kah-kah. Ok-ok, Along buat lawak hambar, Along tahu tu. Tak apa, faham. Faham yang korang takkan gelak. Dan korang akan buat bunyi KRIK-KRIK-KRIK. Huhuhu.

Along ada satu soalan. Kalau Along tanya jangan marah ok? Agak-agakkan, hari ni, berapa kebaikan yang korang dah buat? Berapa pula kesilapan yang telah korang lakukan? Apakah kebaikan lebih banyak, atau kesilapan lebih banyak? Pernah buat catatan tak berkaitan dengan dua perkara ni? Pernah refleksi diri tak tika mana korang menilai kehidupan orang lain? Hah! Pernah? Pernah? Ups! Terlebih sudah soalan Along. Daripada satu, terbit pula persoalan-persoalan tambahan yang berkaitan. Hurm...

Jika kesilapan itu, melebihi kebaikan yang korang lakukan pada hari ini, apa tindakan korang untuk hari-hari yang mendatang? Apakah anda akan ISTIQAMAH dengan melakukan KESILAPAN, atau cari alternatif yang berkesan untuk melebihkan KEBAIKAN sehinggalah hampir tiada KESILAPAN yang anda lakukan dalam hidup untuk hari-hari yang mendatang.

Percaya atau tidak, hidup kita ni ibarat PETANI. PETANI yang berbakti kepada TANAH. Katalah di hadapan mata kita ada hamparan tanah yang SUBUR dan hamparan tanah yang kurang subur. Untuk dapatkan hasil serta tanaman yang baik, kita pasti memilih tanah yang subur untuk bercucuk tanam kan? Sebab apa? Sebab kita nak pastikan kualiti tanaman kita itu baik-sebaiknya. Begitu juga dengan diri kita, Telah jelas di hadapan mata kita, DOSA dan juga PAHALA. Perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan, semestinya ganjaran pahala menanti kita. Perkara-perkara yang berkaian dengan kesilapan? Dosa menanti kita. Melainkan, kita sedar, kita bertaubat dan kita berjanji takkan mengulangi kesilapan tersebut. InsyaAllah, pahala menanti kita.

Pernah dengar kan? Hidup di dunia hanyalah sementara, akhirat jualah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Mesti pernah dengar punya. Kenapa sementara? Apa guna kita hidup di atas muka bumi kalau macam tu? Sedangkan kita dah tahu, yang kita semua akan menjalani kehidupan abadi di akhirat kelak? Kita berbalik kepada Kalamullah di dalam Al-quran dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud : “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”.

Ibadah? Apakah sekada tertakluk pada solat, puasa dan zakat semata? Tidak! Tidur juga boleh dikatakan ibadah. Makan juga boleh dikatakan ibadah. Musafir juga boleh dikatakan ibadah? Dengan syarat apa? Syaratnya, semua itu kita lakukan adalah kerana Allah.Tapi, boleh ke mencuri dikatakan ibadah hanya kerana mencuri dilakukan kerana Allah? Semestinya tak boleh. Perbuatan yang dilakukan kerana Allah itu, kenalah perbuatan yang baik-baik. Perkara yang membolehkan kita untuk perolehi pahala yang bakal membantu kita memasuki syurga kelak.

PETANI bila tanaman dia cantik, segar-bugar, subur, mesti dia gembira kan? Mesti dia rasa puas hati bukan dengan segala curahan tenaga yang telah diberikan sepanjang berbakti kepada tanah. Kan? Begitu juga kita sebagai manusia biasa. Kita pasti gembira dan bahagia kan andai, segala perbuatan serta amal kebaikan kita dibalas dengan pahala dan syurga oleh Allah S.W.T? Kan? Maka, jika nak merasa kebahagiaan serta kegembiraan itu, kita perlulah bercucuk tanam bersungguh-sungguh, dengan melakukan segala amalan kebaikan yang kita boleh lakukan. Hasilnya nanti, InsyaAllah, kita akan NAMPAK dengan JELAS di akhirat kelak.

Wallahualam...


Terima Kasih Sudi Baca....


Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

0 orang telah tinggal komen: