MASIH BELUM SEMPURNA

Thursday, September 01, 2016 RahimAim21 3 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Surah Al`Asr beserta terjemahan
Ihsan gambar dari GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, hujan turun dengan lebatnya. Dapat juga main hujan hari ini. Hehehe. Ni semua gara-gara sidai pakain yang dibasuh, walaupun dah tahu dan dah nampak, cuaca mendung tatkala mata memandang ke arah langit. Namun, hati tetap kuat mengatakan, KAU PERLU SIDAI BAJU SEKARANG RAHIM!. Haha, Hujan pun hujan lah, yang penting baju tetap perlu disidai. Bukan apa, takut terlupa sahaja....

Pernah tak kita rasa, kita ni, BELUM LAYAK untuk MENEGUR atau MEMBERI NASIHAT kepada orang lain, memandangkan kita ni, masih banyak kekurangan yang perlu kita baiki. Pernah tak fikir begitu? Tapi, pernah tak terfikir, jika SEMUA ORANG, berfikiran begitu, maka, siapa yang ingin tegur serta beri nasihat kepada orang lain? Siapa yang ingin sampaikan kebaikan walaupun satu ayat? Siapa yang akan jadi UMAT yang terbaik iaitu, MENYURUH KEPADA KEBAIKAN serta MENCEGAH akan KEMUNGKARAN? Siapa? Siapa? 

Memanglah, agak mustahil orang lain berfikiran seperti kita. Kerana itulah wujudnya pakar-pakar motivasi, Alim Ulama` yang sering menyampaikan nasihat serta tunjuk ajar untuk orang biasa  seperti kita menjalani kehidupan yang lebih baik. Namun, mereka tidak akan SENTIASA ADA bersama kita. Setiap saat mahupun waktu untuk beri nasihat kepada kita mahupun orang sekeliling kita. Mereka akan ada, jika kita atau orang-orang sekeliling kita cari mereka. JIKA lah kan...

Memang, realitinya, sebagai manusia, kita tidak SEMPURNA. Masih ada cacat celanya dimana-mana. Nak cakap soal menjadi insan yang BAIK? Soleh / Solehah? Kita masih belum sempurna dari aspek agama mahupun iman. Masih banyak yang perlu kita pelajari. Masih banyak yang perlu kita dalami. Namun, jangan lupa satu perkara, memberi nasihat itu, suatu kebaikan yang mampu bantu diri kita sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Tidak semestinya, kita perlu jadi manusia yang hampir SEMPURNA terlebih dahulu barulah kita boleh memberi nasihat, mengajak orang melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran. Tidak! kerana kita memang takkan pernah jadi manusia yang sempurna. Jadi lebih baik, ya. Jadi sempurna? Mustahil. Sempurna SIFAT, belum tentu sempurna Agama. Sempurna Agama belum tentu sempurna Iman. Sempurna Iman? Belum tentu ada jaminannya akan kekal beriman sampailah ajal menjemput kita. Kerana Setiap perkara yang bakal berlaku, kita langsung tidak mengetahuinya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala sesuatu.

Jika takut pandangan orang terhadap kita apabila kita memberi nasihat secara lisan, maka kita nasihatlah orang lain melalui penulisan. Jika kita takut untuk nasihat orang lain melalui penulisan, maka kita nasihatlah mereka di dalam hati mereka. TAPI! Sampai bila kita sekadar mahu nasihat mereka di dalam hati sahaja? Sampai bila? Bukannya mereka tahupun yang kita sedang nasihat mereka? Sekurangnya melalui penulisan, mereka boleh baca, melalui lisan, mereka boleh dengar. Kan? 

Namun! Memberi nasihat itu, biarlah dengan cara BERHIKMAH. Jangan ikut cara KEYBOARD WARRIOR yang suka memberi NASIHAT secara EKSTREM! Sebab kita sepatutnya menggalakkan semula mereka yang SALAH di mata kita ini untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, Bukannya membuatkan mereka semakin jauh, hanyut dilembah kebinasaan. Kita sepatutnya bantu mereka berubah dengan lisan mahupun penulisan kita, bukannya membuatkan mereka semakin membenci kita serta memberontak dan terun berontak untuk tidak beubah menjadi insan yang lebih baik.

.Ingat tak, masa kecik-kecik, bila mak kita halang kita lakukan sesuatu, pasti mak akan cakap, JANGAN BUAT, JANGAN PANJAT, JANGAN PUKUL, JANGAN GIGIT dan pelbagai lagi perkataan JANGAN yang wujud. Namun, apa kita buat? Kita akan buat perkara yang berlawanan dengan apa yang mak kita suruh. betul tak? Namun, apabila mak mula sebut, " HAH! BUATLAH-BUATLAH! HAH! PANJAT-PANJAT! PUKULLAH LAGI, PUKULLAH!" dengan nada yang SINIS. Apa kita buat? Kita berhenti bukan? Kita tak buat ikut suruhan mak kita tu.Betul tak? Itulah namanya PSIKOLOGI. Sebab itulah, apa jua perkataan yang keluar dari mulut kita, kita perlu fikir baik buruknya terhadap orang yang mendengar kata-kata kita tu. Begitu, perkara yang sama dari aspek penulisan kita. Sama sahaja.

Ironinya, semua orang layak beri nasihat... Cuma berani atau tidak sahaja. Bezanya, pada kaedah kita beri nasihat itu. Sama ada kaedah yang betul ataupun sebaliknya.... Yang mampu bantu orang lain menjadi insan yang lebih baik, atau semakin jauh terjunam ke lembah kebinasaan. Wallahualam...


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH.... 

3 comments: