AKU DAN BLOGGER PULAU PINANG ARZMOHA

Friday, December 16, 2016 RahimAim21 22 Comments

Bismillah...
Akisah...

Bersama Blogger ARZMOHA di Nasi Kandar Beratur

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni Along nak kongsikan suatu coretan yang cukup ringkas buat bacaan korang semua. Ya, Along tahu, sudah agak lama Along tidak menulis sebarang coretan di laman perkongsian maya Along ni. Sabarlah, bukan tak ada IDEA untuk berkongsi sebarang cerita, cumanya, TIADA MASA yang sesuai sahaja untuk Along duduk di hadapan LAPTOP untuk Along taip satu persatu cerita buat bacaan korang semua.  Terima kasih buat semua yang masih setia, untuk berkunjung singgah ke blog Along, membaca hampir ke semua catatan peribadi Along, sama ada pengalaman ataupun berbentuk nasihat buat diri Along sendiri.

Oklah, daripada Along bercerita panjang perkara yang tidak berkaitan dengan topik catatan Along pada malam ini, lebih baik Along kembali kepada tajuk. Hah! Siapa kenal Abang ARZMOHA dari blog www.arzmoha.com. Kenal tak? Tahu tak? Pernah berkunjung ke blog beliau tak? Tak? Tak? Tak? Aduh! Ruginya korang... Korang patut cepat-cepat ke Blog beliau ok? Sebab beliau juga ada satu ENTRY berkaitan dengan apa yang Along bakal kongsikan pada malam ini :)

Siapa sangka, perkenalan kami yang bermula hampir setahun yang lalu, sekadar berhubung di alam maya kerana minat yang sama iaitu BLOG, berjaya dimeteraikan dengan sebuah perjumpaan. Alhamdulillah. Rasa macam mimpi pun ada. Tapi, tulah, rasa beruntung sebenarnya. Beruntung menjadi seorang BLOGGER. Dapat ramai kawan SERATA MALAYSIA. Dan salah seorangnya adalah beliau yang Along panggil sebagai Abang Arz. Seorang blogger dari PULAU MUTIARA yang sangat BAIK HATI dan berfikiran jauh dalam dunia BLOGGING. Seorang yang RAMAH juga mudah untuk dibawa BERBUAL. Senang cerita, sepanjang perjumpaan kami, Along tidak rasa KEKOK langsung. :)

Nak kata perjumpaan kami ini perjumpaan yang DIRANCANG, tidak juga. Sebab, Along sendiri pergi PULAU PINANG atas sebab menyertai suatu pertandingan yang dianjurkan oleh UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG. Kiranya, Along pergi bawah USIM, naik bas USIM, dengan pelajar-pelajar USIM yang lain dari JURUSAN KOMUNIKASI yang Along ambil. KEBETULAN, kebetulan sahaja ok? Along kongsikan dalam GROUP yang Along sertai dalam WHATSAPP bahawa Along berada di PULAU PINANG, dan Abang ARZ ada dalam group tu. Abg ARZ cadang ajak berjumpa. Along pun apa lagi. GEMBIRA SANGAT-SANGAT. Hahaha. Macam budak-budak kan? Bukan apa, bukan senang nak jumpa BLOGGER lain dalam dunia REALITI ni. Lagi-lagi BLOGGER yang duduk JAUH daripada tempat yang kita duduk. Korang mesti boleh bayangkan kan?

Along sanggup tahu, tak keluar dengan kawan-kawan Along yang lain? Diorang punyalah seronok pergi PESTA PENANG, Along sanggup tak pergi, asalkan dapat bersua muka dengan BLOGGER dari UTARA ni. FACE TO FACE bak hang!!! Bila lagi kan? Silap-silap, tak akan ada lagi ruang dan waktu serta peluang untuk kami berjumpa. Siapa tahu kan? Oklah, cerita panjang, jadi pendek. Abang Arz bawa Along jalan-jalan pusing-pusing sekitar Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam cerita kami bualkan. Dari penulisan blog untuk tarik pembaca, sehinggalah ke bab politik di Negeri masing-masing. Semuanya kami bualkan. POLITIK? Apa? Salah ke kami bincang bab tu? Ala, takkan itupun tak boleh?

Nasi Kandar Beratur Resipi Original Pulau Pinang

Akhirnya, kami tamatkan perjalanan kami berpusing-pusing sekitar Pulau Pinang dengan berhenti di kedai di atas. YA! NASI KANDAR BERATUR RESIPI ORIGINAL SEJAK 1943! Bila lagi kan nak makan Nasi Kandar original dari Penang? Atau lebih tepat, bila lagilah agaknya Along dapat pergi PENANG lagi? Silap-silap, inilah kali pertama dan kali terakhir aku ke PENANG. Siapa tahu, kan? Along ni, bab NASI KANDAR, tidaklah tahu mana. Cuma tahu sahaja tentang kewujudan NASI ni. Jadinya, inilah satu-satunya peluang untuk Along merasa sendiri NASI KANDAR. 

Nasi Kandar | Daging dengan telur

Oklah, sebabkan Along tak berapa nak PANDAI dalam memilih LAUK untuk NASI KANDAR, makanya, Along pilih lauk yang sama sahaja dengan apa yang Abang Arz pilih. Senang bukan? Hahaha. Dari pengalaman Along, yang pertama kali makan, rasa Nasi ni, herm..herm... SEDAP BAK HANG!!! Sedap sangat-sangat. Rasa PUAS HATI sebab dapat merasa salah satu MAKANAN TRADISI orang-orang Pulau Pinang ni. InsyaAllah, suatu hari nanti, bila berkunjung singgah ke Pulau Pinang lagi, Along akan CARI dan makan NASI KANDAR ni. Tak kisahkah, NASI KANDAR BERATUR ke, NASI KANDAR LINE CLEAR ke, atau apa-apa NASI KANDAR, InsyaAllah, Along akan beli dan makan.

Sebagai penutup CERITA, Terima Kasih tak terhingga buat Abang ARZMOHA dari Blog : www.arzmoha.com kerana sudi meluangkan masa dengan Along sewaktu Along berada di Pulau Pinang. Memang terbaik! Suatu hari nanti, kita berjumpa lagi ya? InsyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya buat kita, juga buat semua blogger-blogger di luar sana. Agak-agakkan, lepas ni, siapa pula bakal Along jumpa? Korang tu, agak-agak nak jumpa Along tak? Nak tak? Sudi-suilah kiranya ajak Along berjumpa ya? hehehe....


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...
n_n


Link Blog Abang Arz : 

22 orang telah tinggal komen: