KOTAK LENSA | SATU LAGI SEBAB UNTUK TERSENYUM

Wednesday, March 30, 2016 Rahim Aim21 3 Comments

KOTAK LENSA | SATU LAGI SEBAB UNTUK TERSENYUM


#1stEFGathering sekali lagi terakam dalam bentuk gambar sebagai kenangan


Bismillah...
Alkisah...



Assaamualaikum dan selamat pagi semuanya. Amboi tampak ceria semuanya ya? (Along guna 8th sense untuk tahu tahap keceriaan korang...) ( p/s : jangan percaya... :p). Kenangan di #1stEFGathering masih utuh dan kukuh dalam minda Along. Along rasakan, bagai tadi sahaja ianya baru sahaja berakhir. Entahlah. Mungkin kerana ianya suatu GATHERING yang HAVOC, BEST and also GATHERING OF THE YEAR kot! 


Ada beberapa blogger dikalangan ahli EFG telah pun menulis entry berkaitan dgn KOTAK LENSA ni. Antaranya, BondeZaidalifahKak Eny AbdullahKak Inani dan juga Kak Yanie. Dan semua penulisan ini, ditulis dengan gaya penulisan meeka yang tersendiri. Jika anda baca dari blog BondeZaidalifah, korang akan dapati, ini adalah kali pertama bonde bergambar menggunakan khidmat photo booth. Korang agak-agak lah kan, ni kali ke berapa ALONG sendiri bergambar menggunakan photo booth? Hah! Maghi sini ( bukan typo) Along share meh ( juga bukan typo), Ni juga adalah kali pertama Along bergambar guna khidmat photo booth ni.

Pertama sekali Along nak kata, gambar Along memang tak banyak. adalah dalam 4 gambar macam tu. Mana tidaknya, sifat pemalu yang terlalu tebal dalam diri Along ni membuatkan Along rasa malu yang teramat sangat untuk bergambar di photo booth tu. Yalah, dalam EFG ni, lelaki tak ramai. Lepastu, semua lelaki yang datang pula bawa pansangan masing-masing kecuali Along. Huhu. Yang akak-akak tu pula, memang ramailah kan yang hadir. Takkan Along nak ajak mereka bergambar? Segan tahap infiniti weyh! Haha. Plus, Along taknak la nanti timbul sebarang kontroversi yang tiba-tiba nanti boleh membuatkan Along masuk melodi. Huhu...

Jadi, gambar-gambar yang Along bakal kongsikan kejap lagi ni, adalah hasil gambar dari Kotak Lensa photo booth tu. Dan korang sendiri ada perasaan, perbezaan kewujudan Along dalam gambar dengan sorang akak ni. Begitu GILA dalam bergambar.. Hahaha. KC jangan marah ok? Gurau-gurau sahaja. Siapa KC? nanti korang akan tahu juga. Dah sedia?











Dah nampak? Siapakah gerangannya KC tu? Ok, begini, korang boleh tahu lebih lanjut tentang dia di http://www.sayidahnapisah.com/ untuk tahu siapakah gerangannya si KAK CIK ni. Tapi, jaga-jaga.. ketinggiannya tidak seperti yang korang sangka. Hahahha...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Semuanya! dengar-demgar sini pasangn telinga! (Baca sendiri kuat-kuat biar telinga dengar). Korang tahu? Kotak Lensa ada sediakan diskaun untuk mereka yang gunakan kod : EFGKBBA. RM200 pula tu diskaunnya. Banyak juga tu. Sampai penghujung tahun ni sahaja. Ok? 


Untuk tempahan dan maklumat lanjut:

Kotak Lensa


Telephone (WhatsApp/SMS/Call): 
                   +6 019 900 1191 (Klang Valley) 
                   +6 012 579 7955 (Ipoh) 

Instagram : KotakLensa
Fcaebook: Kotak Lensa


#kotaklensa #instantphotobooth

Itu sahaja dari Along buat korang semua untuk entry pada kali ini. Jika ada sebarang kekurangan, jika ada yang ingin bertanyakan soalan, jika ada yang mahu memberi sebarang kritikan. Tinggalkan sahaja di ruangan komen dekat bawah ni ok?


