AKU DAN MESIN MASA

Thursday, February 16, 2017 RahimAim21 2 Comments

Bismillah...
Alkisah...

DeLoreon Back To The Future
Gambar Ihsan dari ENCIK GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat pagi. Mesin masa. Hurm. Untuk apa? Untuk Along kembali ke masa silam? Ubah masa silam Along? Masa silam yang dipenuhi kekhilafan dan dosa? Masa silam yang dipenuhi dengan perbuatan bodoh dan sia-sia? Masa silam yang dihantui kemalasan? Masa silam yang banyak mengajar Along tentang erti sebuah kehidupan? Masa silam yang telah menjadikan siapa diri Along sekarang ini? Masa silam yang sebenarnya, telah banyak memotivasikan diri Along untuk menjadi insan yang lebih baik? Masa sila itukah yang Along nak ubah?

Banyak cerita sains fiksyen yang Along dah tonton berkaitan dengan MESIN MASA. Sebagai contoh, BACK TO THE FUTURE. Korang pernah tengok cerita ni? Kisah seorang remaja bernama, Martin McFly dan kawan saintisnya Dr. Emmett Brown yang mencipta sebuah kereta diberi nama DeLoreon sebagai kenderaan merentas masa. Tetapi, sesuatu telah berlalku sehingga mengakibatkan Martin tersadai pada masa silam iaitu tahun 1955 kerana DeLoreon telah kehabisan Plutonium (macam minyak keretalah, tapi bukan minyak pun). Cerita panjang jadi pendek, pada tahun 1955 ni, Martin berjumpa dengan GEORGE remaja (Ayah dia) dengan LORRAINE remaja (Emak dia). kiranya waktu ni, ayah dengan emak dia belum kahwin lagilah. Konflik yang sedikit gila berlaku waktu ni adalah, LORRAINE jatuh hati dengan MARTIN. Gila tak? Orang yang bakal melahirkan kita, jatuh hati dekat kita? Apa berlaku andai si Martin ni, turut sama jatuh cinta dengan LORRAINE? Semestinya, Martin akan kekal di masa silam, dan tak kembali ke masa hadapan. Tapi, boleh ke begitu?

Ikut logik, Martin hanya akan lahir, andai LORRAINE dan GEORGE berkahwin. Betul? Setuju? Plot cerita BACK TO THE FUTUTRE ni, MARTIN tahu kebenaran tersebut dan tidak mahu kekal berada di zaman silam. Logik kan? Tapi, kalau martin ikutkan perasaan?Macam mana? hahaha. Adakah Martin akan menghilang daripada muka bumi? Lenyap sedikit demi sedikit? Semakin lama Martin semakin menjadi TRANSPARENT? begitu? Jadinya, Apa pula yang berlaku pada masa hadapan? Berubah? Adakah kehidupan keluarga GEORGE dan LORRAINE sahaja yang berubah? Keluarga mereka yang mengenali keluarga mereka, tak berubah ke? Terlalu banyak persoalan yang logik akal kita ada jawapannya.

Ramai orang terfikir nak kembali ke masa silam. Nak ubah semua kekurangan diri. Tapi, ramai orang terlupa, di saat otak mula berfikir secara rasional, di saat kita ingin kembali menjadi insan yang lebih baik, di saat kita ingin tinggalkan semua kekhilafan silam dan terus mengorak langkah megubah nasib hidup kita, bahawasanya, siapa yang menjadikan diri kita ketika ini, adalah diri kita sendiri.Diri kita yang telah melalui 1001 cerita suka dan duka sepanjang kita hidup pada masa silam kita. Jadinya, kenapa di saat kita dalam proses berubah ke arah kebaikan, kita mengharap agar dapat kembali ke masa silam? untuk ubah diri kita menjadi insan yang lebih baik? Rasa-rasanyalah kan, kalau dari dahulu lagi kita ni memang seorang yang baik, adakah kita akan kekal baik? Adakah pintu hati kecil kita akan diketuk seperti mana yang kita alami sekarang untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik? Jom kita fikir bersama.

Herm... Kerana itulah sampai sekarang, mesin masa hanyalah sekadar suatu IDEA yang cuba diketengahkan oleh orang-orang barat sejak dahulu kala lagi, IDEA yang tidak dapat direalisasikan langsung secara realiti. Namun, mereka sekadar realisasikannya dalam bentuk CERITA SAINS FIKSYEN. Persamaan MESIN MASA dengan CERITA SAINS FIKSYEN? Kedua-duanya adalah REKAAN MANUSIA SEMATA. Betul tak?

Kalaulah mesin masa itu wujud, kalaulah kan. Along tak nak kembali ke masa silam Along. Tapi, Along nak kembali ke zaman Nabi Adam. Hah! Zaman di mana Nabi Adam masih dalam syurga lagi. Untuk Along dapat halang Nabi Adam daripada memakan Buah Khuldi. Jadi, semua manusia akan kekal di dalam syurga Allah. Hah! Apa macam? Ada yang berfikir macam Along tak? Korang je yang fikir nak selamatkan diri sendiri. Along nak selamatkan kita semua. Bolehlah Along digelar HERO bagi MANUSIA.. hahaha. (poyo).

Kerana itulah Along berani menyatakan, MUSTAHIL untuk MESIN MASA itu WUJUD, SANGAT MUSTAHIL. TERLALU MUSTAHIL. Percayalah, Apa yang telah berlaku pada masa silam, adalah suatu sejarah yang sudah termaktub, suatu sejarah yang menjadikan siapa diri kita ketika ini. Sama ada kita ingin kekal seperti mana yang kita alami sekarang ini, atau kita ingin berubah menjadi insan yang lebih baik, itu terpulang kepada individu. Jangan BERANGAN untuk mengubah MASA SILAM. Tapi, kita perlu BERUSAHA mengubah masa sekarang kita agar kehidupan kita di masa mendatang, lebih baik daripada masa silam serta masa sekarang kita. NOKTAH!



n_n
Terima Kasih Sudi Baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 comments:

  1. Masa sekolah dulu teringin sangat nak travel ke masa lalu, nak ubah semua kesilapan lalu.. eseh

    *Ini la akibat kalau selalu tengok cerita doraemon*

    Tapi bila fikir balik, kesilapan yang lalu tu buat kita belajar tentang kehidupan

    ReplyDelete
  2. seaqndainya bisa megubah masa lalu.. namun kerana masa lalu la kita jadi siapa kita hari ini

    ReplyDelete