AKIBAT BENGANG KENA MARAH, PEMUDA INI BERTINDAK DI LUAR KAWALAN

Thursday, October 20, 2016 RahimAim21 1 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Lelaki ini bengang
Bad Mood In Progress
Ihsan GOOGLE : LINK


Assalamualaikum dan selamat petang. Hah! Apabila korang baca tajuk ENTRY Along ni, pasti korang tak sabar nak klik link yang Along kongsikan kan? Yelah, zaman sekarang ni, bukan boleh kira. Kebanyakan orang dekat luar sana, tulis tajuk lain, cerita dalam pula lain. Kadang-kadang tu, langsung tiada kena mengena dengan tajuk. Pasti korang pernah alaminya kan? Kadang-kadang rasa tertipu kan? Sekarang pun, korang pasti rasa tertipu kan setelah klik link ENTRY Along ni? kan? kan? kan? 

CLICK BAIT, pernah dengar istilah ni? Istilah ni di guna pakai untuk tajuk-tajuk ENTRY  di BLOG mahupun VIDEO di MEDIA SOSIAL yang apabila kita baca, membuatkan adrenalin dalam badan kita membuak-buak ingin tahu, cerita selanjutnya berkaitan dengan tajuk tersebut. TAPI! Apabila kita klik sahaja LINK, kekecewaan pula melanda diri. Mana tidaknya, jauh panggang daripada api. Cerita yang dikongsi, sama ada dalam bentuk penulisan mahupun video tidak langsung berkait dengan tajuk yang sangat GEMPAK. Kan?

Oklah, dari tadi Along asyik bebel, lebih baik Along kongsikan cerita sebenar beriatan dengan tajuk ENTRY Along pada kali ini. Ceritanya begini, Along sudah agak lama tidak menaiki KTM. Makanya, tidak tahu apa-apa perubahan yang berlaku ke atas KTM. Disebabkan hari ini Along dan kumpulan Along perlu ke TITIWANGSA untuk menemu ramah KETUA PENGARANG AKHBAR HARAKAH, makanya, untuk memudahkan urusan, kami memilih KTM sebagai pengangkutan untuk kami ke sana. Pada kebiasaannya, KTM NILAI, menggunakan sistem TIKET. Tapi, Wallahualam, semenjak bila entah, KTM NILAI telah menukar sistem TIKET mereka kepada sistem KOIN. Terkejut Along dibuatnya. Hahaha. Korang jangan gelak ok? Siapa gelak Along TEMBAK.

Nak dijadikan CERITA, sebabkan Along agak BLURR dan TERPINGA-PINGA, makanya, sewaktu Along ingin melekapkan KOIN Along kepada LALUAN MESIN, Along tersilap langkah. Mana tidaknya, sebelum Along lekapkan koin tersebut, pekerja KTM NILAI ni ajarlah cara-cara untuk gunakan KOIN tersebut dengan BETUL. Cumanya, sebabkan Along sedikit URGENT, makanya, Along tersilap langkah. Tak memasal ABANG KTM tu, marah dekat Along. Sedih tahu? Sedih sangat-sangat. Yela, Along tahu, memang salah Along. Tapi, Jangan lah sampai marah. Herm...

Alhamdulillah, mujur selepas kongsikan cerita sedih ini tadi dalam group blogger yang Along sertai, mereka berjaya ceriakan Along kembali. Terbaiklah diorang. Hahaha, Group Blogger mana? Herm.. Biarlah jadi persoalan dalam minda korang semua. Oraite?

Terima Kasih Sudi Baca...

Salam UKHUWAH..
ADIOS..
MAASSALAMAH...

n_n

1 comment: