AKU MAHU BERCUTI | Penginapan Bak Syurga di Avani Sepang Goldcoast Resort

Sunday, February 19, 2017 RahimAim21 15 Comments

Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Sihat semua? Along kurang sihat. Tekak terasa sedikit perit. Mungkin faktor cuaca yang tak menentu. Entahlah. Harapnya, Along cepatlah sembuh. Banyak lagi sekolah yang Along perlu lawati sepanjang bergelar PELAJAR PRAKTIKAL ni. Eh? Along dah praktikal? Tak apa. Sabar. Cerita tu Along akan kongsikan dalam ENTRY yang lain.

Korang-korang semua! Bulan 3 nanti ada cuti sekolah selama seminggu kan? Kan? Kan? Korang dah ada perancangan ke nak buat apa selama seminggu tu? Ada merancang untuk bercuti ke mana-mana ke? Belum? Terbaik! Ni dia, Along nak kongsikan satu tempat menarik yang memang sangat sesuai buat korang semua, seisi keluarga untuk bercuti. Korang nak tahu tak kat mana? Eh! Mesti korang dah tahu kan? Baca sahaja tajuk ENTRY, mesti minda korang dah terfikir tentang AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT, ye tak? 

SEPANG, ada ke tempat percutian dekat SEPANG, SELANGOR? Pelik kan? Jarangkan dengar orang pergi bercuti di Sepang. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu, disebalik kewujudan tempat-tempat menarik seperti KLIA dan LITAR SEPANG untuk F1, terdapat pelbagai lagi tempat-tempat menarik di Sepang yang boleh kita lawati. Sebagai contoh, korang tahu tak, dekat Sepang ni, ada tempat membeli-belah di mana pembeli dapat membeli barang-barang yang berjenama pada kadar harga yang murah berbanding tempat lain? Haha, mesti ada yang tertanya-tanya ni. Cuba korang GOOGLE, Mitsui Outlet Park. Dah google? Hah! Itulah tempatnya.

Sebelum korang nak menempuh masuk ke KLIA II, korang akan nampak satu bangunan macam MALL yang besar, kat situ lah terletaknya Mitsui Outlet Park ni. Kalau nak pilihan lain, korang boleh juga pergi ke KLIA II untuk membeli belah, semua benda yang korang nak beli, InsyaAllah, ada kat situ, Tapi! Ada tapinya iaitu, korang perlulah siapkan duit yang mencukupi. Hehehe.



Bukan itu sahaja, bagi korang yang kaki makan and suka makan, korang mesti singgah di medan ikan bakar dan makanan laut seperti Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M Sri Bagan Sdn. Bhd, Bagan Lalang Seaview dan banyak lagi, sebab apa Along cerita tentang semua tempat makan ini? Sebab seafood kat sini semuanya fresh-fresh belaka! Terbaik bak hang! Tidak lupa juga buat korang yang kaki pancing, berita baik buat korang! Kat Sepang ni ada tempat yang wajib korang kunjungi iaitu Jeti memancing Wak Sempuh. Macam-macam jenis ikan boleh dapat kat sini seperti jenahak, kerapu dan siakap, gred A pulak tu. 

Baiklah, sekarang Along nak cerita bab penginapan pula. Apa yang best kat Sepang ni pula, terdapat macam-macam jenis hotel di Sepang ni, jadi untuk memudahkan kerja korang bagi memilih hotel yang sesuai, korang boleh cuba buat carian dekat laman web Traveloka dan buat tempahan secara online disitu, memang senang. Apa? Tak pernah guna laman web Traveloka? Ni ada LINK untuk ke laman web tersebut.

.https://www.traveloka.com/en-my/

Antara tempat penginapan yang paling WIN kalau da sampai ke Sepang ni ialah Avani Sepang Goldcoast Resort. Kenapa resort ni yang paling WIN? Meh sini. rapat-rapat sikit, Along nak kongsi cerita, dengar dengan taat ya?! Resort ni terletak di Pantai Bagan Lalang. Jadinya resort ni korang agak-agak macam mana? Apa? Terapung atas air? Tahniah! Bijaknya korang! Betul tu, la terapung kat atas air.



Jujur cakap, Resort ni cantik sangat-sangat, Kalau dilihat menggunakan Helikopter ataupun DRONE yang mampu terbang tinggi di udara, korang akan dapati, susunan resort ni akan nampak macam bentuk palm tree. Menarik bukan? Avani Sepang Goldcoast Resort ni menawarkan empat jenis penginapan kepada para tetamu mereka, sama ada korang lebih suka superior room, three-bedroom villa, two-bedroom villa, ataupun family villa. Semua bilik berkonsepkan ala-ala relaxation and healing feeling macam tu. Saat anda masuk bilik or villa dia, korang akan paham la dengan apa yang dimaksudkan berdasarkan konsep RELAXATION and HEALING yang mereka bawakan ni. Mesti hilang terus rasa stress tu. 



Bagi korang yang datang bercuti dengan ahli keluarga yang ramai, memang sangat disarankan korang untuk ambik three-bedroom villa ataupun two-bedroom villa. Eh! Kenapa? Sebabnya ruangnya sangat lah luas dan memang selesa kalau korang datang dalam kuantiti yang ramai. Satu benda yang korang perlu tahu adalah, dekat sini jarak daripada LOBBY nak ke bilik masing-masing memang agak jauh, penat sikit lah kalau nak jalan kaki. Tapikan! Tapi, korang tak perlu risau kerana perkhidmatan buggy memang disediakan 24 jam, jadinya, korang hanya perlu keluarka telefon bimbit korang, telefon pekerja Resort ni dan diorang akan datang untuk ambik korang. 



Selain tu, disetiap bilik, basikal telahpun disediakan oleh pihak Resort untuk para penginapnya meronda-ronda kawasan Avani Sepang Goldcoast Resort, Seronok bukan? Walaupun resort ni mempunyai bilik dan villa yang terapung di atas laut, fasiliti seperti gym, swimming pool, spa, wifi dan juga golf tetap disediakan bagi tetamu mereka. Senang cerita memang lengkap la, semua ada dekat Resort ni dan yang paling seronok, korang nak tahu tak apa? Korang dapat tengok matahari terbenam daripada balkoni bilik korang tahu. Seronoknya! rasa tak sabar pula nak bercuti dekat sini! korang pula macam mana? Jomlah pergi! Apa tunggu lagi? Eh! Lupa, tunggu cuti sekolah, ya tak?! Tapi, sementara tunggu cuti sekolah tu, jomlah buat tempahan awal di laman web https://www.traveloka.com/en-my/hotel. Jomlah! Paling penting, Mari kita pergi bercuti! Yosh!!!


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam Ukhuwah
ADIOS...
MAASSALAMAH...

15 orang telah tinggal komen:

AKU DAN MESIN MASA

Thursday, February 16, 2017 RahimAim21 2 Comments

Bismillah...
Alkisah...

DeLoreon Back To The Future
Gambar Ihsan dari ENCIK GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat pagi. Mesin masa. Hurm. Untuk apa? Untuk Along kembali ke masa silam? Ubah masa silam Along? Masa silam yang dipenuhi kekhilafan dan dosa? Masa silam yang dipenuhi dengan perbuatan bodoh dan sia-sia? Masa silam yang dihantui kemalasan? Masa silam yang banyak mengajar Along tentang erti sebuah kehidupan? Masa silam yang telah menjadikan siapa diri Along sekarang ini? Masa silam yang sebenarnya, telah banyak memotivasikan diri Along untuk menjadi insan yang lebih baik? Masa sila itukah yang Along nak ubah?

Banyak cerita sains fiksyen yang Along dah tonton berkaitan dengan MESIN MASA. Sebagai contoh, BACK TO THE FUTURE. Korang pernah tengok cerita ni? Kisah seorang remaja bernama, Martin McFly dan kawan saintisnya Dr. Emmett Brown yang mencipta sebuah kereta diberi nama DeLoreon sebagai kenderaan merentas masa. Tetapi, sesuatu telah berlalku sehingga mengakibatkan Martin tersadai pada masa silam iaitu tahun 1955 kerana DeLoreon telah kehabisan Plutonium (macam minyak keretalah, tapi bukan minyak pun). Cerita panjang jadi pendek, pada tahun 1955 ni, Martin berjumpa dengan GEORGE remaja (Ayah dia) dengan LORRAINE remaja (Emak dia). kiranya waktu ni, ayah dengan emak dia belum kahwin lagilah. Konflik yang sedikit gila berlaku waktu ni adalah, LORRAINE jatuh hati dengan MARTIN. Gila tak? Orang yang bakal melahirkan kita, jatuh hati dekat kita? Apa berlaku andai si Martin ni, turut sama jatuh cinta dengan LORRAINE? Semestinya, Martin akan kekal di masa silam, dan tak kembali ke masa hadapan. Tapi, boleh ke begitu?

Ikut logik, Martin hanya akan lahir, andai LORRAINE dan GEORGE berkahwin. Betul? Setuju? Plot cerita BACK TO THE FUTUTRE ni, MARTIN tahu kebenaran tersebut dan tidak mahu kekal berada di zaman silam. Logik kan? Tapi, kalau martin ikutkan perasaan?Macam mana? hahaha. Adakah Martin akan menghilang daripada muka bumi? Lenyap sedikit demi sedikit? Semakin lama Martin semakin menjadi TRANSPARENT? begitu? Jadinya, Apa pula yang berlaku pada masa hadapan? Berubah? Adakah kehidupan keluarga GEORGE dan LORRAINE sahaja yang berubah? Keluarga mereka yang mengenali keluarga mereka, tak berubah ke? Terlalu banyak persoalan yang logik akal kita ada jawapannya.

Ramai orang terfikir nak kembali ke masa silam. Nak ubah semua kekurangan diri. Tapi, ramai orang terlupa, di saat otak mula berfikir secara rasional, di saat kita ingin kembali menjadi insan yang lebih baik, di saat kita ingin tinggalkan semua kekhilafan silam dan terus mengorak langkah megubah nasib hidup kita, bahawasanya, siapa yang menjadikan diri kita ketika ini, adalah diri kita sendiri.Diri kita yang telah melalui 1001 cerita suka dan duka sepanjang kita hidup pada masa silam kita. Jadinya, kenapa di saat kita dalam proses berubah ke arah kebaikan, kita mengharap agar dapat kembali ke masa silam? untuk ubah diri kita menjadi insan yang lebih baik? Rasa-rasanyalah kan, kalau dari dahulu lagi kita ni memang seorang yang baik, adakah kita akan kekal baik? Adakah pintu hati kecil kita akan diketuk seperti mana yang kita alami sekarang untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik? Jom kita fikir bersama.

Herm... Kerana itulah sampai sekarang, mesin masa hanyalah sekadar suatu IDEA yang cuba diketengahkan oleh orang-orang barat sejak dahulu kala lagi, IDEA yang tidak dapat direalisasikan langsung secara realiti. Namun, mereka sekadar realisasikannya dalam bentuk CERITA SAINS FIKSYEN. Persamaan MESIN MASA dengan CERITA SAINS FIKSYEN? Kedua-duanya adalah REKAAN MANUSIA SEMATA. Betul tak?

Kalaulah mesin masa itu wujud, kalaulah kan. Along tak nak kembali ke masa silam Along. Tapi, Along nak kembali ke zaman Nabi Adam. Hah! Zaman di mana Nabi Adam masih dalam syurga lagi. Untuk Along dapat halang Nabi Adam daripada memakan Buah Khuldi. Jadi, semua manusia akan kekal di dalam syurga Allah. Hah! Apa macam? Ada yang berfikir macam Along tak? Korang je yang fikir nak selamatkan diri sendiri. Along nak selamatkan kita semua. Bolehlah Along digelar HERO bagi MANUSIA.. hahaha. (poyo).

Kerana itulah Along berani menyatakan, MUSTAHIL untuk MESIN MASA itu WUJUD, SANGAT MUSTAHIL. TERLALU MUSTAHIL. Percayalah, Apa yang telah berlaku pada masa silam, adalah suatu sejarah yang sudah termaktub, suatu sejarah yang menjadikan siapa diri kita ketika ini. Sama ada kita ingin kekal seperti mana yang kita alami sekarang ini, atau kita ingin berubah menjadi insan yang lebih baik, itu terpulang kepada individu. Jangan BERANGAN untuk mengubah MASA SILAM. Tapi, kita perlu BERUSAHA mengubah masa sekarang kita agar kehidupan kita di masa mendatang, lebih baik daripada masa silam serta masa sekarang kita. NOKTAH!



n_n
Terima Kasih Sudi Baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 orang telah tinggal komen: