TRIVIA CERITERA HIDUP RAHIM AIM

Tuesday, August 23, 2016 RahimAim21 14 Comments

Bismillah...
Alkisah...

RAHIM AIM OFFICIAL PICTURE

Assalamualaikum. Entri ni sepatutnya Along taip beberapa hari yang lalu. Namun, kerana kemalasan yang melanda, Along taip hari ni untuk menyahut CABARAN yang diutarakan oleh seorang rakan blogger yang kami panggil PCL pemilik blog nazlee.com. Terima kasih kerana sudi TAG Along bersempena dengan entri TRIVIA ni. InsyaAllah, Along akan cuba kongsikan sehabis baik, tentang SISI HIDUP Along yang lain. Yang ramai orang tidak tahu. Bukan na BERAHSIA atau MENYOROKKAN apa-apa selama ini. Cuma Tiada yang bertanya, makanya, tiada jugalah jawapan yang Along beri kepada sesiapa.

SALAH FAHAM MAKSUD "TRIVIA"

Pertamanya, selepas Along dapat tahu yang Along perlu meneruskan cabaran TRIVIA ni, Along tidak tahu menahu maksud sebenar TRIVIA. Apa yang Along tahu, TRIVIA adalah SOALAN. Apa jua bentuk soalan yang memerlukan jawapan. Entah kenapa, itu sahaja yang bermain di minda Along. Namun, setelah Along GOOGLE, apa yang boleh Along faham tentang maksud TRIVIA ini adalah, DETAIL terhadap satu-satu maklumat yang kurang penting. Kurang penting ke? Mungkin pada diri sendiri kurang penting. Tapi, pada orang lain, siapa yang tahu. kan?

BIODATA :

Nama                             :    NURRAHIM BIN SHAMSUDIN
Umur(2016)                   :    22 TAHUN
Nama Pena                    :    RAHIM AIM / RAHIM AIM21
Asal                               :    PONTIAN, JOHOR
Makanan Kegemaran    :    NASI AYAM
Minuman Kegemaran    :    LAI CHI KANG
Cita-cita                         :    PENULIS NOVEL
Hobi                               :    KAJI SOFTWARE
Pekerjaan(2016/2017)   :    PELAJAR TAHUN 4 IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI                                                      DENGAN KEPUJIAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TRIVIA :

JATUH CINTA PADA TEKNOLOGI

Along ingin kongsikan cerita, bagaimana Along mula menceburkan diri dalam dunia teknologi. Kerana dari situ jugalah, secara tidak langsung, Along mula mengorak langkah dalam dunia BLOG dan juga VLOG.

Along masih ingat, Along jatuh cinta terhadap perkara yang berkaitan dengan teknologi sewaktu Along berumur 14 tahun. Waktu tu, Along rosakkan laptop ayah Along secara tidak sengaja. Memang teruk jugalah Along kena marah. Dan tidak lama selepas peristiwa tu, Ayah belikan Along Set PC second hand. Waktu tu tak payah ceritalah. Gembira bukan kepalang. Macam-macam EXPERIMENT Along buat dekat PC Along tu. Macam-macam SOFTWARE Along cuba INSTALL. Maklumlah. PC sendiri. TERUJA dia lain macam. Sampailah PC tu rosak. Hantar betulkan dekat kedai komputer kawan Ayah. Hah! Ini cerita paling menarik. Di sinilah Along dapat hadiah. CD dan DVD installer WINDOWS! WINDOWS XP ada, WINDOWS VISTA ada, WINDOWS 7 pun ada. Waktu ni memang rasa dah bangga gila lah! Sebab boleh FORMAT PC sendiri bila mana PC ada problem.

TAPI! kerja FORMAT PC ni tak semudah yang Along sangka. Masih ingat lagi Along FORMAT PC sendiri. Jadi memang jadi. Cumanya, GRAPHIC tak cantik, SOUND tak ada. dan macam-macam kekurangan yang Along hadapi. RUPANYA, FORMAT bukan sekadar FORMAT semanta. Perlu juga ada DRIVER. Deng! Itulah pengalaman pertama Along Format PC sendiri.


PUNYAI LAPTOP PADA USIA 15 TAHUN

Sekitar tahun 2009, Akhirnya Along dapat miliki LAPTOP sendiri. Dan laptop tu masih lagi WUJUD sampai sekarang. Cumanya, bukan Along yang guna, Along bagi adik Along guna untuk kegunaan di Universiti. Along? Beli LAPTOP baru lah. Laptop yang Along guna sekarang ni, Along beli pada tahun lepas. Bukan apa, kenalah UPGRADE sikit LAPTOP. :)...

