Surat Cinta Dari AdSense

Friday, January 05, 2018 RahimAim21 9 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Surat CINTA Dari AdSense

Assalamualaikum dan selamat pagi! Alhamdulillah, thumma, Alhamdulillah! Kita semua masih diberi peluang untuk bernafas dan menghirup udara segar. Masih diberi peluang untuk terus menikmati nikmat hidup yang mungkin ada di antara kita, telah kehilangannya semalam atau sebentar sahaja tadi. Allahu... Sungguh, kematian itu pasti. Korang tak takut ke kalau tiba-tiba sahaja jantung korang berhenti fungsinya? Kalau tiba-tiba, korang dipanah petir atau sebagainya? Benda tiba-tiba ni, tiada siapa boleh jangka. Mahupun aku, kau ataupun mereka. Kan?

Herm... Why so serious? Bukan kematian pun yang menjadi topik entri aku pada pagi ni. Jangan risau. Tapi, topik pagi ni adalah CINTA. Cinta yang telah lama aku tunggu. Cinta yang telah lama TERGANTUNG SEPI. Cinta yang aku tunggu ni, tidaklah bertepuk sebelah tangan. Sebab cinta yang satu ni, dah lama bersambut, siap bertepuk-bertampar lagi... hehehe... Tapi, tulah.. Punca surat CINTA ni lambat sampai adalah diri aku juga. Sikap sambil lewa aku dalam menjaga kebersihan RUANGAN PERKONGSIAN MAYA aku yang serba PUTIH, SUCI dan MURNI ini sehingga bersawang dalam tempoh yang panjang. Allahu...


Surat CINTA Dari AdSense

Dah! Cukuplah aku rasa selama ni yang aku telah mengabaikan pasangan hidup aku yang berbentuk penulisan maya ni. Macam CHIPSMORE pula. Kejap ada, kejap tak ada. Kalau boleh, memang la nak selalu ada dan berkongsi cerita. Bukan kalau, tapi aku akan sedaya upaya terap pada diri, MESTI BOLEH. Lagi-lagi bila surat CINTA dah sampai ni. Semangat dia lain macam sikit lah! Hehehe... Tak apalah, kalau orang kata, "Ala, hangat-hangat tahi ayam je tu!"... Haha, it`s ok lah. Yang penting aku dah ada surat CINTA RASMI daripada Adsense. Kau hado?! Hahaha...


Herm.... Itu sahaja untuk perkongsian kali ni. Cukup kot? Ala, macam lah aku tak menulis lagi lepas ni. Tak apa, lain masa aku berkongsi cerita lagi...


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n

Adios...
Maassalamah...



P/S : Jangalah tanya kenapa kondisi surat CINTA tu COMOT semacam... Sebab aku sendiri tak tahu... Dapat-dapat memang dah dalam keadaan macam tu..huhu..

9 comments:

  1. Tahniah sebab dah lepas minimum limit untuk cash out & verification.

    lakiterok.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih.. Rasa happy sgt2... Hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Terima Kasih kak Lya... Selamat pagi..

      Delete
  3. Wah tahniah ye. Kinah masih merangkak lagi dengan adsense ni.

    ReplyDelete