CORETAN PENDEK PERKONGSIAN PANJANG

Thursday, September 15, 2016 RahimAim21 1 Comments

Bismillah...
Alkisah...


Tempat : Meja Belajar
Waktu : 7:59 malam


KURANG IDEA
Ihsan gambar dari GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Salam maghrib buat semua umat Islam. Sementara tunggu waktu Isya` ni, sudilah kiranya korang semua baca perkongsian Along pada waktu dan ketika ini. Janganlah SERIUS sangat. Bukan perkongsian berat-berat pun. Sekadar nak beritahu suatu perkara sahaja. Bertepatan dengan tajuk CORETAN PENDEK PERKONGSIAN PANJANG. Along klasifikasikan kedua-duanya dalam dua PLATFORM yang berbeza.

Begini, Along ni, nak kata rajin sangat UPDATE apa-apa di BLOG mahupun MEDIA SOSIAL yang lain seperti MUKA BUKU, tak juga. Cuma, bila ada sesuatu yang Along ingin coretkan dalam bentuk penulisan yang ringkas, Along lebih suka menulis di Muka Buku. Ada kalanya di TWITTER begitu juga jika berkesempatan, akan diterjemahkan melalui V-LOG. Tapi, bila berkaitan dengan perkongsoan yang PANJANG, Along lebih suka menulis di BLOG Along aka Laman Perkongsian Maya Along ini. 

Kadang-kadang, bila buka BLOG, memang nak tulis sangat-sangat. TAPI! Idea yang ada hanyalah IDEA yang bakal ditulis dan dicoret dalam suatu perenggan yang pendek. Oleh itu, Along lebih memilih Muka Buku sebagai laman perkongsian atau tempat Along mencoret cerita pendek buat bahan bacaan korang semua.

Satu perkara yang Along tak suka adalah menulis akan perkara yang Along kurang IDEA. Menulis sesuatu, tetapi IDEA tidak berkembang. Memanglah, nak tarik ramai PEMBACA, perlu tulis apa sahaja, sehinggalah kita berjaya. TETAPI! Menulis tanpa JIWA? Herm, Tu bukan cara penulisan serta perkongsian Along. Along menulis kerana kepuasan diri dan berharap agar korang juga berpuas hati dengan apa yang Along kongsikan. Tapi, kalau kepuasan hati korang sahaja Along perlu jaga, kepuasan hati Along siapa nak jaga kan? Hurm... Dah lah Along ni SINGLE.... Tak ada siapa yang sudi jaga perasaan Along ni. UPS! Korang jangan pula tawar diri untuk jadi pelengka hidup Along ok? Along selesa jadi begini. Faham? Hehehe...

Oklah, Along rasa, itu sahaja penerangan yang Along ingin sampaikan kepada korang semua. Maaf sebab selalu sangat jadi ibarat CHIPSMORE yang sedap tu. Kejap ada, kejap tak ada...


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

1 comment:

  1. Kalau Bonde suka menaip, kalau menaip tak banyak sampah.. sebab bold ayat tekan jer delete.

    kalau dapat kertas dan pen Bonde suka menconteng hu hu hu

    UPS! Korang jangan pula tawar diri untuk jadi pelengka hidup Along ok?

    Ada typo Along...

    ReplyDelete