Ok, tutup cerita pasal beli LAPTOP baru tahun lepas. LAPTOP pertama Along tu, Along beli dekat PC FAIR. Masih ingat lagi, waktu tu, punyalah Along nak sangat MILIKI Laptop sendiri. Bukan tamak, cumanya PC Along tu CPUnya rosak teruk. Buat rugi je betulkn. Makanya, Along buat keputusan untuk beli LAPTOP sendiri. Semua duit dalam akaun BANK Along keluarkan semata-mata untuk miliki LAPTOP sendiri. Waktu tu, duit Along sekitar RM700. Harga laptop pula sekitar RM1400 jenis ACER ASPIRE 4738Z PROCESSOR INTEL TANPA GRAPHIC CARD 2GB RAM WINDOWS 7 64-BIT. Mana Along dapat lagi RM700? Kah-kah. Duit ayah. Ayah tambah lagi RM700. Thankx Ayah. Sayang ayah sangat-sangat. Dan dari situlah, bermulanya langkahan kedua Along dalam bidang teknologi.

BLOGGING 

Herm, susah nak cakap. Kenapa Along mula-mula BLOGGING. Cuma nak cakap, Along berblogging selepas SPM. Atas dasar apa? Mungkin dahulu, niat tidak menghalalkan cara. Pada awalnya, Along berblogging untuk jadi TERKENAL serta DIKENALI. Along ingin buktikan pada semua yang suka CONDEMN Along bahawa Along lebih hebat berbanding diorang. Along tidak perlukan diorang dalam hidup Along.

Namun, semakin Along ingin buktikan sesuatu, semakin Along rasa KOSONG. Seolah-olah apa yang Along cuba buktikan tu, tidak membawa apa-apa erti. Dan apa yang Along mahukan, semakin menjauhi Along. PUJIAN, TERKENAL, BERADA DI ATAS. Semuanya hanya angan-angan kosong. Sebab semuanya hanyalah DUNIA sahaja. Along seakan HILANG diri Along yang SEBENAR. Diri Along yang selalu merendah diri, selalu berbuat kebaikan tanpa minta sebarang balasan, selalu tersenyum ketika mana kesusahan melanda diri. Kerana itulah agak lama Along menyepi dari dunia BLOGGING. Sebab pada Along, seakan tiada erti teruskan BLOGGING kalau tiada hala tuju yang pasti.

Namun, akhirnya Along kembali ke dunia BLOGGING. Terima kasih buat semua warga EFG. Kerana telah membantu Along, melihat sisi lain dalam dunia Blogging. Kerana itulah Along akan terus gunakan Tagline Along iaitu, ORANG BIASA, BERKONGSI CERITA. Along ingin berkongsi cerita. Sama ada wujudnya pembaca ataupun tak, Along sudah tidak peduli. Kerana Along pasti, tetap wujud pembaca di luar sana yang sudi baca blog Along. Yang tak banyak, walaupun sedikit, perolehi manfaat daripada apa yang Along kongsikan. Dan dalam masa yang sama, ianya sebagai peringatan, nasihat serta teguran buat Along sendiri supaya menjadi manusia yang selalu bersyukur dan berhenti daripada menjadi manusia yang kufur.

VLOGGING

Siapa dekat sini tahu yang Along seorang Vlogger? tahu-tahu? Ramai yang tanya Along, kenapa Along VLOGGING. Yelah, Vlog-vlog Along bukannya KELAKAR pun. HAMBAR adalah. Buat orang menyampah pun ada. Herm, Korang tahu kan, ada orang yang gugup, berdarah gemuruh, bila buat PRESENTATION atau BERHADAPAN DENGAN KAMERA, mesti tersipu malu. Cakap pun menyalah-nyalah. Ada orang, sediakan SKRIP atas kertas. Ada orang HAFAL SKRIP dan berlatih depan cermin. Ada juga orang yang membelakangkan pendengar dan baca apa jua yang dipancarkan oleh LCD. 

VLOGGING inilah cara Along untuk atasi sifat GABRA, GUGUP serta GEMURUH. Along cabar diri Along dengan cara rakam diri sendiri bercakap. dan Post di internet untuk sesiapa sahaja yang sudi menonton. Along buat semua ni, bukan untuk jadi terkenal tahu? Lebih kepada latihan buat diri. Untuk jadi lebih berani. :)

IMPIAN 

Banyak impian yang Along nak, tapi belum tercapai. Contohnya nak dapat pangkat Dato` di usia muda, nak melancong ke serata dunia selagi mana mampu, nak buat aktiviti lasak dan ekstream, nak ada rumah sendiri, kereta sendiri, nak jadi kaya, boleh bawa keluar pergi mekah setiap tahun dan sebagainya. Namun! Kerana Along berpijak di bumi yang nyata, Along tahu, semua tu Along hanya boleh realisasikan dengan cara  dapatkan pekerjaan tetap terlebih dahulu. Macam mana nak dapatkan pekerjaan yang tetap tu? Along perlu tamatkan zaman UNIVERSITI terlebih dahulu. Eh? Kahwin? tentang tu, Along tak berani nak cakap. Sebab Along masih tak MOVE ON. Tak payahla nak bagi nasihat sangat, korang pun mesti susah nak MOVE ON kan kalau hubungan yang korang bina tu, terputus bukan sebab salah kau mahupun dia. terputus disebabkan kekangan keluarga. Kalau memang dah tertulis jodoh tu, milik Along dan dia, ya IMPIAN Along yang satu ni akan tercapai jua suatu hari nanti. Jika sebaliknya, biar takdir menentukan segalanya sama ada Along kahwin ataupun tidak... Dah-dah, senyum sikit. :)

SUKA KUCING

Jujur Along cakap, Along sukakan KUCING. Pernah keluarga kami bela kucing tidak lama dahulu, namun kami terpaksa hantar kucing-kucing tu ke tempat lain kerana sifat "merosakkan sesuatu" mereka yang tidak terkawal. Tapi tulah, Along kalau ada rumah sendiri, memang Along akan bela kucing. Cuma risau juga nak bela. Dengar kata, kos PENJAGAAN KUCING setiap bulan tinggi. Banyak pakai duit kalau nak jaga kucing ni. Betul ke?

KONKLUSI

Along tak pasti, apa lagi Along perlu kongsikan buat korang semua. Mungkin ada yang Along terlepas pandang. Tapi, Along pasti, maklumat tambahan korang boleh cari sendiri dalam BLOG Along sebab Along rasa, banyak yang telah pun Along kongsikan sebelum-sebelum ni dalam penulisan lama Along. Korang hanya perlu cari gali sahaja ENTRI-ENTRI lama Along, InsyaAllah nanti korang akan jumpanya.

Sebelum Along mengakhiri perkongsian cerita Along pada hari ini, Along ingin TAG rakan blogger along yang lain untuk meneruskan CABARAN TRIVIA ini. Mereka adalah :

1) http://www.akupenghibur.com/

Harapnya, mereka sudilah ceritakan SISI lain dalam hidup mereka. :)

Terima Kasih Sudi Baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n


14 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha.. pergi youtube cepat! Cari rahim aim21

      Delete
  2. acik doakan impian along tercapai...amin ya rabb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Impian yang mana satu tu? mesti Acik akan jawab semua kan? hehe... Amiinnn Acik, mudah-mudahn... Syukran..

      Delete
  3. Replies
    1. CN..cari cepat kat YOUTUBE... : rahim aim21

      Delete
  4. Baru tahu suka,kucing.xpernah pun tgk along bgmbo ngn kucing hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Akan datang, insyaAllah.. ada gambar Along dengan kucing... :)

      Delete
  5. PENULISAN YG BAGUSSSSS
    .KEEP ITIUPPPP

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Kek Ny... herm2.. puji2 juga, Kek Ny jangan lupa sahut cabaran Along tulis TRIVIA DIRI juga ya? hehe

      Delete
  6. Sorry along pcl lewat datang baca dan komen.. sisi lain along pcl dah nampak sikit.. dgn iringan doa pcl panjatkan semoga kejayaan memihak pd along secepat mungkin. Teruskan keceriaan along. Kena move on cepat.. be a gentleman. Kipidap dun givao. Sure along jadi along yg mampu berdikari bukannya along yg bukit beruntung.. always happy with EFG "Your friends may come into your life and go away, but EFG's family will always be beside u to make u happy 4ever, In Sha Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dun givao ya PCL? hehe.. InsyaAllah PCL.. Along betul-betul bersyukur sebab dapat jadi sebahagian daripada ahli keluarga EFG... Harapnya, kita kekal bersama untuk selamanya.... Tq for the doa, Along juga mendoakan agar PCL sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat Allah untuk selamanya.. Tang MOVE ON tu, InsyaAllah, one day PCL.. no worries :)...

      Delete