INTERNET BANKING BANK ISLAM KENA LOCKED

Wednesday, September 07, 2016 RahimAim21 17 Comments

Bismillah,
Alkisah,

BANNER dari BANK ISLAM

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Merujuk kepada tajuk perkongsian Along hari ini, secara rasminya, Alhamdulillah Along terlepas daripada belenggu masalah yang melanda diri Along disebabkan kecuaian Along sendiri. Masalah tersebut adalah Along tak boleh access INTERNET BANKING BANK ISLAM Along disebabkan salah masukkan PASSWORD melebihi 3 Kali sehingga ianya boleh mengakibatkan ianya di LOCKED untuk beberapa hari. 

Bagi korang yang sedang menghadapi masalah ni, Along nak bagi satu saranan. Terus TELEFON BANK ISLAM CENTRE di talian 03-26900-900. Jangan jadi macam Along. Menyusahkan diri dengan menghantar EMAIL kepada mereka. Tak memasal macam-macam soalan Along kena jawab bila mereka telefon Along. Pulak tu, telefon guna nombor lain. Dah macam kes soal siasat dah. Sabar sahajalah. Walaupun nampak LECEH, tapi, bila Along fikir POSITIF. Itu tanggungjawab diorang. Tak begitu? Untuk pastikan satu-satu kebenaran itu, mereka perlu tanya sehinggalah mereka berpuas hati dengan jawapan kita. #RESPECT

Macam Along katakan, jika perkara ini berlaku kepada korang, atau sesiapa sahaja. Telefon BANK ISLAM CENTRE dengan segera. Berurusan dengan mereka lebih mudah. Ini, mengikut pengalaman Along sendirilah. Tak tahu pula pengalaman orang lain macam mana. Nanti mereka akan bagi korang pilihan, RESET PASSWORD atau  NAK CUBA PASSWORD LAMA. Kalau cuba, mereka bagi kita peluang 3 KALI sahaja. Kalau Along, Along pilih RESET PASSWORD, sebab Along memang terlupa sepenuhnya PASSWORD Along tu. Huhuhu.

Antara soalan LAZIM yang korang akan dapat adalah :

1) Nama KITA
2) Nombor Kad Pengenalan
3) Nombor telefon
4) Nama Ibu
5) Baki Semasa Akaun
6) Pengeluaran/ Kemasukan duit terakhir
7) Buka akaun bank dekat CAWANGAN mana dan BILA

Dan pelbagai lagi soalan yang berkaitan. Katalah korang tak ingat apa-apa. Korang pergi ke cawangan yang berhampiran. Minta Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan soalan di atas. Tapi, takkan NAMA SENDIRI pun korang tak tahu kot? NAMA IBU SENDIRI pun korang lupa ke?

Konklusinya, janganlah korang sesekali lupa DARATAN. Eh? Maksud Along lupa PASSWORD INTERNET BANKING BANK ISLAM korang. Jangan jadi macam Along tahu? Tolong simpan PASSWORD korang tu elok-elok. Supaya nanti, bila korang terlupa, bolehlah korang rujuk semula. Ok?


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

17 comments:

  1. hi hi hi Bonde punya maybank2u n cimb klik dah tak berfungsi lagi... gara2 tersalah password...

    bila nak pi bank pon tak tahu hi hi hi

    ReplyDelete
  2. kena pergi bank atau dia selesaikan melalui talian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi BANK untuk dapatkan MAKLUMAT... tapi.. masalah diselesaikan melalui talian...

      Delete
  3. Replies
    1. No worries..dia xkn effect ke kt atm...

      Delete
  4. Klu akaun online kna lock kita masih blh keluarkan duit kt mesin x. Kada ATM kita blh gnakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ATM masih boleh digunakan seperti biasa..

      Delete
  5. dia lock untuk beberapa hari je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk selamanya... selagi mana kita tidak hubungi pihak bank untuk betulkannya..

      Delete
  6. Macam mane nk reset password?
    Sy dah buat forget password.

    Tp die kate

    [E5000502] - Invalid User Information.

    ReplyDelete
  7. dh col center ...tp bile tkn kt forgot pass tu jd invalid user information ,,,, Atm pin tu ape ek sbenarnye???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu bukan ke yg 6 digit untuk mesin atm?

      Delete
  8. Kalau saye.. Saye tak lupe password tp bile login dia kate account has been locked.. Kalau mcm ni kene call center jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Setahu along mcm tu la.. Tak salah mencuba kan?

      Delete