Realiti seorang RahimAim

Friday, October 06, 2017 RahimAim21 5 Comments

Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Salam maghrib Along ucapkan buat sesiapa yang baca entry ini selepas solat maghrib. Salam Isya` pula Along ucapkan buat mereka yang baru sahaja dapat berada di alam maya selepas solat Isya`, sama ada berjemaah, mahupun secara sendirian. Selamat berkunjung singgah kembali Along ucapkan kepada semua yang sudi menerjah laman maya perkongsian Along yang telah lama bersawang ni. Berbulan-bulan lamanya, blog Along, kosong dari sebarang entri mahupun perkongsian baharu untuk dibaca oleh semua yang sudi baca.

Realiti, apa itu realiti hidup seorang lelaki kacak dengan panggilan nama RahimAim aka Along ni? Herm... Realiti yang telah banyak mencairkan para gadis jelita di luar sana? Realiti yang telah menjadi calon suami dambaan semua wanita? Realiti seorang lelaki yang sering menjadi sebutan oleh makcik-makcik kerana dia merupakan calon menantu terbaik pada zaman ini? Erk.... muntah hijau...

Bukan, itu bukan realiti yang ingin Along kongsikan... Tetapi, realiti yang bakal Along kongsikan ini, realiti yang sangat besar untuk sesiapa sahaja hadam dan terima. Realiti yang bakal membuatkan para pembaca tidak dapat tidur malam. Mungkin juga, akan ada yang terkencing dalam seluar kerana tidak dapat menerima realiti sebenar kehidupan seoarng lelaki kacak yang bernama RahimAim aka Along.

Kenapa? Kenapa sudah terlalu lama blog Along ini kosong daripada sebarang pengisian baharu? Pengisian yang sering kali Along kaitkan dengan diri Along sendiri atau lebih tepat, NASIHAT BUAT DIRI. Kenapa agaknya ya? Herm... Realitinya begini, sepanjang Along tidak menulis apa-apa, Along refleks diri Along. Hampir setiap hari Along tanya diri Along, Aku menulis untuk apa? untuk siapa? Kah! Padahal, dari dulu lagi Along ada matlamat yang jelas iaitu, ORANG BIASA, BERKONGSI CERITA. Along menulis kerana Along mahu BERKONGSI CERITA. Tapi, percaya atau tidak, sampai satu tahap, tiba-tiba minda Along wujudkan satu persoalan yang melibatkan hidup juga mati. Aku menulis untuk apa? Untuk siapa?

Untuk menyiapkab entri ini sahaja, kah! Makan hampir 2 minggu.  Padahal, bukan coretan yang susah sangat untuk ditulis pun. Sekadar perlu curah IDEA seperti kebiasaan yang Along lakukan, untuk perkongsian buat semua yang sudi membaca coretan di laman maya Along ini. Tapi, kenapa baru boleh siap hari ini? Sebab Along dalam proses kumpul segala kekuaatn untuk tulis semula, dan InsyaAllah, Along dah dapat kekuatan tu.

Orang kata, sebelum kita nasihat orang, kita perlu buatnya terlebih dahulu. Sebagai contoh, kita nasihat orang supaya solat jangan tinggal, supaya makan jangan membazir, supaya sentiasa mengingati mati, supaya sentiasa ikhlas dalam setiap amal dan perbuatan dan pelbagai lagi nasihat yang wujud dekat luar sana. Selepas kita sudah pastikan, diri kita sudah terdidik dengan perkara-perkara tersebut, barulah kita boleh menasihati orang lain dengan tenang. Sebab, diri kita sendiri sudah sebati dengan amalan-amalan baik tersebut.

Bukan Along nak kecam sesiapa. Tidak! Malahan, Along sangat galakkan proses nasihat-menasihati seperti yang dianjurkan oleh Islam. Tapi! Herm... Along sendiri rasa ada sesuatu yang kurang pada diri Along. Along perlu mantapkan diri Along terlebih dahulu. Along perlu jadi yang terbaik, untuk berkongsi cerita serta nasihat yang baik-baik. Poyo kan ayat Along? Macam lah orang lain tak buat perkara yang sama. Kan? Kena ingat, setiap orang kan berbeza. Setiap orang tak sama pemikirannya.

Perjalanan menuju TUHAN. Sebenarnya, ini yang Along sedang usahakan. Bukan bermaksud selama ini Along tak solat,tak puasa. Bukan, maksud dekat sini adalah Along ingin lebih mengenali Tuhan dengan memantapkan diri  dengan ilmu-ilmu agama. Jadinya, bila diri ini telah berjaya mempraktikkan sesuatu perkara itu dan jadikannya sebagai sebahagian daripada gaya hidup, InsyaAllah, dari situlah diri ini akan lebih seronok dalam memberi serta menerima nasihat. Masih banyak yang Along perlu belajar sebab semakin banyak yang kita belajar, semakin sedikit ilmu yang kita tahu. Kan? Ilmu yang kita ada sekarang ni pun, ibarat setitik air di lautan. Air laut tu, banyak kan? Kan? Kan?

Sekarang ni, Along rasa lebih tenang. Tenang daripada dahulu. Sepanjang Along tak menulis, sepanjang Along tinggalkan sementara dunia yang satu ini, sepanjang Along muhasabah dan refleksi diri. Akhirnya, Along kembali. Kembali untuk berkongsi cerita kepada sesiapa yang sudi berkunjung singgah dan baca. Alhamdulillah...

Bila kali terakhir Along tulis, Sekitar bulan 2 gitu. Sekarang? Bulan 10. Lama dah kan Along tak kongsi sebarang cerita? Herm...  Maafkan Along andai ada yang menunggu entri terbaharu daripada Along. Maafkan Along andai, ada yang suka dan selalu baca entri Along, malahan merindui entri terbaharu daripada Along setiap saat mahupun detik. Maafkan Along...

Tapi, apa boleh buat. Along perlu juga buat apa yang Along patut buat. Along perlu mantaplan diri Along dengan Ilmu serta adaptasikannya sehinggalah sebati dalam kehidupan Along. Cukupla Along cakap, InsyaAllah, Along dah semakin ok. Dah semakin matang dalam banyak perkara. Alhamdulillah....

Apa-apapun, now, I'm back! Along dah kembali! Membina semula empayar penulisan RahimAim! Kemungkinan besar, entri-entri mendatang, Along akan ubah kata ganti diri kepada aku. Sebab, rasa lebih dekat dengan pembaca gitu. Ok kan? Apa ada hal, penulisan Along. Hahaha... Suka hati Along lah.  Kekeke... Gurau-gurau.

Terima kasih sudi baca.

Adios...
Maassalamah...
n_n

5 comments: