AKU MAHU BERCUTI | Penginapan Bak Syurga di Avani Sepang Goldcoast Resort

Sunday, February 19, 2017 RahimAim21 23 Comments

Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Sihat semua? Along kurang sihat. Tekak terasa sedikit perit. Mungkin faktor cuaca yang tak menentu. Entahlah. Harapnya, Along cepatlah sembuh. Banyak lagi sekolah yang Along perlu lawati sepanjang bergelar PELAJAR PRAKTIKAL ni. Eh? Along dah praktikal? Tak apa. Sabar. Cerita tu Along akan kongsikan dalam ENTRY yang lain.

Korang-korang semua! Bulan 3 nanti ada cuti sekolah selama seminggu kan? Kan? Kan? Korang dah ada perancangan ke nak buat apa selama seminggu tu? Ada merancang untuk bercuti ke mana-mana ke? Belum? Terbaik! Ni dia, Along nak kongsikan satu tempat menarik yang memang sangat sesuai buat korang semua, seisi keluarga untuk bercuti. Korang nak tahu tak kat mana? Eh! Mesti korang dah tahu kan? Baca sahaja tajuk ENTRY, mesti minda korang dah terfikir tentang AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT, ye tak? 

SEPANG, ada ke tempat percutian dekat SEPANG, SELANGOR? Pelik kan? Jarangkan dengar orang pergi bercuti di Sepang. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu, disebalik kewujudan tempat-tempat menarik seperti KLIA dan LITAR SEPANG untuk F1, terdapat pelbagai lagi tempat-tempat menarik di Sepang yang boleh kita lawati. Sebagai contoh, korang tahu tak, dekat Sepang ni, ada tempat membeli-belah di mana pembeli dapat membeli barang-barang yang berjenama pada kadar harga yang murah berbanding tempat lain? Haha, mesti ada yang tertanya-tanya ni. Cuba korang GOOGLE, Mitsui Outlet Park. Dah google? Hah! Itulah tempatnya.

Sebelum korang nak menempuh masuk ke KLIA II, korang akan nampak satu bangunan macam MALL yang besar, kat situ lah terletaknya Mitsui Outlet Park ni. Kalau nak pilihan lain, korang boleh juga pergi ke KLIA II untuk membeli belah, semua benda yang korang nak beli, InsyaAllah, ada kat situ, Tapi! Ada tapinya iaitu, korang perlulah siapkan duit yang mencukupi. Hehehe.



Bukan itu sahaja, bagi korang yang kaki makan and suka makan, korang mesti singgah di medan ikan bakar dan makanan laut seperti Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M Sri Bagan Sdn. Bhd, Bagan Lalang Seaview dan banyak lagi, sebab apa Along cerita tentang semua tempat makan ini? Sebab seafood kat sini semuanya fresh-fresh belaka! Terbaik bak hang! Tidak lupa juga buat korang yang kaki pancing, berita baik buat korang! Kat Sepang ni ada tempat yang wajib korang kunjungi iaitu Jeti memancing Wak Sempuh. Macam-macam jenis ikan boleh dapat kat sini seperti jenahak, kerapu dan siakap, gred A pulak tu. 

Baiklah, sekarang Along nak cerita bab penginapan pula. Apa yang best kat Sepang ni pula, terdapat macam-macam jenis hotel di Sepang ni, jadi untuk memudahkan kerja korang bagi memilih hotel yang sesuai, korang boleh cuba buat carian dekat laman web Traveloka dan buat tempahan secara online disitu, memang senang. Apa? Tak pernah guna laman web Traveloka? Ni ada LINK untuk ke laman web tersebut.

.https://www.traveloka.com/en-my/

Antara tempat penginapan yang paling WIN kalau da sampai ke Sepang ni ialah Avani Sepang Goldcoast Resort. Kenapa resort ni yang paling WIN? Meh sini. rapat-rapat sikit, Along nak kongsi cerita, dengar dengan taat ya?! Resort ni terletak di Pantai Bagan Lalang. Jadinya resort ni korang agak-agak macam mana? Apa? Terapung atas air? Tahniah! Bijaknya korang! Betul tu, la terapung kat atas air.



Jujur cakap, Resort ni cantik sangat-sangat, Kalau dilihat menggunakan Helikopter ataupun DRONE yang mampu terbang tinggi di udara, korang akan dapati, susunan resort ni akan nampak macam bentuk palm tree. Menarik bukan? Avani Sepang Goldcoast Resort ni menawarkan empat jenis penginapan kepada para tetamu mereka, sama ada korang lebih suka superior room, three-bedroom villa, two-bedroom villa, ataupun family villa. Semua bilik berkonsepkan ala-ala relaxation and healing feeling macam tu. Saat anda masuk bilik or villa dia, korang akan paham la dengan apa yang dimaksudkan berdasarkan konsep RELAXATION and HEALING yang mereka bawakan ni. Mesti hilang terus rasa stress tu. 



Bagi korang yang datang bercuti dengan ahli keluarga yang ramai, memang sangat disarankan korang untuk ambik three-bedroom villa ataupun two-bedroom villa. Eh! Kenapa? Sebabnya ruangnya sangat lah luas dan memang selesa kalau korang datang dalam kuantiti yang ramai. Satu benda yang korang perlu tahu adalah, dekat sini jarak daripada LOBBY nak ke bilik masing-masing memang agak jauh, penat sikit lah kalau nak jalan kaki. Tapikan! Tapi, korang tak perlu risau kerana perkhidmatan buggy memang disediakan 24 jam, jadinya, korang hanya perlu keluarka telefon bimbit korang, telefon pekerja Resort ni dan diorang akan datang untuk ambik korang. 



Selain tu, disetiap bilik, basikal telahpun disediakan oleh pihak Resort untuk para penginapnya meronda-ronda kawasan Avani Sepang Goldcoast Resort, Seronok bukan? Walaupun resort ni mempunyai bilik dan villa yang terapung di atas laut, fasiliti seperti gym, swimming pool, spa, wifi dan juga golf tetap disediakan bagi tetamu mereka. Senang cerita memang lengkap la, semua ada dekat Resort ni dan yang paling seronok, korang nak tahu tak apa? Korang dapat tengok matahari terbenam daripada balkoni bilik korang tahu. Seronoknya! rasa tak sabar pula nak bercuti dekat sini! korang pula macam mana? Jomlah pergi! Apa tunggu lagi? Eh! Lupa, tunggu cuti sekolah, ya tak?! Tapi, sementara tunggu cuti sekolah tu, jomlah buat tempahan awal di laman web https://www.traveloka.com/en-my/hotel. Jomlah! Paling penting, Mari kita pergi bercuti! Yosh!!!


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam Ukhuwah
ADIOS...
MAASSALAMAH...

23 comments:

  1. Ni Kampung Bonde ni... Tempat makan kepada pengemar sea food...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Wah! Agk2 kan..bonde sudi tak belanja percutian Along?? Hehehe..

      Delete
  2. teringinnya nak ke Avani Sepang Goldcost ni.. selalu lalu2 depan je.. usha dari jauh.. hahahahahaa.. :p

    ...

    ReplyDelete
  3. kena kumpul duit nie nak bawak family elsa pergi sini hakhak! tak sabar nak cuti!

    singgah klik iklan :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/ulang-tahun-pertama-blog-elsaalicious.html

    ReplyDelete
  4. Wishlist ni. Mudah-mudahan ada rezeki ke sini =)

    ReplyDelete
  5. Huwaaaa cantiknyaaaa tempat ni.. Bila la agaknya dpt pergi sini yekk..

    Lea bw sini dari family AFB.. Sori lambat follow sini ye.. :)

    ReplyDelete
  6. as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

    ReplyDelete
  7. menariknya..leh masuk dalam list utk cuti2 malaysia hana ni...

    jom lawat blog hana lak

    http://healthandlovekids.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Ok..dah masuk wishlist terus bila baca post ni. Tengs aim

    ReplyDelete
  9. ok wishlist da ni.. jatuh cinta plak kat resort ni

    ReplyDelete
  10. berangan jugak nak masukkan dalam list ni.. hehehe.. berdoa dapat!

    ReplyDelete
  11. kena kumpul duit dulu kalau nak berrcuti di sini, baru boleh bawa family.

    http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

    ReplyDelete
  12. Sesiapa yg teringin nak pergi sini dgn harga ahli, boleh cntct saya ya..0132695286

    ReplyDelete
  13. Teringin nak dok kat avani ni..tapi mahai sgt, ada promo pun still tak mampu..huhuhu

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum.
    Hi..Saya datang follow dulu..
    Nanti datang balik..
    #AfbDotMy
    #AFBians

    ReplyDelete
  15. Hello, hope boleh follow balik blog saya dan lihat produk merawat ekzema. tq! https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
  16. mrs pip dtg melawat #afbdotmy
    wah, mcm best tempat ni ...

    ReplyDelete