AKU MAHU TERBANG BEBAS

Sunday, November 27, 2016 RahimAim21 8 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Terbang tinggi
Ihsan GAMBAR dari : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat malam... Rasa sejuk sahaja dari pagi sampai lah sekarang. Sekejap hujan, sekejap berhenti. Mata ni rasa mengantuk sentiasa. Seolah-olah memujuk diri ini agar tidur untuk suatu jangka masa yang panjang. Hanya bangun untuk solat, makan dan kembali semula ke hamparan tempat tidur yang agak selesa, hanyut semula dibuai mimpi kosong yang tidak bernoknat.

Along tahu, sudah agak lama Along tidak mencoretkan sebarang coretan hati di ruangan perkongsian maya Along ni. Bukan tak rindu, cuma berlaku kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Ada sahaja perlu dilakukan sebagai seorang pelajar Universiti. Lagi-lagi sekarang ni, Along sudahpun berada di semester 7, tahun 4. Semester depan, Along perlu jalani praktikal pula. Herm... Wallahualam. Doakan Along kuat. Doakan Along agar sentiasa ada untuk kongsikan sesuatu buat korang semua.

Korang pernah tak terfikir untuk terbang bebas seperti burung? Mesti pernah kan? Sebab ianya perkara yang hampir sama, setiap seorang daripada kita berfikir apabila kita ditimpa masalah. Masalah tu, bukannya spesifik kepada masalah yang KITA SENDIRI CARI. Sebab, masalah tu, boleh datang TANPA KITA SENDIRI pinta. MASALAH ORANG pun, kadang-kadang boleh jadi masalah kita. Yelah, kita ni ibarat PENDENGAR SETIA kepada MASALAH orang lah katakan. Jadinya, ramai orang SUKA cerita masalah yang dihadapi kepada KITA. Hahaha. Betul tak? Along tahu, tak semua orang macam tu. Yang jenis macam Along sebutkan ni, faham-faham sendiri lah ya?

Jadinya, sebahagian daripada kita, akan mula berimaginasi untuk lari daripada REALITI. Berkeinginan untuk TERBANG TINGGI, TERBANG BEBAS seperti burung dengan membiarkan segala masalah jauh daripada diri. Kalau boleh, kita ingin terus terbang untuk selamanya sampailah ajal menjemput kita. Tapi, kita ni manusia. Apa kita boleh buat sekadar membayangkan sahaja perkara tersebut berlaku. Kita tahu, ianya sekadar harapan palsu. Namun, yang palsu itu lah pilihan kita untuk mencari solusi kepada permasalahan yang kita lalui.

Cumanya, pernah tak kita berfikir? Sebagai seekor burung, burung juga ada masalah? Sebagai contoh, ketika terbang. Apabila hujan, burung juga terpaksa cari tempat berteduh. Pernah tengok burung redah hujan? Pernah tengok sekumpulan burung buat formasi menarik sewaktu terbang ketika hujan? Pernah? Pernah terfikir tak bagaimana hidup burung yang kepatahan sayap? Pernah tanya pada diri, bagaimana kehidupan burung yang selalu menjadi mangsa pemburu? 

Herm... Persoalan ni, sedikit sebanyak buka mata dan minda Along sendiri. Betapa setiap makhluk ciptaan Allah itu, diberi kesenangan dan kesusahan mengikut apa yang mereka mampu lalui dan jalani. Sama ada kita menjadi hamba Allah yang BERSYUKUR atau kita menjadi hamba yang KUFUR. Itu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama. Di saat kita ditimpakan UJIAN, kita merungut? Di saat kita diberi kesenangan? Kita LUPA pada DIA? Kenapa? Sebab kita adalah MANUSIA dan MANUSIA adalah PELUPA.

Tak salah, kita berimaginasi tinggi. Asalkan kita tidak lupa bahawa kaki kita masih memijak bumi. Tak salah kita mendongak ke awanan biru, asalkan kita tidak lupa pada TUHAN yang SATU. Along sendiri pernah lari dari realiti dan cipta ruang fantasi Along sendiri. Tapi, setelah apa yang berlaku, Along sedar, itu bukan pilihan yang sepatutnya Along buat. Buat apa lari, sedangkan lambat laun REALITI itu kita perlu juga hadapi? Kan? Atau sebenarnya, kita lebih rela tanggung perkara tersebut, sehinggalah ajal menerpa diri? Pilihlah ikut SUKA, kerana Along tahu, lain orang lain CARANYA. Along sekadar berkongsi pandangan kerana Along tahu, pasti antara korang yang ada pendapat yang bertentangan.

Kita sama-sama belajar, jadi insan yang lebih baik...


Terima kasih sudi baca...


n_n
Salah UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

8 comments:

  1. Terbang lah tinggi2...hehe..hebat karya ni.

    ReplyDelete
  2. Kalau sy tajuk lain sket. Sy mahu travel bebas ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. pun boleh.. Dengan duit..awak boleh travel scara bebas..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Lebih kepada pesanan buat diri sendiri Ainaa...

      Delete
  4. Terbanglah sejauh-jauhnya x ada msalah..Hutang budi boleh bawa ke mati..
    Hutang manusia tetap berbayar. Bekerjalah dengan jujur..amanah..Semua akan dihutang oleh ALLAH TAALA... Hiduplah dgn reliti bukan di dunia khayalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.... sebab akhirnya... kita semua akan mati.. :)

      Delete