HIDUP INI IBARAT MIMPI

Tuesday, January 26, 2016 Rahim Aim21 10 Comments

HIDUP INI IBARAT MIMPI


BANGKIT DAN SEDARLAH...


Bismillah...
Ă€lkisah...

Hidup ini ibarat mimpi
Ihsan GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ini along sekadar ingin berkongsi suatu coretan ringkas buat korang semua. Along tahu, sudah agak lama Along tidak menulis apa-apa di ruangan perkongsian yang dikenali sebagai BLOG yang dimiliki sepenuhnya oleh Along ini. Maafkan Along. Sebab sekarang berada di kampung halaman dan kelajuan internet tidak mengizinkn untuk Along berkongsi sebarang cerita. Coretan ini pun di tulis atas ihsan internet orang lain.

Tolak ke tepi luahan Along, dan sekarang kita fokus pada tajuk yang Along cuba ketengahkan. Macam Along kata, coretan kali ini akan jadi coretan yang agak ringkas. Sekadar coretan yang mengingatkan Along, jua mengingatkan korang semua akan hakikat sebenar kehidupan.

Hidup ini IBARAT mimpi? Ya, mimpi yang dipenuhi keindahan dan kesengsaraan. Jadi, bilakah kita akan jalani kehidupan tanpa mimpi? Akhirat sudah semestinya. Tidak percaya? Sebagai contoh ada orang, sanggup lakukan apa sahaja, asalkan keinginan diri sanggup dipenuhi. Langgar hukum hakam agama? Sudah semestinya salah satu cara untuk kecapi kemahuan diri. Yang buruk tampak baik di mata mereka. 

Eh? Di manakah kaitannya? Sabar... Perasaan tak satu perkara? Dalam mimpi, semua perkara boleh berlaku. Begitu juga dalam dunia realiti, pun sama juga. Asalkan kuasa, wang, harta dan kekayaan dalam genggaman kita, semestinya kita mampu lakukan apa sahaja. Cuma, dalam realiti, ia benar-benar berlaku. Dalam mimpi, ianya sekadar fantasi dan mainan tidur semata.

Dalam realiti, nak buat sesuatu itu, boleh sahaja. Nak buat dosa? Buat pahala? Pilih ikut suka. Cuma tanggunglah akibatnya bila tiba masanya nanti. Di alam mimpi? Sama juga. Nak buat apa, buat lah. Tapi, tiada akibat menanti. Hampir sama bukan? Kerana itu, Hidup ini ibarat mimpi. Cuma bezanya, hidup adalah MIMPI yang NYATA. TETAPI, mimpi adalah MIMPI yang TIADA.

Ramai dari kita, leka dengan MIMPI yang NYATA ni. Lupa dengan nikmat yang diberi secara percuma selama ni. Ada yang menggunakan agama demi kepentingan diri. Ada yang bicara soal agama, sedangkan diri tidak mengikut syariat agama sepenuhnya. Mana yang baik untuk diri, diambil. Yang tak beri manfaat pada diri? Di buang tanpa rasa berdosa.

Kehidupan abadi adalah di akhirat sana. Tanpa mimpi tanpa juga fantasi. Hanya syurga atau neraka sahaja penghujung kediaman rasmi kita. Manusia memang tidak selayaknya menilai manusia lain. Apakah seseorang itu berdosa atau tidak. Apakah seseorang ke syurga atau neraka. Tapi, sebagai manusia, kita sendiri ada akal untuk berfikir. Yang mana benar dan yang mana salah. Jika tak tahu, boleh belajar. Boleh tuntut ilmu... Kan?

Salam ukhuwah...
Adios...
Maassalamah...

10 orang telah tinggal komen:

POHON TANPA BUAH

Saturday, January 16, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

POHON TANPA BUAH


Vlog #25 - ILMU TANPA AMAL



Bismillah...
Alkisah...

IHSAN : google

Assalamualaikum.... Dalam dunia ni, kita perlu ingat, kita tidak hidup berseorangan. Kita juga tidak hidup secara berasingan. Along kadang-kadang pening kepala memikirkan masalah orang lain. Apa orang kata tu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga? Lebih kurang macam tulah apa yang berlaku. Common Sence itu perlu. Ilmu tu dah ada, tinggal ADAPTASI kan sahaja dalam kehidupan. Itu pun susah ke? Ya... Buat baik itu SANGAT SUSAH. buat benda tak baik? SANGAT SENANG.. Kan? You know what i mean...




Salam Ukhuwah....
Adios...
MAASSALAMAH...

2 orang telah tinggal komen:

CERITA TENTANG KAWAN

Sunday, January 10, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

CERITA TENTANG KAWAN


Vlog #24


Bismillah...
Alkisah...

IHSAN : google


Assalamualaikum, korang mesti ada sorang atau dua kawan, yang macam kawan Along. Jenis yang suka berkongsi cerita tentang apa yang dia tidak suka terhadap seseorang tu. Lagi-lagi, orang tu merupakan kawan korang juga. Herm, rasa tersepit di antara dua buah negara yang sedang berperang, tetapi kedua-dua belah negara tu, kau baik dengan mereka. Baik, bukan sebagai orang yang TALAM DUA MUKA atau MUSUH DALAM SELIMUT. Baik, bermaksud BAIK dari segi perhubungan yang SUCI,JUJUR dan MURNI. Itu sahaja....



Salam Ukhuwah....
Adios...
MAASSALAMAH...

4 orang telah tinggal komen:

Tersalah Komunikasi

Friday, January 08, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

TERSALAH KOMUNIKASI


Vlog #23

Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat malam, setelah sekian lama menyepi dari dunia VLOG Along kembali dengan video baru. Nak tahu apa dia? Tonton VIDEO di bawah ni dengan penuh BERSEMANGAT ok semuanya! 


Kalau rasa-rasa nak tinggalkan KOMEN, Along sarankan tinggalkan di kedua-dua tempat. Blog dan juga YOUTUBE CHANNEL Along... Jangan lupa SHARE | SUBSCRIBE dan COMMENT ok?

Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH....

0 orang telah tinggal komen:

SERIGALA DATANG KERANA DIPINTA

Sunday, January 03, 2016 Rahim Aim21 12 Comments

SERIGALA DATANG KERANA DIPINTA


Kisah dongeng yang bila-bila masa, boleh berlaku dalam dunia nyata...


Bismillah...
Alkisah...

Ihsan GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat malam. Sudah agak lama Along tidak mencoret apa-apa di ruangan penulisan maya yang diapnggil BLOG ini. Malas? YA! Tak ada idea? YA! Sibuk? pun YA! Semuanya YA belaka. Minat nak menulis itu sentiasa ada. Cuma KEKANGAN MASA itu yang menjadi puncanya. Eh? Tadi kata MALAS dan tak ada idea? Bila ada masa terluang, ianya Along isi dengan TIDUR. Kenapa? Kerana MASA TERLUANG adalah masa di mana ALONG dapat BERISTIREHAT sebagai seorang PELAJAR. Ngee~

SERIGALA DATANG KERANA DIPINTA | Korang mesti pernah dengar kan? Cerita pengembala kambing yang memPERMAINKAN orang kampung dengan mengatakan SERIGALA datang untuk memakan KAMBING-KAMBING belaannya? 3 kali dia panggil orang kampung untuk datang. Kali pertama dan kedua, dia menjerit meminta TOLONG atas dasar ingin mempermainkan orang kampung sahaja. Bagaimana untuk kali yang ketiga? Dia menjerit meminta TOLONG secara SERIUS. Kenapa? Kerana kata-katanya MEMAKAN DIRI. Akhirnya, SERIGALA benar-benar DATANG seperti yang DIPINTANYA. Eh? Dia PINTA serigala tu datang? YA! Itulah kebenarannya.

Begitulah orang kata, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. NIAT yang pada mulanya hanyalah untuk memuaskan HATI dan PERASAAN sendiri. akhirnya telah MAKAN DIRI. Siapa yang susah? Diri sendiri juga. TETAPI! Jangan ingat, ianya sekadar melibatkan DIRI SENDIRI sahaja. Ianya boleh melibatkan SEMUA PIHAK. Dalam CERITA di atas, ianya melibatkan ORANG KAMPUNG, TERNAKAN dan DIRI SENDIRI. Kan menyusahkan KAMBING-KAMBING dia, terpaksa BERLARI ke hulu dan ke hilir untuk mengelak daripada di makan/ di baham serigala. Kesian dekat kambing dia tu.

Korang mesti faham, apa Along cuba sampaikan, KAN? Along tak nak lah petik mana-mana ISU SEMASA. Namun, inilah hakikat, inilah REALITI. realiti yang PAHIT untuk ditelan, Benar, tidak semua PEMIKIRANnya sama macam kita. Ada yang BIJAK membuat keputusan, ada yang KURANG BIJAK dalam membuat keputusan hidup. Nak salahkan siapa? Semestinya kebanyakan orang akan menyalahkan PEMBUAT KEPUTUSAN tersebut iaitu individu yang KURANG BIJAK tersebut. Pernah atau tidak? Korang fikir FAKTOR LUARAN yang berhubung kait dengan masalah yang WUJUD ini? Antaranya FAKTOR KELUARGA? FAKTOR PERSEKITARAN? FAKTOR RAKAN-RAKAN? FAKTOR INTERNET DAN ALAM MAYA? Pernah tak korang terfikir? Jika pernah, ALHAMDULILLAH. Jika tidak, mari kita fikirkannya bersama.