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...


n_n

P/S : Korang boleh tengok hasil penuh gambar yang ditangkap oleh photo booth kotak lensa sepanjang #1stEFGathering kami di sini. Klik sahaja sini ok? atau klik ini : 

3 orang telah tinggal komen:

Yuzmizee Naturopathic Centre Pakar Rawatan Natiropathic

Saturday, March 26, 2016 Rahim Aim21 1 Comments

Yuzmizee Naturopathic Centre Pakar Rawatan Natiropathic


Perubatan Alternatif, pilihan leluarga...


Bismillah...
Alkisah...

YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE : Alor Gajah Melaka

Assalamualaikum dan selamat petang. Jika diikutkan, Along kena tulis entri ni semalam. Namun, kerana berlaku kekangan yang tidak dapat dielakkan, makanya, Along menulis entri ini pada hari ini. Along agak teruja sebenarnya ingin berkongsi kepada korang semua berkaitan dengan suatu jenis perubatan alternatif, yang semestinya perlu menjadi pilihan keluarga korang semua. Bukan apa, ubat-ubatan sekarang ni, bukannya boleh dipercayai sangat. Sebagai contoh panadol, ada yang mengatakan, ianya boleh merosakkan hati andai diambil secara berlebihan. Wallahualam. Tetapi, kalau mengikut sumber daripada pharmacy Malaysia, mereka ada mengeluarkan garis panduan berkaitan dengan pengambilan panadol. Korang boleh rujuk link ini untuk baca lebih lanjut. http://kongsakongsi.blogspot.my/2014/05/kesan-panadol-kepada-kesihatan.html

SERIOUS TALK, Along bukanlah kategori mereka yang suka makan ubat. Along lebih suka biar sakit yang Along alami tu, pergi dan hilang dengan sendirinya. Dan Along juga jenis yang suka mencuba sesuatu yang baru untuk mengubati penyakit yang Along alami. Sebagai contoh, jika Along mengalami sakit tekak atau perit di tekak, Along tak suka minum ubat batuk. Eeww, memang Along langsung tak suka. Along lebih suka makan gula-gula. Hahaha. Mungkin korang akan kata, "gula-gula tu manis, makan berlebihan nanti kena kecing manis. apalah kau ni." Hurm, yela-yela, korang nak menang? Ambik....

Bagi yang tak suka dengan perubatan mordern, dan ingin mencuba rawatan alternatif, Along cadangkan dan sarankan korang cuba pergi ke 

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka



Di sini, pelbagai rawatan alternatif disediakan untuk korang semua. Apa? Melaka? Jauh nak pergi? Alah, di mana ada kemahuan, di situ adalan. Kan? Cakp senang lah! Kami mana mampu nak pergi jalan jauh-jauh! Adoi, benda ni bukannya paksaan ok? Nak pergi, pergi. Tak nak, tak apa. Tiada paksaan pun. Macam Along kata, kalau korang nak, dan keinginan korang untuk pergi kuat, korang tetap akan pergi... Kan?

Nampak tak dekat poster di atas? ada rawatan untuk RESDUNG, TERAPI PEMBETULAN TULANG PINGGUL DAN TULANG BELAKANG, RAWATAN BEKAM dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh hubungi mereka seperti butiran di bawah.


Untuk maklumat lanjut boleh lah lihat di bawah ini :

Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Facebook : Yusmizee Naturopathic Centre


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH.....


n_n

1 orang telah tinggal komen:

NIZAR FAEZ STUDIO MOMENTS TO BE REMEMBERED at #1stEFGathering

Wednesday, March 23, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

NIZAR FAEZ STUDIO MOMENTS TO BE REMEMBERED at #1stEFGathering

Cerita melalui gambar...


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Tanpa membuang masa, Along nak cerita sikit tentang Nizar Faez ni. Dia ni official photographer kami semua sewaktu #1stEFGathering kami tempoh hari. Seorang anak muda yang telah berkecimpung secara serius dalam arena fotografi semenjak tahun 2012 dan Alhamdulillah, telah pun berjaya menjadi seorang pakar fotografi dalam tempoh masa yang singkat. Dia ni seorang yang peramah, mudah bergaul dengan orang dan tidak sombong. Boleh dikatakan, agak mudah bekerjasama dengan dia sewaktu majlis #1stEFGathering yang lalu.

Korang mesti tertanya-tanya kan? Kenapa Along bercerita tentang dia? Jujur Along katakan, walaupun pertama kali mengenali dia, Along rasa selesa untuk jadi bahan fotografi dia. Eh? Haha. Jangan serius sangat. Korang tahu tak, gambar dia ambil ni memang cantik-cantik. Along bukan nak bodek, bukan juga nak bohong dekat korang semua.Korang mesti kurang percaya dengan kata-kata Along kan? Korang perasan tak Entry Along yang sebelum ni berkaitan dengan #1stEFGathering tu? Setiap gambar-gambar yang Along kongsikan, ada Along letak kredit buat dia. Nampak tak? Betapa Along menghargai gambar-gambar hasil tangkapan dia.

Ni contoh-contoh gambar yang diambil oleh dia :

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Kredit Foto : NIZAR FAEZ STUDIO

Dan banyak lagi foto-foto yang diambilnya sepanjang #1stEFGathering berlangsung. Nak tengok hasil kerjanya? Korang boleh klik lni : #1stEFGathering untuk tengok semua gambar-gambar yang diambilnya sepanjang program tersebut berlangsung. Kalau nak tengok hasil-hasil kerjanya yang lain pula, korang boleh berkunjung singgah ke laman web Nizar Faez Studio di http://www.nizarfaezstudio.com/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan oleh jurugambar muda ini. 

Selain Along, ada seorang lagi rakan blogger yang menulis tentang Nizar Faez Studio ni. Ayat ni Along petik dari blog Kak Ummul Azkee atau nama pena di blognya UA :


"Jadi pada sesiapa yang masih tercari-cari photographer untuk perkahwinan, pra perkahwinan, events atau potret diri bolehlah gunakan perkhidmatan Nizar Faez Studio. memang terbaik servis dia. Untuk tahun 2016 ini Nizar Faez studio ada menyediakan pakej perkahwinan menarik dengan had masa selama 8jam bersama outdoor photo session secara percuma! Menarik kan? Dan yang paling best kalau kita mahu photograher ketika percutian ke luar negara pun Nizar Faez ada sediakan. Seronok lah kita berjalan tanpa perlu risau tentang gambar kan. Gambar pun mesti cantik punya!"


Kata orang, tidak salah mencuba kan? Jika kami berpuas hati, kenapa tidak anda? Along amat menyarankan korang cuba perkhidmatan fotografi dia. Jangan risau, korang takkan menyesal punyalah.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...


n_n


p/s : Along guna dia, bukan beliau kerana kami lebih kurang sebaya :)

4 orang telah tinggal komen:

EFG Gathering, Siapa Sangka

Monday, March 21, 2016 Rahim Aim21 16 Comments

EFG GATHERING : Siapa Sangka


Kehadiran lelaki misteri, masih menjadi bahan bualan sehingga kini.


Bismillah....
Alkisah...


Assalamualaikum dan selamat malam. Sungguhpun entry ni Along tulis di waktu petang, Along tetap ucapkan selamat malam memandangkan Along tahu, kebanyakan daripada korang, berknjung singgah untuk membaca entry ini di waktu malam. Pertamanya, Along panjatkan rasa syukur kepada Allah, atas segala nikmat yang diberikan. Keduanya, Along rasa GEMBIRA kerana dapat dan diberi peluang oleh Allah untuk menghadirkan diri ke #1stEFGathering yang bertempat di rumah baru pengetua kami iaitu Mommy Irra, pemilik blog http://www.irrayyan.com... 

Apakah itu #1stEFGathering? Ala, GATHERING. Takkan korang tak tahu? Siapa tak tahu, maknanya dia belum makan aiskrim lagi hari ni. (Tiba-tiba). Rasanya korang semua mesti dah tahu EFG ni apa kan? Kan? Tak tahu? Ok, kalau korang tak tahu EFG ni apa, korang dimaafkan. Nak tahu EFG ni apa? Klik banner EFG yang berwarna merah dekat sidebar Along tu. Nanti korang akan tahu EFG ni apa ok?

KEHADIRAN LELAKI MISTERI | Siapa sangka, seorang lelaki misteri telah datang serta menimbulkan 10 juta ketidak puas hatian di kalangan warga EFG. Sungguh, kehadiran lelaki tersebut di majlis ini, masih menjadi bahan bualan beberapa orang ahli EFG sehingga kini. Ada yang mengatakan, lelaki ini, memainkan hati dan perasaan mereka. Ada yang mengatakan, lelaki ini seorang penipu. Ada juga yang hampir terkejut bagai nak pengsan setelah mengetahui identiti sebenar lelaki ini.


Kah! Nampak tak lelaki misteri yang memakai sweater dekat pintu tu? Belum nampak ya? Korang boleh ZOOM IN untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas. Sempat tersenyum lagi lelaki tersebut memandang ke arah kamera. Sungguh tiada rasa bersalah terbit dalam jiwanya kerana telah mendatangkan ketidak puas hatian dalam hati hampir keseluruhan warga EFG yang hadir. Eh? Masih belum jelas ya siapakah gerangannya lelaki misteri tersebut? Ni, Along datangkan gambar CLOSE UP buat korang semua.


Hah! Dah tahu siapa dia? Masih tidak tahu? Tapi kenapa? Dia adalah lelaki paling kacak, comel dan bergaya tahu? Dia adalah lelaki yang nakal, tetapi baik hati. Dia adalah lelaki yang telah menceriakan kehidupan warga EFG. Dia ni tidak sombong, tidak juga bongkak takbur. Dia pemilik blog http://www.rahimaim.com yang serba indah, putih, serta suci ini. Dia adalah penulis yang sedang menaip patah-patah perkataan untuk korang semua para pembaca entry ini. Dia adalah ALONG. hahaha...

Ok, jom ikuti Along. Along ingin menceritakan serba sedikit FLOW majlis #1stEFGathering yang julung-julung kalinya di adakan ini. Seperti kebiasaan majlis-majlis yang lain, kami mulakan majlis kami dengan bacaan Yassin menggunakan Al-quran yang di sponsor khas oleh The Violet Sofia . Mula-mula, Along tak tahu pun Al-quran tu Al-quran sponsor, jadi Along lebih memilih untuk membaca Al-quran menggunakan smartphone Along memandangkan Along sudahpun terbiasa membaca Al-quran menggunakan smartphone. Huhu..


Apa lagi Flow majlis yang korang nak tahu? Kami ada EMCEE di hari kejadian. Nak tahu siapa?


Abang-abang berdua nilah EMCEE kami di hari kejadian. Nampak tak keceriaan serta kegedikkan di wajah mereka? Mana tidaknya, dapat SHAWL percuma. Siapa yang tidak GEMBIRA kan? Hahaha. Yang pegang SHWAL warna pink tu, kami panggil dia abe we. Dia ni pemilik blog http://www.wayneharraz.com. Yang sebelah dia tu? Pemenang bagi pengacara TOP TOP MELETOP EFG 2016, iaitu Encik Faizal aka PapaG dari Blog http://www.papaglamz.com.

Seperti biasalah. Setiap majlis, perlu ada ucapan alu-aluan dari tuan rumah ye tak? Oleh kerana tuan rumah adalah pengetua kami sendiri, makanya, beliaulah yang memberi ucapan alu-aluan. Kalau Along tuan rumah, semestinya Along yang memberi ucapan. Kalau korang tuan rumah, pastinya korang pun beri ucapan. Kalau tuan rumah adalah orang kaya, orang kayalah beri ucapan. Kalau rasa dah tak nak baca, kita skip ke perenggan seterusnya.


Sebenarnya, ada lagi ucapan-ucapan lain seperti ENCIK NAZLEE aka PCL dari blog http://www.nazlee.com. Begitu juga ucapan dari orang jauh yang datangnya daripada Kedah iaitu Kak Eny aka Kek Ny dari blog http://www.enyabdullah.com.

1) PCL


2) KEK NY


Setiap majlis mesti ada makan-makan kan? Ada makanan untuk sarapan, begitu juga makanan untuk tengah hari. Takkan itu pun Along perlu ceruta kot? Eh? Perlulah. PErlu sebenarnya. Kerana makan tengah hari kami telah di sponsor khas oleh Cafe Cerita Kambing . Sedap pun sedap. Lazat pun lazat. Korang mesti mencubanya. Nak tahu lebih lanjut, klik sahaja perkataan Cafe Cerita Kambing tu.

Apa lagi? Ada majlis tukar-tukar hadiah aka EXCHANGE GIFT yang Along terkecuali kerana Along tak bawa sebarang hadiah. Ada cabutan bertuah. Yang ni Along dapat ubat gigi keluaran Forever Living Product yang di sponsor oleh http://www.farahamzah.my. Along tak cuba pun lagi ubat gigi ni. Mengikut apa yang tertulis, Ubat gigi ni, ALOE VERA TOOTHGEL. bau pun sedap.

Siapa sangka! Majlis #1stEFGathering kami ni, telah mendapat 26 SPONSOR daripada Company yang berbeza! Baru pertama kali buat, dah dapat SPONSOR sebanyak ni. Macam tidak percaya, tetapi realitinya, begitulah. Alhamdulillah program yang diadakan ini mendapat sponsor yang sangat mengujakan semua. Terima kasih kerana menaja dan memeriahkan gathering kami.

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar


Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic



Qesyamin
#qesyamin


RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown


Hazirah
#muchochocolatechips


Sakura Sasuke
#sakurastyle


Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya


LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift


Design&Printing 
#dexsignprinting


Aniq sya 
#aniqsyaquqiz


Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

(Along sekadar model)

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 


Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Alhamdulillah! majlis berjalan dengan jayanya! 

Along harap, para sponsor ni semua, akan sponsor lagilah untuk #2ndEFGathering yang akan datang. Hehehe. Terima kasih kerana sudi menaja kami. Untuk semua warga EFG pula, maafkan Along kerana hadir sebagai LELAKI MISTERI. Buat Kak Eny, maaf kerana Along telah memainkan hati dan perasaan Kak Eny. Buat Kak Irra, bukan Along taknak berbual dengan Akak. Along malu sebenarnya. Buat KC?  Ketinggian kau tidak seperti yangku sangka. Hahaha. Siapa lagi? PCL? Tampak bersahaja. Papaglamz? Suaramu sungguh lembut tidak sesuai dengan muka. Kak Mas? Agak pendiam. Kak Linda? Sibuk menguruskan anak-anaknya. Bonde dan Atin? Ceria seperti kebiasaannya. Kak Ain? Nampak semakin kurus. Abe we? Tak ada apa nak cakap tentang dia. Kak Ummul? Herm.. Ok sahaja dia. Dayah? Hanya kerana KAMBING, rosak minda Along dibuatnya. Kak Nani dan Kak Yani? Baik hati orangnya. Kek My? Terima kasih kerana berjaya yakinkan sepupu akak untuk jadi OFFICIAL PHOTOGRAPHER untuk #1stEFGathering kita pada kali ini.

Along minta maaf andai ada tersilap begitu juga tersalah kata, sehingga mampu mengguris hati korang semua. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup Along serta sudi terima Along seadanya sebagai salah seorang daripada keluarga besar EFG. Along berharap sangat agar hubungan baik yang terjalin antara kita semua, kekal untuk selamanya. Selama-lamanya....


Salam Ukhuwah dari Along buat SEMUA,,
Adios...
MAASSALAMAH....

n_n

16 orang telah tinggal komen: