Gunakan Ubat Gigi Forever Bright Tanpa Fluorida

Friday, April 22, 2016 Rahim Aim21 5 Comments

GUNAKAN UBAT GIGI FOREVER BRIGHT TANPA FLUORIDA


FOREVER BRIGHT : Sparkling Aloe Vera Toothgel


Bismillah...
Alkisah...

Aloe Vera Toothgel


Assalamualaikum dan selamat petang. Entri-entri di blog Along ni dan macam biskut CHIPSMORE dah. Kejap ada, kejap tak ada. Padahal Along ni, hari-hari buka blog, buka bahagian post, dan di saat ingin mula menulis, otak jadi BLANK seBLANK BLANKnya. Hah! Along yakin dan pasti, perkara ni, bukan Along sahaja sorang yang pernah alami. Pasti, ada juga BLOGGER-BLOGGER di luar sana yang lalui perkara yang sama Along selalu lalui ini. Walau hakikat, bukannya malas atau tak nak menulis. Dah otak selalu sangat BLANK. Nak buat macam mana kan? Huhu...

Hari ni, Along nak kongsikan kepada korang semua, salah satu produk keluaran FOREVER LIVING iaitu FOREVER BRIGHT : Sparkling Aloe Vera Toothgel. Benda ni, ubat gigi tanpa fluorida. Setakat penggunaan Along untuk beberapa hari ni, Along dapati ubat gigi ini sungguh menyegarkan gigi dan juga mulut. Betul ni, tak tipu. Korang perlu beli dan rasai sendiri kalau korang nak tahu.

Gambar dari FB : UPM FLP Aloe Vera

Nampak tak? Inilah kelebihan-kelebihan yang ada jika anda semua menggunakan ubat gigi ini berbanding dengan ubat-ubat gigi lain. Tak apa, Along faham, korang semua jenis yang setia dekat satu-satu jenis ubat gigi kan? Ala, apa Along kongsikan ni pun, bukannya tanda Along paksa korang beli dan cuba pun. Tapi, bagi yang berminat untuk mencuba, korang cuba sahajalah ok? InsyaAllah, korang semua takkan rugi duit menggunakannya.

Macam Along katakan, Ubat Gigi ni, salah satu produk keluaran FOREVER LIVING. Ada banyakvlagi produk lain seperti dalam gambar-gambar di bawah ni :

1) Aloe Lips


Gambar dari FB : UPM FLP Aloe Vera

2) Aloe Ever Shield


Gambar dari FB : UPM FLP Aloe Vera

3) Aloe Vera Gelly


Gambar dari FB : UPM FLP Aloe Vera

4) Forever Bee Honey


Gambar dari FB : UPM FLP Aloe Vera

5) Aloe Vera Gel


Gambar dari FB : UPM FLP Aloe Vera

Dan bermacam-macam lagi produk keluaran FOREVER LIVING yang korang semua boleh miliki. Macam Along katakanlah, tidak salah pun korang mencubanya kan?  Ala, kalau lepas korang cuba dan korang dapati produk-produk keluaran FOREVER LIVING ni tak menepati cita korang sebagai pengguna, korang tak payahlah beli lagi. Tapi! Korang jangan pula halang orang lain yang suka mencuba dan sudi menggunakan produk-produk keluaran FOREVER LIVING ni ya?

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba :

Hubungi Fara Hana di : SitiFarahanaNodzari

Korang juga boleh lawati FACEBOOK PAGE : UPM FLP Aloe Vera



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n

5 orang telah tinggal komen:

Cafe Cerita Kambing punya cerita

Monday, April 18, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

CAFE CERITA KAMBING PUNYA CERITA


Kelazatan Biryani Kambing dan Kambing Bakar yang Tidak Terkata lazatnya...


Bismillah...
Alkisah...

Gambar dari IG : RahimAim | Along

Assalamualaikum dan selamat petang. Siapa di sini suka makan kambing? Kambing masak apa yang korang suka makan? Kambing bakar korang suka tak? Biryani kambing pula bagaimana? Pernah makan tak? Atau korang memang selalu makan makanan yang berunsurkan kambing ni? Tidak dinafikan, pasti ada diantara korang yang sama seperti Along. Jenis yang agak suka makan kambing, tapi tewas setelah memakannya. Maksud Along, pening kepala, hampir nak demam dan sebagainya. Tetapi, dek kerana diri sendiri suka untuk makan kambing, tetap gagahkan juga diri makan walaupun tahu perkara seperti itu pasti akan berlaku.

Ok, tolak tepi cerita Along tadi. Hari ni Along sekadar nak kongsikan tentang CAFE CERITA KAMBING. Tahu tak CAFE CERITA KAMBING ni apa sebenarnya? CAFE CERITA KAMBING ni sebuah CAFE yang terletak di Shah Alam. Setakat pengalaman Along sendiri merasai makana berunsurkan kambing yang dimasak oleh CAFE ini, Alhamdulillah. Sungguh sedap. Sungguh superb! Menjilat jari gitu. Walaupun masa tengah makan tu, rasa pening-pening da datang, Along tetap gagahi juga untuk makan dan tambah lagi kambingbakar memandangkan apa yang telah sedia ada Along ambil tidak Along rasa mencukupi. Sedaplah katakan! Lazat!

Nak cerita panjang pun, bukannya korang akan percaya kan kata-kata Along ni? Ya lah, siapalah Along untuk korang menaruh kepercayaan kan? Beginilah, korang boleh pergi sendiri ke CAFE CERITA KAMBING ni di :


Cafe Cerita Kambing 
Level 1, Anggerik Mall, 
Seksyen 14, Shah Alam

Atau anda boleh buka FB dan IG mereka di :

Instagram: Cafe Cerita Kambing


Terima Kasih Sudi Membaca...

Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n

4 orang telah tinggal komen:

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Friday, April 15, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


Bismillah..
Akisah...


Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ni, Along nak kongsikan satu INFO berkaitan dengan bisnes ONLINE yang dijalankan oleh kawan Along sendiri. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah KAK JATI. Siapa KAK JATI? Korang mesti belum baca ENTRY Along yang sebelum ini kan? Haha. Baca di SINI ok? Dekat SINI! Klik sahaja dekat SINI!

Ok, untuk memudahkan CORETAN Along pada kali ini, Along kongsikan maklumat yang telah dikongsikan buat Along untuk Along kongsikan kepada korang semua berkaitan dengan BISNES ONLINE KAK JATI ni.



Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist


Macam mana perasaan korang setelah baca info yang Along kongsikan ni? Mesti ada yang berminat untuk cuba beli dan pakai kan? Lagipun, mudah untuk korang juga. Tidak perlu bepusu-pusu untuk dapatkan tudung keluaran IZ Hijabist ni. Tidak perlu bercampur lelaki perempuan untuk korang berusaha dapatkan tudung yang korang ingini. ( UPS! Jangan kecam saya)...


Terima Kasih sudi baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n

4 orang telah tinggal komen:

Blogger Izzati Suhaide bercerita melalui hati

Thursday, April 14, 2016 Rahim Aim21 6 Comments

BLOGGER IZZATI SUHAIDE Bercerita Melalui Hati


Romantik, Komedi jua Fantasi...


Bismillah...
Alkisah..


Assalamualaikum! Tak jawab dosa! Jawab dapat pahala! Hah! Pilih-pilih ikut suka! Jangan tanya, jangan tak percaya! Kerana statistik yang dikeluarkan oleh Universiti OXFORD mengatakan, 80% Orang pasti akan khusyuk membaca tanpa usul periksa. Dan mula percaya tatkala statistik dikeluarkan walaupun segalanya DUSTA belaka! Hah! Macam mana tu? Dah terkena kan? Sebarkan kepada kawan-kawan yang lain ya? (Aku tahu, korang akan kata, Along ni merapu lebih)... Sob3.

Entry pada kali ni, Along bukan nak kata apa lah. Blogger ni blogger Famous tahu? Satu dunia kenal dia? Korang tak kenal? Rugi lah korang. Dia ni, siapa-siapa yang baru kenal dia, pasti dia akan belanja KFC (cerita tipu). Betul, Blogger ni seorang yang sangat-sangat-sangat-sangat baik hati tahu? Sebabkan dia ni kira pangkat kakak, Along akan bahasakan dia sebagai KAK JATI. Eh? Kenapa JATI? ZATI, JATI? Dekat-dekat kan bunyinya? Hehehe.

KAK JATI ni, dia pemilik blog : http://izatie91.blogspot.com/ Bagi sesiapa yang belum pernah BERKUNJUNG SINGGAH bolehlah lawati BLOG dia mulai sekarang sehinggalah ajal menjemput kita semua. Maknanya, lawatlah selalu ok? Kalau korang suka layan perkara berkaitan dengan ROMANTIK, dekat Blog akak ni lah korang boleh layan perkara-perkaar romantik hasil tulisan akak ni sendiri.

Nak kenal tak KAK JATI ni dengan lebih lanjut? Di sini ada beberapa butiran soalan serta jawapan yang boleh bantu korang kenal dia dengan lebih dekat. Tapi, jangan pula korang berharap untuk jadikan dia teman istimewa ke apa ke ok? Sebab dia Along PUNYA! Eh, bukan-bukan! Dia ni Along PUNYA kakak yang telah pun mempunyai KEKASIH HATI! Fuh, terpaksa EXPLAIN panjang lebar. Korang ni, bukannya betul sangat, suka sangat fikir lain. Haha.. 


QnA :




Q : Apakah impian terbesar dalam hidup zatie?
A : Ingin jadi wanita yang berbakti pd agama, bangsa, keluarga dan masyarakat.

Q : Impian sebagai blogger
A : Ingin blog sentiasa dikunjungi oleh ramai orang dan orang menyukai setiap penulisan saya sampaikan.

Q : Kak jati mula menulis kerana apa?
A : kerana suka2..nak jadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan la kononnya..

Q : Cita2 kak jati apa
A : Cita2 nk jadi pakar motivasi..

Q : Kenangan yg tk blh dilupakan sejak bergelar blogger.
A : Dapat berkenalan dengan rakan2 blogger. Walaupun kenal di dunia maya tapi rasa macam dah lama kenal sebab kita kenal melalui penulisan..

Q : Siapakah idola Zatie dlm dunia blogger,?
A : Nak kata idola bukan jgk tapi bangga dengan pencapaian.. Ben ashaari.. 

Q : Apakah matlamat hidup kak jati yg kak jati pegang selama ni?
A : Sentiasa pandang ke hadapan walau ape jua cubaan yang mengdatang dan yg penting jgn putus asa..

Q : 3 Warna kegemaran. Kenapa minat warna tersebut?
A : Pink, hijau dan ungu..minat pink sebab feminin gtuuu...hijau pulak kedamaian dan ungu pulak tak tahu lah knp.hahaha

Q : Brp lama berkecimpung dlm dunia blog?
A : 5 tahun bermula dr tahun 2010.heee

Q : Apa niche blog kak jati skrg dan entri bertemakan apa yg cuba diketengahkan skrg?
A : Niche blog sekarang adalah lifestyle..setiap entry yg ditulis bertemakan tentang diri sendiri, tips2 serta info2 tentang agama, cinta, wanita, dan lain2 lg..

Q : Siapa pendorong terbesar dlm hidup kak jati dan kenapa ?
A : Diri sendiri yg jd pendorong terbesar sbb segala yg dilakukan adalah bermula dgn diri sendiri..org sekeliling hanya menyokong tapi mereka tak boleh buat apa yg kita inginkan dlm hidup..

Q : Genre cerita/movie apa yang kak jati suka?
A : Romantik, komedi dan fantasi...hahaha


Sekian terima kasih.. ❤


Haha, terjawab sudah. Kenapa Subhead Along tertulis ROMANTIK, KOMEDIA jua FANTASI. Sebab GENRE movie atau cerita yang KAK JATI minat rupa-rupanya.. Hahaha, (Gelak Sorang-sorang).. Kalau korang rasa QnA di atas masih tidak cukup untuk mengenali blogger bernama IZATIE SUHAIDE ni, korang bolehlah tanya dia sendiri. Jangan takut, dia peramah dan bukannya makan orang pun. Ok? Itu sahaja untuk REVIEW BLOGGER PILIHAN untuk kali ini. Akan datang, BLOG siapa pula Along bakal REVIEW ya? Haha. Korang tinggalkanlah komen dekat bawah BLOGGER yang korang rasa Along patut review untuk masa akan datang Ok? Hehe, Kalau Along berkesempatan, nanti Along review diorang ok? 


Terima Kasih Sudi Baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n

For more info ( Klik sahaja mana-mana link, ok?)  :


Nama blog: Izzati Suhaide
                : IZ Hijabist
Fb personal: Izzati Suhaide


Pstt : Dengar-dengar Kak Jati ada berkecimpung dalam bisnes tudung/ hijab? Nak tahu? Klik sahaja Link IG yang tertulis www.instagram.com/iz_hijabist atau klik sini.

6 orang telah tinggal komen:

ALMUMAYYAZ Alquran Tajwid Warna

Thursday, April 14, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

ALQURAN ALMUMAYYAZ


Al-qur`an Tajwid Warna, Transliterasi Per Kata, Terjemah Per Kata


Bismillah...
Alkisah...

Ihsan : Google


Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, hari ni Along rasa berbesar hati kerana dapat kongsikan suatu kebaikan buat korang semua. Korang pernah dengar tentang AL-QURAN ALMUMAYYAZ tak? Atau pernah terlihat dekat mana-mana ke? Belum? Tak mengapalah. Mari Along kongsikan kelebihan Alquran ni dekat korang semua :

Khat Uthsmani Taha yang terang dan jelas, memudahkan untuk dibaca.
Transliterasi rumi (tulisan rumi warna merah jambu) di bawah setiap perkataan jawi sangat2 membantu lidah kita mampu menyebut dengan betul dan tepat suatu2 perkataan jawi yg kita tak pasti.
Terjemahan per kata di bawah setiap ayat Quran membantu kita memahami maksud tiap2 perkataan di dalam Al-Quran dengan lebih mendalam.
Terjemahan per ayat di bahagian tepi setiap muka surat pula membantu kita memahami maksud ayat2 di dalam Al-Quran secara menyeluruh.
✔ Dan di bawah setiap muka surat Quran Mumayyaz disertakan bersama petunjuk warna tanda tajwid. Ini adalah bagi memudahkan utk membuat rujukan pantas sekaligus mengenalpasti hukum setiap tajwid yg telah dikelaskan dengan 5 warna berbeza.

Macam mana? Rasa berminat untuk beli dan miliki Alquran ni tak? Eh! Bukan! Bukan! Along bukan penjual mahupun pengedar! Along sekadar promosikan Alquran ni dekat korang sahaja. Tiada paksaan untuk korang beli pun. Andai kata korang berminat, korang boleh hubungi pihak pengedar berdasarkan maklumat di bawah ni :

Facebook : The Violet Sofia
Instagram : The Violet Sofia

Telefon : 019-999 9597

Terima kasih sudi baca...

Salam UKHUWAH,,,
ADIOS...
MAASSALAMAH....

n_n

0 orang telah tinggal komen:

MUSAFIR BERSAMA XCELL TRAVEL AND TOUR

Tuesday, April 12, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

MUSAFIR BERSAMA XCELL TRAVEL & TOUR


Kembara, meneroka alam


Bismillah...
Alkisah...

XCELL TRAVEL & TOUR

Assalamualaikum dan selamat malam. MUSAFIR. Musafir tu apa ya? Musafir ni macam kita mengembara lah. Cumanya, istilah Musafir ni diguna pakai oleh kita, sebagai umat islam yang membawa maksud, berjalan di atas muka bumi, sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah. Kan? Kalau salah, korang tolong betulkan Along ya? 

Untuk perenggan kedua pula, hah! Korang mesti suka TRAVEL kan? Mesti ada diantara kita yang belum pernah menjejakkan kaki ke tanah pantai timur seperti KELANTAN kan? Yelah, bukan semua orang mampu dan ada masa. Kan? Tetapi, hakikat realiti, perkataan TAK MAMPU dan TIADA MASA, hanyalah ALASAN semata. Korang pun tahu kan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan? Di mana ada keinginan, di situ ada cara untuk mendapatkannya. Dengan cara yang betullah. Bukan cara yang salah. Ok?

Untuk entri pada kali ini, tanpa membuang sebarang masa, Along ingin kongsikan suatu perkhidmatan yang ditawarkan oleh XCELL TRAVEL & TOUR bagi sesiapa yang berminat untuk berbulan madu buat kali yang PERTAMA, KEDUA, KETIGA dan tidak kisah lah kali yang ke berapa pun. Apa kata korang cuba perkhidmatan mereka ini. SERIOUS TALK! Korang perlu cuba. Kenapa? Untuk dapatkan pengalaman baru gitu, :)

Antara pakej yang ditawarkan :

Kelantan Islamic Heritage Tour
Kelantan Historical Tour
Kelantan Buddhist Tample Visit
3D2N Kelantan Buddhist Tample City Tour
3D2N Kelantan Historical Tour
3D2N Kelantan Islamic Heritage Tour
Adventure Tours : 2D1N Budget Fishing Trip & Snorkeling (Perhentian Island)
Adventure Tours : 3D2N Budget Fishing Trip & Snorkeling (Perhentian Island)

Dan banyak lagi pakej beserta harga yang korang sendiri boleh terokai di laman web mereka dengan cara klik link ini : http://xcelltravel.com/

Along sekadar PROMOSI kan sahaja perkhidmatan mereka ni. Nak kata Along ARIF tentang perkhidmatan mereka, tidak lah pula. Tetapi, menurut pembacaan Along berdasarkan apa yang tertera di laman web mereka, seperti biasalah, ada beberapa pakej yang tersedia untuk satu-satu TRAVEL tu. Sebagai contoh, 3D2N KELANTAN ISLAMIC HERITAGE TOUR. Ada pilihan pakej seperti di bawah :


Hotel standard (Room Type)PriceMin
Grand Riverview Hotel (Twin Sharing)RM428.002 pax
3 Star  Hotel (Twin sharing) Crystal LodgeRM368.002 pax
2 Star  Hotel (Twin sharing)RM299.002 pax

Dan setiap pakej korang tidak perlu risau dengan jadual penerokaan anda di tempat tersebut. Kata pun TRAVEL & TOUR, semestinya pihak XCELL TRAVEL & TOUR telah pun menyediakan jadual yang bersesuain sepanjang anda berada di tempat tersebut. Makanya, anda tidak perlu risau apa-apa ketika berada di sana. 

Andai kata anda memang langsung tiada ilmu berkaitan dengan tempat yang anda pergi ini, Anda boleh menggunakan perkhidmatan SHUTTLE SERVICE. Dekat mana nak dapat? Dekat website XCELL TRAVEL & TOUR ada menyediakanya. Nampak tak? Betapa pelbagai kemudahan disediakan untuk anda -anda semua di luar sana jika anda-anda semua ingin menggunakan perkhidmatan daripada XCELL TRAVEL & TOUR ini?


Kalau korang berminat nak ke Kelantan boleh hubungi :


Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd
Telefon : 010-9282086
Website : http://www.xcelltravel.com/
Facebook : Xcelltravell & Tours Management Sdn Bhd
Instagram : @xcelltravelofficial


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....


n_n

0 orang telah tinggal komen:

SEDIA TERIMA KRITIKAN

Tuesday, April 12, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

AKU SEDIA TERIMA KRITIKAN


Korang mampu terima kritikan?

Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Fuh-fuh, sejak akhir-akhir ni, panas dia lain macam. Apa orang kata tu? Serangan El Nino melanda bumi? Begitulah gamaknya. Tetapi, itulah ujian yang diturunkan oleh Allah buat kita semua. Sama ada kita ini, tergolong dikalangan hambanya yang bersyukur ataupun tidak, bergantung pada penerimaan diri kita terhadap ujian yang kita lalui ini. Ok, tanpa membuang masa, hari ni, Along ingin kongsikan vlog terbaru Along. Vlog ni semalam Along buat. Semangat tahu Along buat? Bukan apa, sebenarnya, dah pernah shoot vlog ni sblom ni, tapi, ada masalah teknikal dari segi SOUND, maka Along pun tak publish vlog pertama Along tu berkaitan dengan tajuk ni. 

Pertamanya, korang suka kritik orang kan? Tetapi tidak suka kena kritik. Betul tak? Hari ni, Along nak jemput korang semua KRITIK Vlog Along. Kritik ikut suka korang. Haha. Dan! Along amat berbesar hati kalau korang suka KRITIK di sini juga CHANNEL Youtube Along. Tak susah pun. tekan saha butan WATCH IN YOUTUBE dekat Video di bawah ni :



Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

n_n

2 orang telah tinggal komen:

AWAK INGAT TAK TUJUH TAHUN YANG LALU

Tuesday, April 05, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

AWAK INGAT TAK TUJUH TAHUN YANG LALU


Tiba-tiba, memori lalu menerpa kembali di kotak fikiran yang seakan mati.


Bismillah...
Alkisah...

Ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Baru-baru ni, Along buka laman muka buku dan tertengok suatu filem pendek lakonan Hafiz Hamidun bersama Mira Filzah. Mula-mula ingat, sekadar FILEM PENDEK semata. Rupa-rupanya, lagu baru yang bertajuk JANJIKU nyanyian Hafiz Hamidun. Siapa sangka kan? Lakonan mereka sungguh serasi. Jalan cerita FILEM PENDEK ini pula, agak bersahaja. SWEET macam KOKO, STRAWBERRY, JAGUNG, ANGGUR, EPAL dan segala jenis buah-buahan yang manis. Kenapa buah? Sebab NATURAL SWEETNESS gitu. Korang mesti dah tengok kan Video lagu yang Along maksudkan ni?  Apa salahnya tonton lagi? Lagi dan lagi? Sambil mengimbau kenangan cinta korang semua dengan si dia? Hahaha.

JANJIKU - MIRA FILZAH & HAFIZ HAMIDUN


Official Video dengan lirik



Lirik :


Indahnya segala ketentuan yang kuasa
Tidak akan tercepat dan terlewat
Dengan keyakinan dan dada berombakan
Melangkah kumenuju gerbang itu

Dikau yang kucari
Bukannya fantasi
Memiliki kekasih abadi

Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu

Erti bahagia makin kuat kufahami
Makin mendalam aku mensyukuri

Jarak cinta kita
Hanya kisah silam
Dikau kini di hadapan mata

Ya Allah
Dikau limpahkan barakah
Dikau rahmatilah
Cinta kami berdua



Wallahualam...
Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

n_n

P/S: Sudah 7 tahun, antara Along dan dia... Itulah jawapanya...

0 orang telah tinggal komen:

MAAF DARI HATI

Tuesday, April 05, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

MAAF DARI HATI


Mengungkap kata-kata maaf itu payah, memaafkan seseorang itu lagilah payah...


Bismillah...
Alkisah..

Ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, hujan turun membasahi bumi dengan lebatnya.Eh? Tempat korang masih belum dituruni hujan ya? Untuk suatu jangka masa yang lama? Pohon lah kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan mengabulkan doa korang semua. Kekalkan bersabar, dan istiqamah dalam berdoa.

Along tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni, Along MALAS untuk menulis. Jujur, Along tak tahu. Mungkin sebab otak ni agak SERABUT dengan ASSIGNMENT yang berlambak, atau mungkin Along rasa TENSION dengan kehidupan yang Along sedang lalui. Entahlah. Kadang-kadang, jiwa terasa amat GUNDAH, kadang-kadang pula, jiwa terasa amat TENANG. Hurm, apa orang kata tu? Jiwa kacau. Mungkin itulah istilah yang selayaknya Along ungkapkan terhadap perasaan Along sendiri.

Along tak nafikan, dah banyak kali juga Along dalam keadaan sebigini. Ya lah, korang yang setia membaca blog Along, korang sendiri tahu pola pengeposan entry Along macam mana. Ada yangsatu hari tu, hampir 3-4 entry, ada yang seminggu tu langsung tak ada entry, ada yang sebulan bawah 10 sahaja entry Along. Along tahu, Along SELAYAKNYA diLABELkan sebagai PEMALAS. Kan? Kerana itulah Along ingin pohon maaf kepada korang semua. Sama ada pembaca baru mahupun pembaca setia. Pengunjung baharu mahupun pengunjung lama. MAAFKAN ALONG.

Mohon maaf memang tampak mudah kan? Sebenarnya susah. Amat susah. Untuk seseorang itu turunkan EGO sangatlah susah. Memang tidak dinafikan, ada sahaja dikalangan kita yang MUDAH MEMOHON MAAF, MUDAH juga mengulangi kesilapan. Kerana apa? Kerana ucapan maaf itu sekadar lahir di hujung bibir dan lidah sahaja. Bukannya lahir daripada hati. "Pandai-pandai kau je kan menilai orang long?" Along tak pandai pun menilai orang. Korang ada hati, maknanya korang pun boleh menilai sendiri. Kan?

"Kau ni long, cakap sahaja maaf dari hati! Tapi, nanti kau ulang lagi!" Ok, tiada manusia yang sempurna kan? "Eh, tahupun tiada manusia yang sempurna. Yang tadi kau nilai manusia lain tak apa?" Sabar, jangan marah-marah. Korang boleh nilai sendiri sebenarnya, apakah seseorang benar-benar ingin memohon maaf ataupun tidak. Korang sendiri boleh nilai, apakah seseorang itu, telah benar-benar sedar mahupun tidak akan kesilapan yang telah mereka lakukan. Korang sendiri boleh nilai. Kerana, belum tentu apa Along kata, korang akan percaya kan? Bukan Along nak fikir negatif terhadap korang, cuma Along nak ajak korang berfikir sahaja.

Nak memaafkan seseorang itu, lagilah payah kan? Sekecil mana pun orang tu guris dan sakiti hati kita. Belum tentu kemaafan dari hati mampu kita beri andai mereka mengungkap kata maaf yang juga lahir daripada hati. Mulut boleh lah kata "Aku maafkan kau", tapi hati? "Eh! kau ni dah kenapa long? Asyik nilai hati orang lain sahaja? Negatifnya pemikiran kau!". Bukan begitu. Korang janganlah asyik melenting sahaja dengan apa yang Along cuba sampaikan. Cuba buka minda dan buka hati. 

Belajarlah untuk melupakan serta memaafkan. Tidak susah andai kita semua ada kesungguhan untuk pelajarinya. Bagi si pelaku salah pula, belajarlah untuk jadi insan yang lebih baik. Di saat hati sudah mula bergetar serta terusik untuk berubah. Janglah lengahkan masa serta toleh ke belakang lagi. Terus melangkah ke hadapan untuk menongkah arus hidup korang menuju ke arah cahaya. Bersama-sama untuk kita berubah. Saling tidak putus berdoa, buat Along, korang dan mereka. Menjadi seorang abid yang sentiasa tenang dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurnikan oleh sang pencipta.


Wallahualam...

Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH....


n_n

0 orang telah tinggal komen: