Takut Untuk Cegah Kemungkaran

Monday, January 08, 2018 RahimAim21 2 Comments

Bismillah…
Alkisah…

Gambar Ihsan PakCik GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah, entri ke-2 untuk 2018. Masih terlalu awal untuk aku perkatakan tentang mood penulisan blog aku pada tahun ni. Semangat nak berkongsi cerita memang ada. Berkobar-kobar gitu. Mungkin sebab tahun baru. Di tambah pula dengan surat CINTA yang aku terima baru-baru ni daripada AdSense. Waduh, terharu! Semangat menulis di laman perkongsian maya aku ni, tak payah ceritalah! Sentiada meningkat setiap kali aku menatap surat CINTA tersebut. 

Herm… mesti korang dah bosan kan dengar cerita berkaitan dengan surat CINTA dari AdSense tu? Yelah, aku bercerita seolah-olah aku adalah satu-satunya INSAN di muka bumi ni yang dapat surat tersebut. Padahal, lebih ramai, malahan yang telah kutip duit hasil daripada AdSense pun, MasyaAllah, sungguh ramai bilangannya. Kan? Tak apa… Entri hari ni, sangat berbeza dengan muqaddimah perkongsian aku pada hari ni. Jangan risau… Tiada kaitan dengan surat tersebut pun.

TAKUT UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN | Allahu… Korang tahu kan, bilaman kita nampak satu-satu perkara mungkar. Lagi-lagi bila perkara tersebut berlaku depan mata kita. Yang lakukan pula, kawan baik kita sendiri. Nak halang dengan tangan kita (kuasa/ kudrat)? Kita takut nnti jadi gaduh pula. Nak halang dengan kata-kata? Nasihat? Kita takut kawan kita tu sakit hati pula. Jadi, pilihan terbaik? Adakah Halang dan cegah guna hati? Berdoa supaya kawan kita tu berubah? Berdoa supaya kita tidak jadi seperti dia? Atau, berdoa supaya kita diberi kekuatan supaya suatu hari nanti kita mampu untuk cegah perbuatan mungkar mereka sama ada dengan tangan mahupun lisan kita.

Herm… Jujur cakap. Aku sendiri, bila berlaku kemungkaran depan mata. Aku takut untuk cegah dengan TANGAN mahupun LISAN. Aku takut untuk melukai hati sesiapa. Takut, boleh menimbulkan kemarahan orang tersebut. Yelah, tak semua suka dengar NASIHAT… Kan? Siap dibalas pula dengan jawapan, “KUBUR LAIN-LAIN”. Atau jawapan paling hebat adalah “OSTAD, OSTAJAH Facebook (Ustaz & Ustazah) mai dah!” dan bermacam-macam lagi jawapan balas yang ada untuk mereka yang digelar “PENGHUKUM”, “PEMBUAT KERJA TUHAN”, “ACAH-ACAH ALIM” atau apa jua panggilan yang dirasakan perlu sebagai jawapan PERLIAN kepada mereka yang cuba untuk memberi sepatah dua nasihat kepada si pelaku mungkar. 

Ini baru berbentuk LISAN/ TULISAN. Ala, korang tahu apa yang aku cuba maksudkan. Apa yang korang fikir lagi? Aku tulis ni, tak bermaksud aku setuju dengan cara PAHLAWAN PAPAN KEKUNCI melakukan tugas TAK BERBAYAR mereka di mana-mana MEDIA SOSIAL sebagai tempat mereka, apa istilah tu? MENGHUKUM sesama MANUSIA. Tak, aku tak pernah bersetuju. Tapi, satu perkara yang aku tahu adalah. HUKUM tu memang sudah sedia ada dalam ISLAM. Hukum HALAL, Hukum HARAM. Hukum WAJIB, Hukum HARUS. Hukum MAKRUH, Hukum SYUBHAH. Semuanya sudah sedia ada. Dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa. Dari sekecil-kecil pahala sehinggalah sebesar-besar pahala, semuanya telah sedia ada. Kan?

Perkara mungkar ni, tak perlu tunggu perbuatan CABUL, ZINA, MINUM ARAK berlaku di kalangan masyarakat kita. MENCARUT misalnya, suatu perbuatan mungkar yang perlu kita cegah dikalangan masyarakat kita. Carut dapat apa? Dosa kan? Walaupun pada tanggapan kita, ianya sekadar dosa kecil. Namun, dosa tetap dosa. Kan? Macam aku cakap lah. HUKUM tu memang dah sedia ada. Tapi, hanya kerana kebanyakan dari kita tidak suka ditegur/ dinasihati, kita dengan senang hatinya MEMERLI mereka yang cuba menasihati kita.

Betullah kan, pepatah ARAB mengatakan, “Lidah itu lebih tajam daripada pedang.” Daripada LIDAH wujudnya pelbagai kata-kata yang mampu menggoncang jiwa-jiwa yang MUDAH TERASA dek kerana PERBUATAN mereka sendiri. Maksudnya apa? Maksudnya, SIAPA MAKAN CILI, DIA RASA PEDAS. Itu, mengikut pepatah melayu la. Huhuhu… Dia macam ni, sedikit-sebanyak, kita sedar apa kita buat tu SALAH, sebab tu kebanyakan dari kita akan cakap “Itu urusan aku dengan Tuhan” ataupun, “Itu dosa aku dengan Tuhan”. Ada pula yang cakap, “Esok lusa, aku taubatlah”. Soalan aku,dah taubat ke belum? Yakin ke esok lusa kau masih hidup?

Herm… Melalui penulisan dan perkongsian, aku beranilah tegur-tegur, nasihat-menasihati macam ni dekat korang semua yang sudi baca atau lebih tepat NASIHAT BUAT DIRI aku sendiri. Tapi, cuba kalau aku berdepan dengan realiti apa yang berlaku depan mata aku saban hari, aku takut der! Aku tak berani buat apa-apa! Aku hanya mampu berharap dalam hati agar pelaku-pelaku mugkar tu diberi hidayah oleh Allah, di masa yang sama, berdoa supaya Allah sentiasa lindungi dan jaga aku supaya aku tidak turut melakukan kemungkaran yang sama.

Aku pun manusia macam korang…. What do you guys expect? Aku seorang manusia yang tak sempurna. Jangan risau. Kali terakhir aku cek, aku ni masih lagi manusia. Tapi, biarah kita jadi manusia yang sedar diri. Kita ni HAMBA yang BERTUHAN. Bila maksud aku BERTUHAN, maksudnya, kita ni, hidup berteraskan HUKUM TUHAN. Tak rasa ke, bila kita langgar HUKUM tu, walau sekecil-kecil hukum, dosa dah tersedia buat kita? Seronok tak jadi pegumpul dosa? Tanya je. Aku sendiri kumpul dosa. Dah bertimbun dah rasanya. Herm…. Istighfar. Pernah buat? Tak apa… Jom istighfar sama-sama. Pohon keampunan daripadanya. Kalau ada kekuatan yang lebih pada diri, solat sunat TAUBAT. Tak susah pun… 2 Rakaat sahaja. Berazamlah agar segala perbuatan mungkar tersebut tidak kita ulangi di masa mendatang. Barulah boleh jadi MUSLIM/ MUSLIMAH yang HEBAT! Tak nak ke?

Lain orang, lain cara. Keras atau lembut, masing-masing punya cara. Tapi, macam aku cakaplah. HUKUM tu, dah memang ada. Siapa kita nak menolak atau menidakkannya. Apatah lagi ingin melanggar hukum tersebut. Kita ni HAMBA yang BERTUHAN. Fahami konsep seorang HAMBA. Kalau tak tahu, perlu ambil tahu. Boleh belajar. Zaman sekarang ni, zaman IT. Apa guna ada Telefon canggih-canggih, sambungan INTERNET yang MANTAP, tapi, diguna pakai untuk perkara yang tidak sepatutnya. Kalau dulu, nak timba ILMU AGAMA perlu baca daripada BUKU atau KITAB, sekarang GOOOOOOOGLE sahajalah. Apa susah! Kalau GOOGLE pun tak membantu mana, kita tengok YOUTUBE. Dengar CERAMAH! Senang….. Kan? Kalau tak yakin juga… Pergilah jumpa USTAZ atau USTAZAH yang ada dekat tempat korang tu, tanya… Sampai bila nak sesat JALAN hanya kerana MALU untuk bertanya?


Terima Kasih Sudi Baca….
n_n


Adios…
Maassalamah…

2 comments:

  1. Betul tu. Ena pun kekadang dah tahu benda tak elok tapi buat juga. Entah la. Semoga diri ni sentiasa diberikan peringatan

    ReplyDelete
  2. Tq atas peringatan.. kena kuatkan diri mendengar kemungkaran

    ReplyDelete