Cuba kita letakkan diri dan pemikiran kita, ditempat WATAK UTAMA kepada ISU SEMASA yang baru-baru ni berlaku. Kita sebagai PELAKU merasakan apa yang kita lakukan adalah suatu perkara KECIK. Kerana apa? Kerana kita meMENTINGKAN DIRI sendiri. Betul? Kita merasakan apa yang kita lakukan itu, adalah betul. Lantaklah  akibatnya, yang penting kita PUAS, yang penting kita BEBAS. Kerana apa? Kerana kita rasakan orang lain TIDAK MEMAHAMI diri kita seperti mana kita MEMAHAMI diri kita sendiri. Betul?

Kita semua pernah MENONGKAH ALAM REMAJA. Pernah MERASAI apakah yang dinamakan dengan JIWA REMAJA. Ada di antara kita PERNAH tersilap LANGKAH semasa di Alam remaja dan telah pun menjadi seorang yang baik pada masa kini. Yang mana dahulu FREE HAIR, sekarang dah bertudung. Yang mana dahulu pakai pakaian yang KETAT, sekarang dah sedikit LONGGAR dan SOPAN. Yang mana dahulu suka berseluar pendek atas lutut, sekarang telahpun berseluar panjang, menutup aurat sepenuhnya. Jangan bangkitkan cerita lama! Eh? Kenapa? Malu? Malu dengan MANUSIA? Malu dengan ALLAH? Masa buat ada rasa MALU? Ada?!

Begitulah juga dengan WATAK UTAMA bagi ISU SEMASA yang berlaku baru-baru ni. Dia juga boleh berubah menjadi insan yang lebih baik, MUNGKIN lebih baik daripada KITA semua. Siapa tahu? Tidak dinafikan, ada je sebenarnya INSAN yang kekal dengan PERANGAI YANG SAMA sehinggalah AJAL menjemputnya. Namun, selagi ada masa, selagi Allah PINJAMkan NYAWA, selagi itu seseorang itu diberi peluang untuk BERUBAH, Kan? Hidayah itu MILIK ALLAH. Siapa sangka FELIXIA YEAP yang dahulunya model majalah PLAYBOY berubah dan masuk ISLAM dengan menggunakan nama yang cukup indah iaitu RAISSYYAH RANIA YEAP? Menjadi seorang MUSLIMAH yang menjaga AURAT lebih baik berbanding MUSLIMAH yang memang asalnya beragama ISLAM?

Kerana itu, Along ingin bawa korang semua berfikir. Korang nampak satu-satu keburukan orang, apakah MENGHENTAM tindakan mereka adalah PENYELESAIAN utama masalah tersebut? Apakah kata-kata buruk kita terhadap mereka, mampu mengubah mereka agar menjadi INSAN yang lebih baik? Bukanlah bermaksud Along ajak korang semua agar MENYOKONG dan MEMPERSETUJUI tindakan SALAH mereka. Benar, kadang-kadang KETEGASAN itu PERLU dalam MENYELESAIKAN MASALAH. Tetapi bagaimana caranya? DOA! Doa untuk dia agar BERUBAH. Bukannya DOA agar dia dimasukkan ke dalam NERAKA atau ditimpa BALA. Doa yang baik-baik untuk dia. Makbul atau tida, itu NOMBOR 2. Selagi mampu, kita berdoa. Doa untuk DIA, dan semua orang termasuklah DIRI KITA SENDIRI.

Along tidak sempurna, WATAK UTAMA itu tidak sempurna, kita semua TIDAK SEMPURNA. Kan kita PENDOSA... Dah lupa? Mari sama-sama kita berubah menjadi INSAN yang LEBI BAIK. Baik di mata MAKHLUK, baik juga di mata ALLAH Yang Masa Esa. Doakan agar WATAK UTAMA turut berubah, tidak susah kan? Jangan biar KISAH DONGENG berkaitan dengan PENGEMBALA KAMBING DAN SERIGALA berulang dan berlaku dalam dunia REALITI ini. Mana tidaknya, semua orang duk kata, KENA CULIK BETUL-BETUL nanti baru tahu. Kalau lah di takdirkan, dia benar-benar di culik, apa yang korang rasa? Puas hati? Ingin Membiarkan sahaja? Kan korang sendiri yang PINTA agar dia diculik! Eh? "Woi! Ko jangan salahkan kiteorang ok?!". Ok-ok, Along tak salahkan korang. Cuma Along nak ingatkan, KATA-KATA itu kan DOA. Kata-kata yang BAIK itu adalah DOA yang baik, Kata-kata yang buruk? Faham-fam sendirilah.


Kita Sekadar Manusia Biasa, 
Yang tidak terlepas daripada melakukan dosa....


(n_n)
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....

12 orang telah tinggal komen: