LETAK HARAPAN TINGGI TIDAK SETARAF DENGAN USAHA

Thursday, May 26, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Gambar GOOGLE : ( LINK )

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya. Terima kasih kerana sudi berkunjung singgah kembali ke laman perkongsian maya a.k.a. BLOG lelaki yang KACAK, MACHO dan COMEL ini a.k.a. Along. Jangan risau, Along ada sediakan perkhidmatan tong sampah untuk korang semua nak muntah beramai-ramai. Tapi, bagi sesiapa yang nak gunakan perkhidmatan Along tu, korang perlu bayar. Murah sahaja. 2.6b sekali muntah. Hahaha.

Korang nak tahu? Sejak dari Along kecil, sehinggalah dewasa. Pemikiran Along sentiasa berubah-ubah. Masa sekolah rendah, dalam otak ni fikir nak MAIN sahaja. Yalah, nak jadi orang dewasa kan lambat lagi. Dalam otak hanya fikir, MAIN, MAIN dan MAIN sahaja. Bila cakap pasal HOBI, tak payah ceritalah. HOBI utama adalah BERMAIN dan BERSUKA RIA. Tapi, bila ditanya soal CITA-CITA? Wah! Cita-cita nak GEMPAK! Cita-cita pertama Along masa kecik-kecik dahulu adalah nak jadi seorang PROFESSOR. Waktu tu, bila sebut perkataan PROFESSOR, dalam otak ni fikir, PROFESSOR adalah mereka yang pakar dalam mencipta sesuatu. Tapi, rupanya, bila dah besar sikit, baru tahu, tu semua kerja ENGINEER. Rasa kelakar pun ada. Waktu Along sekitar darjah 5/6, Along mula mengubah cita-cita Along. "Saya nak jadi SAINTIS!". Itu yang Along selalu sematkan dalam hati dan pemikiran Along. 

Dan cita-cita tu akhirnya tamat sewaktu Along ditingkatan 3. Eh, TAMAT? Ya, kerana di tingkatan 3, Along mula meletakkan minat terhadap sesuatu yang lain untuk dijadikan sebagai kerjaya di masa mendatang. Tingkatan 3 jugalah menjadi titik tolak perubahan kepada pemikiran Along berkaitan dengan masa hadapan yang bakal Along tempuhi. "Aku mahu jadi PENULIS!". Ya! Penulis!. Dan cita-cita tu Along masih semat sehinggalah sekarang. PENULIS di sini, bukanlah sekadar penulis BLOG, penulis STATUS FACEBOOK, penulis NOTA dalam kelas. TAK! Tapi, Along nak jadi penulis BUKU. Penulis untuk BUKU MOTIVASI juga NOVEL. Along nak sangat-sangat capai cita-cita Along tu. Tapi, dengan apa yang Along lalui sekarang ni, dengan cara hidup Along sekarang ni, mampu ke Along capai cita-cita Along tu? 

Harapan TINGGI, kalau USAHA biasa-biasa, tiada gunanya. Kalau Along sekadar berharap, dengan usaha yang biasa-biasa, rasanya, sampai bila-bila lah ianya sekadar HARAPAN sahaja. HARAPAN yang tidak kesampaian.Kerana itu, Along perlu berusaha semaksima mungkin untuk mencapai dan menjadikan cita-cita Along itu suatu realiti. 

Itu, cerita Along. Perkara paling penting yang Along nak sampaikan adalah, ramai diantara kita, letak harapan tinggi pada sesuatu, tapi, usaha seakan tiada. Jangan salah anggap apa yang Along kata. Ya, ramai dah antara dari kita, usaha bersungguh-sungguh, tapi masih tak dapat apa yang diharapakan tu. Apa orang kata tu? Belum ada rezki? Gitu? Tapi, mesti iada silap dekat mana-mana. Kan? Adalah gagal sekali, kita perlu terus menyerah kalah? Tak, kan? Kita perlu berusaha kembali. Betul tak? Usaha sampai BERJAYA gitu!

Tapi! Kalau USAHA tu, tak SETARAF dengan HARAPAN yang korang letak TINGGI MENGUNUNG tu, MIMPIlah korang untuk dapatkan apa yang korang harapkan tu. MELAINKAN, korang KAYA, HARTA BERTIMBUN, ada KABEL atau ORANG DALAM, semua tu, petik jari pun boleh. Ye dak? Eh? "Sungguhpun kami kaya! Kami usaha bermati-matian juga ok? Kau apa tahu?!". Ya, ya. Bagi yang berusaha sungguh-sungguh tu, ALHAMDULILLAH. Korang tidak perlu terasa dan melenting dengan STATEMENT dari blogger picisan iaitu Along rasanya. Korang boleh abaikan sahaja apa yang Along bangkitkan. Tapi, korang kena tahu, tetap wujud orang-orang yang Along sebut di atas tadi. TETAP WUJUD tahu?

Bagi RAKYAT BIASA macam Along? Tanpa USAHA yang tinggi, HARAPAN memang tinggal HARAPAN lah. Sebab tu wujudnya cerita rakyat yang bertajuk ANGAN-ANGAN MAT JENIN. Rasanya, tidak perlulah Along cerita panjang lebah tentang kisah rakyat ni. Untuk pendekkan cerita, MAT JENIN adalah SIMBOLIK buat mereka yang suka BERANGAN-ANGAN. ANGAN-ANGAN pula TINGGI! Tapi, USAHA langsung TIADA! Hah! Korang nak jadi macam tu ke? "Eh? Kami ada usaha ok?! Tolonglah! Kau suka cakap tak pakai otak!". Rileks, sabar. Korang memang dah bagus dah. Lebih bagus daripada MAT JENIN. TAPI! Korang belum cukup BAGUS! Faham? Nak capai impian yang tinggi menggunung tu, korang perlu berusaha semaksima mungkin. Faham? Kalau gagal, jangan menyerah, tahu? Jangan mengalah, tahu? Along tak payah cari contoh jauh-jauh. Contohnya Along sendirilah. Along memang dah usaha, tapi Along sedar, usaha Along masih belum cukup. Korang tu, dah sedar ke yang usaha korang masih belum cukup?

Dekat FACEBOOK, tak pun dalam KEHIDUPAN REALITI. Hari-hari minta nasihat dari orang. Hari-hari tengok video motivasi. Hari-hari baca ayat motivasi. Hari-hari cakap pada diri yang "ENGKAU PERLU BERUSAHA KERAS!". Tapi, mana tindakan kau tu? Mana usaha kau tu? Mana jiwa kau yang telah termotivasi tu? Mana? Mana? Mana? Jawablah! Hah! Tak ada jawapan? Apa? Dah ada jawapan dah! Bagus! Lepas dapat jawapan, apa pula tindakan kau yang berikutnya? Apa? Kau sahaja yang mapu ubah diri kau! Kau sahaja yang mampu mengorak langkah pertama untuk diri kau! Semuanya adalah kau! Hanya diri kau!


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 orang telah tinggal komen:

BIAR EGO MENGUASAI DIRI, BIAR IA MERAJAI HATI

Tuesday, May 24, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

Bismillah,,,
Alksiah...

Gambar GOOGLE : ( LINK )

Assalamualaikum dan selamat petang. Petang yang cukup indah. Bagi yang baca ENTRY ni pada waktu malam, SELAMAT MALAM Along ucapkan buat korang semua. Terima kasih kerana masih sudi singgah dan baca, coretan Along di laman perkongsian maya Along ni. Herm, dah makin ramai yang berpindah dari penggunaan BLOGSPOT ke WORDPRESS sejak akhir-akhir ni. Semuanya mempunyai asbab serta musabab yang tertentu, yang juga asbab musabab tersebut, hampir sama di antara satu dengan yang lainnya. Apa orang kata tu, SETAPAK KEHADAPAN lagi dalam KEHIDUPAN seorang insan bergelar BLOGGER. Kan? Apa-apapun, apa jua PLATFORM laman perkongsian MAYA yang kita gunakan, BLOGSPOT atau WORDPRESS, OBJEKTIF kita tetap sama. Kan? Kita nak menulis dan berkongsi maklumat dengan semua orang. Itulah satu titik persamaan kita yang kita semua ada. Kita tetap digelar BLOGGER. BLOGGER tegar. :)

Setiap orang pasti ada EGO, Sama ada tinggi atau rendah, ianya tetap dipanggil EGO. Lelaki boleh kata, EGO PEREMPUAN LEBIH TINGGI DARIPADA LELAKI. Perempuan juga boleh kata perkara yang sama. Kan? Titik persamaan yang wujud adalah LELAKI dan PEREMPUAN itu adalah sejenis makhluk Allah yang bergelar MANUSIA. Manusia yang sering LUPA dan ALPA. Apa kaitan EGO dengan LUPA? Along akan cuba terangkan serba sedikit kaitan keduanya diperengggan berikutnya untuk memudahkan korang faham, apa yang Along cuba sampaikan.

EGO ni, suatu frasa kata yang seakan NEGATIF bunyinya. Kan? Yalah, kadang-kadang, bila ada satu-satu permasalahan timbul di antara kita dengan kawan kita, kita pasti ada pendirian kita sendiri kan? Kawan kita juga pasti ada pendirian dia sendiri yang dia ingin tegakkan. Bila dua-dua taknak beralah, masing-masing mula bermasam muka, hubungan kawan pula menjadi renggang. Masing-masing EGO taknak mengaku salah atau saling minta maaf antara satu sama lain. Kan? Kita pasti nak tunggu kawan kita tu minta maaf dan mengaku salah dekat kita dulu, betul tak? Dan hakikatnya, kawan kita tu juga inginkan perkara yang sama. Dah masing-masing EGO TINGGI. Akhirnya? 2-2 BERMASAM MUKA untuk suatu jangka masa yang lama. Kerana EGO, mereka LUPA, mereka pernah MENJADI KAWAN.

Bagaimana pula dengan EGO terhadap Allah? Eh? Ada ke? Ada. Tolonglah percaya. Wujud sebenarnya EGO yang Along maksudkan ni. Contoh ya, contoh mudah yang Along bagi untuk korang senang faham. CONTOHnya SOLAT FARDHU. Ada diantara kita, pasti suka melewat-lewatkan solat. Ada juga yang tak solat terus. Jangan pelik, kerana itu realiti hidup manusia. Kerana kebanyak dari kita, ISLAM diamalkan SEPARUH-SEPARUH. Boleh ke macam tu? Korang sendiri ada akal, boleh fikir. Along tak menilai sesiapa. Sekadar penilaian UMUM sahaja. Hakikatnya, kita tahu, solat di awal waktu atau solat pada waktunya itu adalah suatu perkara yang baik dan dituntut dalam ISLAM. Memanglah, solat di awal waktu tu tak WAJIB, sebab selagi waktu solat tu ada, selagi tu bila-bila masa sahaja kita boleh solat. Tapi, apabila tiada sebarang halangan yang boleh dikategorikan sebagai HALANGAN yang sebenar-benar HALANGAN, kenapa masih tak solat di awal waktu? Sehinggakan ada sebahagian dari kita terlupa dan lalai, kemudian langsung tak solat. Hah! Macam mana tu? Terbit tak rasa bersalah terhadap Allah dalam hati korang tu? Kalau terbit, Alhamdulillah. Korang mesti berazam takkan mengulanginya lagi kan? Apa? Korang tak rasa bersalah terhadap Allah?! Bahaya korang ni. EGO SUNGGUH HATI KORANG! Korang EGO terhadap Allah! Korang tahu tak? Cepat-cepat taubat ok? 

Contoh lain? Maaf contoh ni berkaitan aurat. Tak kisahlah, lelaki ataupun perempuan. Lelaki dengan seluar pendek yang tak menutupi lutut, tayang BODY SADO sehingga menampakkan pusat. Perempuan dengan baju ketat,sendat dan padat tanpa tudung. Padahal, dalam HADIS, dalam QURAN, banyak dalil dah tertulis akan kewajipan menutup aurat ni. Bila sebut KEWAJIPAN maksudnya WAJIB lah untuk kita sebagai orang ISLAM lakukannya. Kan? Jadi, tak salah rasanya bila Along katakan korang ni EGO terhadap ALLAH kerana tak ikut perintahnya, tak tinggal larangannya. "Woi! Suka hati kau je ek long kata orang ego? Kau bajet Alim la tegur orang tanpa usul periksa!". "Kau tak tahu buat cara tak tahu long! Kau tak tahu apa yang kami perempuan ni lalui! Ko tahu tak ayat belaum SAMPAI SERU?! Tahu?!". "Aku bukan ego terhadap Allah ok?! Aku cuma belum bersedia untuk tutup aurat secara sempurna je! Ko memang menjengkelkan lah long!". Rileks-rileks, Along tahu. Korang ada sebab musabab tersendiri. TAPI! Cuba fikir? Kalau bukan perkataan EGO sesuai dengan perbuatan korang selama nu, jadi apa perkataan yang sesuai? Korang mungkin boleh tipu orang lain, tapi korang tak boleh tipu diri sendiri. Ya, ya, itu antara korang dengan Allah. Along tak campur bab tu. Tapi, selagi tiada siapa berani tegur perbuatan salah korang.. selagi tu korang akan hidup dengan senang-lenang. Maksud Along, korang akan rasa, semuanya OK seakan-akan tiada apa yang terjadi. Yalah, kan itu antara korang dengan Allah. Tapi, korang usaha tak ke arah menutup aurat dengan sempurna? Usaha tak minta Allah tunjuk jalan? Usaha bermati-matian tak? Tepuk dada, tanyalah hati. 

EGO ni, ada juga KEBAIKANNYA. Ini fakta. Contoh, Si A nak dekat Si B. Tapi Si B taknak dekat Si A sebab Si A bukan dia punya TASTE. TASTE tinggi katanya. Sebenarnya bukan taste tinggi ke apa ke. Si B ni nak yang terbaik untuk masa hadapan sendiri. Dan dia nampak dekat Si A tak ada ciri-ciri yang boleh menjadi peneman hidupnya untuk selamanya. Jadi, macam-macam alasan lah yang dia bagi dekat Si A agar Si A berhenti MENGAYAT diri dia. Tapi, Si A tetap juga MENGAYAT Si B. Akhirnya Si B pun, bagi ayat "REJECT" kejam. Si A pun, apa lagi, mulalah anggap Si B ni EGO, KEJAM, Tak berperikemanusiaan dan sebagainya. Dalam situasi ini, EGO yang dimiliki Si B merupakan EGO yang bawa kepada kebaikan. Betul tak? Ke penilaian Along salah? 

Kadang-kadang, EGO boleh jadi UBAT yang TERBAIK buat sesetengah manusia. Tapi, bergantung, macam mana kita nak corak EGO kita tu. Istilah : BIAR EGO MENGUASAI DIRI, BIAR IA MERAJAI HATI. Boleh jadi RELEVEN, boleh jadi tak. Bergantung pada situasi yang kita lalui. Takkan lah setiap masa EGO itu MENGUASAI diri kita kot? 24 jam sehari, 7 kali seminggu, 365 setahun? Yang mungkin, tapi pada perkara tertentu sahaja kan? Contoh, Kau bercinta, kemudian kau dikhianati. 3 bulan berikutnya, bekas pasangan kau tu nak kembali kepada kau. Takkan kau nak terima macam tu sahaja. Ye dak? Ko perlu tinggikan EGO kau dalam bab ni. Kau perlu bijak! Kau mesti takut pisang berbuah dua kali.. Kan? :)


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam Ukhuwah....
Adios...
MAASSALAMAH...

2 orang telah tinggal komen:

KENAPA PERLU SUKA DALAM DIAM

Monday, May 23, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Gambar GOOGLE : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat petang! Hai korang! Apa khabar? Selamat kembali ke ruangan perkongsian maya Along yang serba putih ini. Bila sebut PUTIH, boleh membawa kepada istilah SUCI, MURNI, BERSIH, dan juga KOSONG/ PLAIN. KOSONG? PLAIN? Ya, Kosong daripada sebarang kekotoran. Plain daripada sebarang warna yang tidak sepatutnya dicantik dan dipalit ke atas sebuah kertas A$ putih kosong. Tapi! Blog Along tak lah sepenuhnya macam tu. Sebab, kalau 100% Putih, tak adalah korang nampak sebarang TULISAN di laman perkongsian maya Along ni. Kan? tak adalah korang nampak sebarang bentuk warna lain, yang digunapkai untuk mewarnai beberapa kawasan penting yang wujud dalam blog along ni, kan? Nanti, tak memasal korang bosan, kalau sekadar tulisan sahaja yang wujud di blog Along ni. Lepas korang bosan, korang tak singgah dah ke blog Along selepas ni. Herm.... Jangan buat macam tu ok? Teruskan sokong Along tahu?

Tanpa membuang masa, Along ingin bertanya dekat korang semua. Korang semua jenis yang macam mana? Jenis yang suka memendam rasa ke? Ok, sebelum tu, biar Along terus kepada point utama entry ini Along tulis. Ianya berkaitan dengan hati dan perasaan manusia. Berkaitan dengan CINTA antara si TERUNA dan DARA. Jadi, korang dah faham kan apa yang Along cuba sampaikan? Eley! Korang kan REMAJA PURBA yang ADVANCE, mesti korang faham punya. Jangan ingat Along ni mudah ditipu ok?

Persoalannya, KENAPA PERLU SUKA DALAM DIAM? Nampak macam persoalan Along tu tak LOGIK kan? NORMAL lah kan Si A , suka Si B dalam DIAM. Tak jujur dan tak beritahu apa yang selama ini terbuku dan terpendam di dalam hati. TAKUT Kena "REJECT" katanya. TAKUT kehilangan Si B sebagai kawan katanya. TAKUT Si B dah punyai PILIHAN HATI katanya. TAKUT pada KOMITMEN katanya. TAKUT melukakan HATI Si C katanya. Macam-macam ketakutan yang ada dalam diri mereka yang SUKA DALAM DIAM terhadap seseorang tu. Bila KANTOI? Tak nak pula ngaku. Pandai pula kata, semua kata-kata orang adalah TIPU BELAKA. Pandai pula HIPOKRIT terhadap diri sendiri! Apa semua tu? Hahaha.

Bagi yang berjiwa ISLAMIK, pasti akan mula berdoa dan berharap yang terbaik. "Andai dia jodohku, dekatkanlah. Andai dia bukan jodohku, jauhkanlah dirinya dari hati,pemikiran serta hidupku".  Ada juga yang berdoa seperti ini, "Semoga dia adalah jodohku, andai dia bukan jodohku, jodohkanlah kami juga kerana aku amat mencintai dia." Dan macam-macam lagi doa yang terbit dari bibir berkaitan dengan JODOH dan masa hadapan mereka. Tidak dinafikan, Along juga tidak terkecuali. Kenapa? Kerana Along sendiri nak yang terbaik untuk masa hadapan Along. Korang tak nak ke? Kalau nak, selalulah berdoa kepada sang PENCIPTA. Kerana Allah MAHA MENGETAHUI segala SESUATU. Faham?

Tapi! Kalau hati tu tak mampi bertahan! Korang PUASA lah. Kalau tak mampu juga? Korang kahwin cepat-cepat. Luah dengan segera dekat si dia. Cerita kepada IBU BAPA pasal si dia dan mula mengorak langkah untuk MASUK MEMINANG SI DIA. Katalah lepas SI DIA tak terima korang selepas korang LUAH apa yang korang rasa, korang JANGAN KECEWA! Korang patut bersyukur! Kenapa? Itulah takdir Allah buat korang. Takdir? Bersyukur? Begini, Mungkin, PILIHAN HATI korang yang terbaik di mata dan hati korang. Tapi, bila Allah tak izin, mesti  ada sebab! Mesti ada hikmah! Allah pasti sediakan sesuatu yang lebih baik buat korang. Percayalah pada Allah ok? Maksudnya, berIMANlah kepada Allah SEPENUH HATI! Korang mesti akan dapat rasa KEMANISAN IMAN punyalah andai korang, Along dan mereka berjaya berIMAN kepada Allah sepenuh hati!

Jadinya, suka dalam diam ni, ada PRO dan KONTRA nya. Setiap manusia takkan sama ketika melalui PROSES suka seseorang dalam hidup mereka.Ada orang, suka berterus terang. Ada orang, suka pendam ibarat ada sesuatu wujud sebagai penghalang. Tapi, satu nak pesan, percaya pada TAKDIR ALLAH. Nampak mudah, tapi, percaya lah bahawa ianya sangat SUSAH. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut KECEWA, jangan letak sebarang HARAPAN. Mudah bukan?


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH....

4 orang telah tinggal komen:

KITA JUGA PERNAH BUAT PERKARA BODOH

Sunday, May 22, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

BISMILLAH...
ALKISAH...

Gambar GOOGLE : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat malam! Pertamanya, bagi yang belum solat isya`, solat isya` dahulu ok? Bukan apa, tak elok melewat-lewatkan solat ni. InsyaAllah, selepas korang solat, hati dan jiwa korang akan bertambah tenang. Lepas solat, barulah sambung baca coretan serta bebelan dari Along ni ok? Tak susah pun permintaan Along ni. Kan?

Sejak kebelakangan ni, Along tahu, ENTRY yang Along tulis dah macam CHIPSMORE dah, kejap ada, kejap tak ada. Dan Along sentiasa ulang kata perkara yang sama, dan korang pun dah muang dengar alasan yang sama. Kan? Apa-apapun, terima kasih kerana masih sudi baca apa jua coretan serta bebelan yang Along taip di laman perkongsian maya Along ni. Harapnya, apa jua bentuk penulisan yang Along kongsikan, tak banyak, walaupun sedikit, dapat memberi manfaat kepada korang semua.

Tidak dinafikan, dalam setiap ENTRY dan penulisan Along, pasti akan ada yang sekadar baca, pasti akan ada yang tiba-tiba insaf dan terbit serta lahirnya kesedaran diri setelah membaca apa yang Along kongsikan, pasti juga ada yang terasa hati dengan apa juga yang Along coretkan selama ini. Kerana hati manusia tak sama. Apa kata pepatah tu? Rambut sama hitam, hati lain-lain? Tak gitu? 

Semakin kita dewasa, semakin kita lupa, kita juga pernah jadi, BAYI, KANAK-KANAK juga REMAJA. Kita lupa, yang dahulunya, kita juga pernah buat perkara-perkara BODOH dalam hidup. Eh? Korang tak pernah ea? Maaf kan Along, mungkin Along sorang kot dalam dunia ni yang pernah buat perkara-perkara BODOH semasa kecil dahulu? Along ngaku, Along tak sempurna. Along ni, insan biasa, yang terlalu banyak dosa. Tapi, Along juga nak ngaku. Along insan biasa, yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari sinar cahaya, dan keluar daripada kegelapan.

Ingat lagi, dahulu, masa kecik2. Masa tu, umur sekitar darjah 3 darjah 4 gitu. Along masih ingat, peristiwa di mana, Along dengan abang sedara Along, sanggup yakinkan Adik Along dengan beberapa sepupu-sepupu yang lain untuk LABURKAN duit RAYA mereka untuk kami beli sejenis CONSOLE GAME yang berharga sekitar RM120. Masa tu, kami memang sanggup buat apa sahaja demi GAME. GAME yang belum tentu SERONOK untuk dimainkan. Asalkan namanya GAME, kami sanggup beli tahu? Ingat lagi, masa beli tu, kami kehujanan dan dan kebasahan. Meredahi hujan semata-mata untuk beli CONSOLE GAME yang TERBAIK ini. Di pendekkan cerita, BY THE END OF THE DAY, kami tak dapat pun main GAME yang kami beli tu. Kenapa? Kerana KANTOI dengan mak bapak kami semua. ZAMAN tu biasanya, memang DUIT RAYA, mak bapak akan SIMPANKAN dalam BANK. Tapi, sebelum sempat mak bapak minta duit kami, kami dah LEBURKAN dalam PELABURAN CONSOLE GAME. Hah! Amek kau! Mana tak mak bapak kami semua BERANG? Lepas KANTOI, GAME tu dirampas! Lepas tu, boleh pula depa main depan kami? Tak patut-tak patut. Di pendekkan cerita lagi, riwayat game tu tak lama. GAME tu hilang tanpa JEJAK! Wallahualam.

Cerita di atas sekadar satu contoh perkara BODOH yang Along lalui masa kecil-kecil dahulu. Banyak lagi perkara BODOH lain contohnya kami main bakar-bakar dekat belakang rumah pak sedara. Kami ramai-ramai ponteng puasa bersama. Kami main mercun dengan cara yang ekstream, dan sebagainya. Tak perlu Along cerita semuanya. Tapi, perkara BODOH itulah yang mengajar Along ERTI sebuah KEHIDUPAN sebagai seorang kanak-kanak. Kanak-kanak zaman sekarang. Apa mereka tahu? Segalanya sudah tersedia depan mata. Mereka tinggal ambil dan guna pakai sahaja. TAK MENCABAR LANGSUNG!!!

Apa Along cuba sampaikan adalah, korang ni, bila tengok satu-satu perkara BODOH yang kanak-kanak atau remaja zaman sekarang ni buat MELALUI VIDEO, dan korang KECAM mereka, CUBA korang refleksi semula diri korang. Bayangkanlah, kalau zaman korang dulu-dulu, adalah zaman serba canggih serta maju seperti zaman mereka yang sekarang ni. Lepastu, aksi BODOH korang yang dulu-dulu dirakan, dan disebar serta dimuat naik ke YOUTUBE ataupun sebagainya. Korang mesti akan dikecam juga kan>? Ya, Along tahu. Untuk elak dikecam, janganlah buat perkara BODOH dan tak BERMORAL. Tapi, korang juga perlu tahu, tak semua orang ada akal yang SEMPURNA sama seperti akal yang korang miliki sekarang ini. Korang kena ingat, akal korang pun pernah tak sempurna suatu ketika dahulu, sama seperti akal Along dan mereka. ok?

Benar, kita bukan penghukum. TAPI! Kita boleh nilai sesuatu dengan mata hati kita. Daripada kita hina dan keji perbuatan buruk orang lain. Lebih baik kita berdoa agar Allah berikan mereka hidayah. Kan? Dan, kita juga boleh sambung doa tu, andai memang si dia dikekalkan dalam keadaan begitu, semoga Allah beri balasan yang setimpal atas perbuatannya, mudah-mudahan, dia sedar dan insaf atas segala perbuata-perbuatan BODOHnya. Mudah kan?


Terima Kasih Sudi Baca...


Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH...
n_n

0 orang telah tinggal komen:

Di saat kaki melangkah pergi

Tuesday, May 17, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Di Saat Kaki Melangkah Pergi
Ihsan : Google (LINK)

Assalamualaikum dan selamat malam. Along mulakan entry Along pada kali ini dengan ucapan SELAMAT HARI GURU buat SEMUA yang sudi hadir dalam hidup Along disamping memberi Along tunjuk ajar untuk melalui liku-liku kehidupan yang Along tempuhi selama ini. Along ada tulis ucapan khas yang agak panjang lebar di MUKA BUKU Along. Korang boleh LIKE dan COMMENT di MUKA BUKU Along dengan menekan LINK yang berwarna merah ini. 

Korang tahu kan? Dalam hidup kita ni, kita diberi pilihan untuk membuat keputusan? Sama ada keputusan tu betul, atau pun salah, segalanya terletak atas tangan kita untuk menentukannya. Memanglah, segala-gala yang berlaku atas dunia ni, berlaku atas aturan Allah s.w.t. Tapi, Allah tetap beri kita peluang untuk memilih, apa yang terbaik untuk hidup kita ni. Kan? Sebagai contoh, seorang pelajar lepasan SPM, ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat DIPLOMA tetapi di halang oleh keluarga. Ibu bapanya mahukanya mengambil tingkatan 6 STPM/ STAM. Dalam situasi ini, ya, ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Jika tidak ikut permintaan ibu bapa, nanti dikata sebagai anak derhaka. Jika melepaskan apa yang diri sendiri ingini, nanti pasti sesal tak sudah. Kan? Dalam situasi begini, memang agar sukar untuk buat pilihan. Kerana itulah, Allah sediakan ruang untuk kita memohon petunjuk darinya dengan cara membuat solat istikharah berulang kali sehinggalah Allah beri petunjuk yang terbaik buat diri kita. Kan? 

Di Saat Kaki Melangkah Pergi


Tidak dinafikan, untuk membuat suatu-suatu keputusan itu amatlah susah, amatlah berat. Lagi-lagi keputusan yang melibatkan hati dan perasaan. Walaupun sudah jelas petunjuk Allah di hadapan mata, sebahagian hati kecil kita sebagai manusia tetap timbul rasa ragu-ragu untuk melaksanakannya andai petunjuk kepada pilihan tersebut bertentangan dengan apa yang kita harapkan. Dan di saat kaki melangkah pergi dek kerana keputusan yang terpaksa dibuat tanpa kerelaan hati dengan harapan ianya adalah keputusan yang terbaik buat diri dan semua, kesedihan menguasai keseluruhan diri. Tangisan mula mengalir menuruni pipi. 

Mesti dalam kotak fikiran korang, apa yang Along cuba sampaikan adalah berkaitan dengan dua insan yang jodohnya tidak kesampaian kan? Ya, realitinya lebih kurang begitu. Kerana, ianya bukan sekadar boleh berlaku dikalangan kekasih, boleh juga berlaku dikalangan mereka yang sedang hangat bertunang, mereka yang telah pun mendirikan rumah tangga, mereka yang sekadar bergelar kawan dan sahbat, dan juga sebagainya. Boleh juga berlaku dikalangan sesama ahli keluarga kita sendiri, Sebagai contoh, anak tiri lelaki dengan mak tiri beserta 2 adik beradik tiri perempuan, anak kandung kepada mak tiri. Selepas kematian ayah kepada si anak lelaki, suami kepada mak tiri kepada si anak lelaki, untuk si anak lelaki ni, tinggal bersama mak tiri serta 2 adik adik beradik tiri perempuannya, tidak digalakkan memandangkan ianya boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat setempat. Makanya, jika dinilai secara logik, anak lelaki ini perlu berpindah rumah. Tetapi, apakah itu perkara terbaik yang perlu dilakukannya? Along tinggalkan persoalan ini untuk korang semua memikirkan jawapannya.

Satu Along nak pesan. Yakinlah pada Allah, percayalah kepada Allah. Turutilah petunjuk yang telah pun Allah berikan kepada kita denga hati yang Redha. InsyaAllah, pasti ada hikmah disebalik pilihan yang kita buat tu nanti. Allah pasti sediakan sesuatu yang lebih baik buat kita di masa akan datang, mungkin bukan di dunia, mungkin kita dapat di akhirat sana. Siapa tahu kan? Ingat! Janji Allah itu pasti. Oraite?


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH,,,
ADIOS...
MAASSALAMAH...

0 orang telah tinggal komen:

Tolong Jangan Berhenti Menulis

Monday, May 16, 2016 Rahim Aim21 4 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Ihsan : Google (LINK)

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua yang acah-acah merindui diri ini tanpa pengetahuan diri ini yang semestinya diri ini tahu bawa diri ini sentiasa dirindui. Telah agak lama laman penulisan maya ini kering kontang tanpa sebarang artikel-artikel baharu untuk dijadikan sebagai bahan bacaan serta bahan motivasi tidak kira masa, tidak kira waktu. Kerinduan yang menebal bak dinding besi setebal hampir 10 kilometer untuk menulis, akhirnya tidak tertahan lagi sehingga membuatkan dinding besi ini, cair dalam tempoh tidak sampai satu saat untuk ari-jemari ini menaip artikel terbaru buat para pembaca semua (Ada ke yang baca? Hurm...).

BAHAHAHAHAHAHAHAHA. Poyo tak Along? Along ni, bukannya suka sangat tulis secara serius. Rasa poyo dan bajet-bajet INNOCENT je. Tapi, perkongsian yang Along kongsikan kebiasaannya sedikit sebanyak mampu untuk mengusik hati-hati serta jiwa-jiwa Along sendiri, korang dan mereka yang memerlukan motivasi secara santai dan bersahaja, dan dalam masa yang sama ada juga ketegasan dalam beberapa perkara. Betul tak? Ke Along sekadar PERASAN dan SYOK SENDIRI sahaja selama ini? Hahaha. Along yang tulis, suka hati lah kan apa yang Along nak tulis? Korang sebagai pembaca, Tugas korang tinggalkan KOMEN dan PESANAN di ruangan yang disediakan. Nak kritik boleh, Nak bagi FEEDBACK pun boleh.


TOLONG JANGAN BERHENTI MENULIS


Serious Talk! Tolong jangan berhenti menulis. Pesanan buat diri serta rakan-rakan blogger Along yang lain. Pesanan ini juga buat mereka yang ada minat menulis, tetapi rasa penulisan korang tak dihargai sehingga membuatkan korang putus asa dalam penulisan. Tolong dengar cakap Along ok? TOLONG JANGAN BERHENTI MENULIS! Along cukup risau korang berhenti menulis, sedangkan korang sendiri tidak tahu, masa hadapan yang korang bakal lalui sebagai penulis. Mungkin hari ini, tiada pembaca langsung! Tapi apakah sebulan mendatang perkara yang sama akan berlaku? Benar, akan ada yang kata, "Aku dah buat blog selama 3 tahun, tapi, pembaca blog aku macam tu juga. Macam ada tak ada sahaja." atau ada yang berkata, "Aku tulis, bukan ada yang baca pun!" atau, "Dah macam-macam aku lakukan untuk tarik minat orang baca blog aku, orang tetap tak nak baca. Hurm...". Dan macam-macam lagi kata hati korang yang Along pasti, boleh menjadi penyebab dan punca untuk korang berhenti menulis, 

Teruskan minat, Jangan biar ia tamat...


Please! Please and Please! Jangan TAMATkan MINAT menulis korang tu. Teruskan menulis dan jangan berhenti! Tapi! Dan seeloknya, tolonglah tulis dan kongsikan perkara yang mampu beri manfaat kepada orang lain. Tak susah pun. Sebab hidup kita ni kan dipenuhi dengan WARNA-WARNI keihdupan. Dan, setiap hari, kita jalani WARNA-WARNA yang berbeza untuk kita tempuhi dan hadapi. Makanya, dari situ, pelbagai cerita mampu kita taip dan tulis untuk dikongsikan kepada semua yang sudi baca. Macam mana kalau tiada yang sudi baca? Jangan risau, ALAM MAYA atau INTERNET ni, penggunanya kan ramai. Kalau korang tulis di MUKA BUKU, kawan-kawan MUKA BUKU korang takkan tak baca kot? Tak baca? Korang yakin ke? Entah-entah diorang adalah PEMBACA SENYAP. Siapa tahu kan?

Keduanya, tolong refleksi semula diri korang. PUNCA atau SEBAB kenapa korang menceburkan diri awal-awal dahulu dalam bidang PENULISAN ni. Apakah untuk BERKONGSI CERITA? atau CARI POPULARITI DAN PEMBACA SEMATA? Apakah korang buat kerana ORANG LAIN BUAT, atau kerana KORANG sendiri BERMINAT untuk mulakannya? Apakah korang ingin DOMINASI DUNIA PENULISAN, atau korang ingin MENAMBAH KENALAN? Along tahu, macam-macam sebab dan asbab yang mampu mendorong seseorang itu untuk menjadi penulis. Dan setiap orang ada aura yang berbeza dalam penulisan mereka. Ada yang langsung tak ada aura sehingga menyebabkan tiada siapa sudi baca apa yang mereka tulis. TETAPI! Apakah itu boleh dijadikan alasan untuk seseorang itu berhenti menulis? Seperti ilmu-ilmu lain, PENULISAN juga merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu kita pelajari. Kalau kita rasa penulisan kita kurang bagus, apa patut kita buat? Abai dan biarkan? berhenti dan tamatkan? TIDAK! Kita kena belajar! Belajar TEKNIK yang BETUL untuk tarik minat ORANG RAMAI membaca PENULISAN kita. Oraite? Faham?

Pesanan ni buat diri Along juga. Buat diri Along yang sentiasa MALAS dan MOOD KELAUT setiap kali menghadap BLOG untuk menulis artikel baharu. Bukan tak ada IDEA. IDEA tu ada, cuma ISI untuk IDEA tu tak ada. Otak seolah-olah TEPU dari menghasilkan IDEA yang SEGAR dan BARU. Along sendiri sedar, bukannya RAMAI yang nak baca pun apa yang Along BEBEL. Namun, Along pasti, tetap akan ada yang baca. Mungkin sekadar satu ke dua orang, namun, mereka tetap di kira sebagai pembaca... Kan? Korang pula, yang baca ni, mungkin merupakan orang ke-3 yang baca apa Along bebel pada hari ini. Siapa tahu kan? Alhamdulillah, jika hanya 3 orang pembaca Along, dan ketiga-tiga dapat manfaat dari apa yang Along cuba kongsikan, itu lebih baik daripada 1 juta pembaca Along, tapi langsung tiada yang dapat manfaat daripada perkongsian Along. Rugi-rugi...



Terima Kasih Sudi Baca (n_n)


Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH....

4 orang telah tinggal komen:

JDT MENANG PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE APO 2016

Sunday, May 01, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

Bismillah..
Alkisah...

Gambar dari page : Johor Southern Tigers

Assalamualaikum dan selamat petang. Ayuh johor! Luaskan kuasamamu! Itulah laungan yang mampu Along gambarkan betapa gembiranya hati Along apabila Negeri Johor kesayangan telah pun dinobatkan sebagai pemenang PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE, ANUGERAK PILIHAN ONLINE 2016 semalam. Alhamdulillah. Dalam tempoh hanya beberapa tahun, JDT yang dibangunkan oleh TMJ kesayangan kami, TUNKU ISMAIL IDRIS IBN SULTAN IBRAHIM ISMAIL, telahpun berjaya mencuri hati pelbagai peminat dari seluruh negari jua negara.

SENARAI KESULURUHAN PEMENANG ANUGERAH PILIHAN ONLINE APO 2016


Selebriti Komedi Online                               - Jihan Muse 
Ikon Fesyen Pilihan Online                           - Datuk Siti Nurhaliza 
Chef Pilihan Online                                       - Datuk Fazley
Group Pilihan Online                                     - Akim And The Majistret 
Penyampai Radio Pilihan Online                   - Fara Fauzana 
Blog Pilihan Online                                       - Siakap Keli 
Selebriti Media Sosial Pilihan Online           - Mat Luthfi 
Lelaki Tampan Pilihan Dnars                        - Saharul Ridzwan 
Wanita Anggun Pilihan Dnars                       - Mia Ahmad 
Ikon Niaga Pilihan Online                             - Neelofa 
Aktres Terbaik Pilihan Online                       - Mia Ahmad 
Aktor Terbaik Pilihan Online                        - Saharul Ridzwan 
Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online            - Datuk Lee Chong Wei 
Bintang Sukan Wanita Pilihan Online           - Datuk Nicole David 
Pasukan Sukan Pilihan Online                       - JDT 
Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online     - Datuk Siti Nurhaliza 
Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online      - Hazama 
Personaliti Unggul Pilihan Online                 - Akim & The Majistret

JDT LAYAK KE PERLAWANAN AKHIR SUPERBEST POWER FA CUP 2016

Gambar dari page : Johor Southern Tigers

Alhamdulillah, setelah penat berhempas pulas, pasukan JDT telah pun melayakkan diri ke perlawanan akhir bagi pertandingan bola sepak yang amat berprestij di Malaysia ini. Siapa sangka kan? Tahniah buat KEDAH kerana telah pun memberikan tentangan serta saingan yang amat sengit buat pasukan JDT. Korang memang bermain dengan sangat baik. Gol Fakri semalam memang CANTIK. 

Dua kemenangan ini amatlah bermakna buat JDT jua diri Along kerana Along sendiri asal daro JOHOR. Ayuh JOHOR!!!!! Ok, dekat bawah ni, ada satu VIDEO lagu yang berkaitan dengan pasukat JDT, selamat dengar dan selamat menonton :




Terima Kasih Sudi Baca...


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....


n_n

2 orang telah tinggal komen: